Isu Sajjad: 'JAKIM sebenarnya telah dihalang oleh kuasa duit dan Civil Law' - Da'i Wan Dazrin


"Haha. Tak sabar aku nak tengok JAKIM menggelupur dengan kes Sajat ini. Itu hari ambil masa sebelum nak check status jantina Sajat. Tak tahu apa keputusan JAKIM soal jantina itu hari. Yang pasti, JAKIM main tarik tali lah. Itu jelas," demikian tulis seorang pengguna Twitter. 

Menurut Dhani (@emolagi), Sajat boleh saja menafikan dia adalah lelaki selain mendakwa usahawan kosmetik itu boleh membeli hakim, mahkamah. Namun terdapat bukti berbentuk video di mana Sajat katanya mengaku mengambil hormon perempuan sejak Tingkatan Dua. 

"Sebelum dia kaya dia, dalam video itu dia mengaku dia start ambil hormon perempuan since form 2. Dalam video itu adik perempuan dia pun mengaku Sajat itu abang dia. 



"JAKIM akan jadi bodoh kalau dia cakap Sajat perempuan. JAKIM akan jadi sampah kalau benarkan perkahwinan sejenis dan paling penting JAKIM akan jadikan kes ini sebagai benchmark yang membenarkan perkahwinan sejenis di Malaysia," tegasnya. 

Ekoran tweet itu, ada beberapa netizen mula mempertikaikan peranan JAKIM, selain dianggap seperti lemah dalam menangani isu LGBT. 





Tweet itu kemudian mendapat perhatian dari Da'i Wan Dazrin yang meminta individu berkenaan bersabar. 

"Dhani, saya antara ahli syura bersama JAKIM, Persatuan Ulama Malaysia dan Pegawai-Pegawai Syariah yang membincangkan hal ehwal LGBT. 

"Saya mintak kamu sabar dengan JAKIM. Di dalam JAKIM, ramai yang membanting tulang untuk hal ini. Untuk isu Sajat, JAKIM sebenarnya telah dihalang oleh kuasa duit dan Civil Law. 



"Dihalang kuasa duit itu bukan JAKIM terima rasuah. Sila berfikir jauh ke depan sedikit ya. JAKIM institusi keagamaan. Agamawan tidak buat kerja untuk sesuap duit. Rezeki Allah yang bagi. Dihalang itu maksudnya ada orang yang berduit, gunakan civil law dan nak saman JAKIM," jelasnya. 

Penjelasan itu menimbulkan persoalan netizen, adakah JAKIM takut disaman, lantas membenarkan saja pasangan songsang itu berkahwin?



Da'i Wan berkata, JAKIM tidak takut disaman, sebaliknya tiada duit untuk balas saman.

"Jakim tidak takut disaman. Betulkan. Jakim tiada duit untuk balas saman. Kalau ada, memang habislah orang-orang yang menyaman itu. 

"Pasal perkahwinan Sajat, percayalah kata-kata saya, ia sama sekali tidak mudah," katanya. 

Terdahulu, media hiburan melaporkan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad, mengajak pasangannya untuk 'berkahwin' secara terbuka di ruangan komen Instagram Coach Yin.

Perkara itu mendapat banyak reaksi netizen yang rata-rata mengecam dua lelaki berkenaan yang didakwa akan membawa bala kepada Malaysia.