'Tergamak aniaya kucing camni...' - Leher hampir putus dijerut dengan kabel


Viral di media sosial beberapa gambar seekor kucing dizalimi oleh individu yang tidak berperikemanusiaan dan jika tidak diselamatkan, ia mungkin mati dalam derita. 

Gambar yang dimuat naik oleh laman Facebook Designed By Cat pada 27 Disember lalu meruntunkan hati ramai pencinta kucing. 

Tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun kucing itu mengalami kecederaan teruk di bahagian leher akibat dijerut dengan tali atau kabel berwarna hitam sehingga menyebabkan leher haiwan itu parah. 

Mujur ada individu yang berhati mulia ternampak kucing itu dan membawanya ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan serta menerima beberapa jahitan di lehernya. 

Setelah itu, kucing tersebut terus dipantau dan diberikan makanan berkhasiat agar berat badannya kembali seperti normal. 

Selepas beberapa minggu kemudian, haiwan itu kembali pulih dan kecederaannya juga sudah pulih.