'Now until forever, Insyaallah' - Aiman dan Zahirah bercinta? Peminat teruja dan ucap tahniah


Semalam, pelakon, Aiman Hakim Ridza, memuat naik gambar dirinya dengan Zahirah Macwilson di Instagram dengan kapsyen yang seperti memberi bayangan bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan. 

"Numbers start with 123, music start with Do-Re-Mi, letters start with A and end with Z, the fact is there is only you and me. #zahiraAH." tulis Aiman di IGnya 11 jam yang lalu. 



Baru 16 minit tadi, giliran Zahirah pula memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen,

"Now until forever, Insyaallah. #zahirAH." 

Di ruangan komen, netizen mula teruja melihat gambar pasangan ini dan mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka berkekalan. Namun, tidak kurang juga yang membuat spekulasi ini semua mungkin hanya 'gimik' untuk drama sahaja. 

"Okay, jangan tiba-tiba untuk marketing drama eh. Aku dah suka ni," - @camyliaa.