Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, memuat naik kenyataan menjelaskan teguran yang dibuatnya selama ini terhadap kerajaan lama atau baharu adalah kerana mahukan yang terbaik untuk rakyat.
"Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul.
"Saya lakukan perkara yang sama dengan kerajaan lama dan saya sedang lakukan perkara yang sama pada masa ini. Tiada beza. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat.
"Sesetengah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya. Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda No. 1 sekiranya perlu.
"Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya. Tolong, tolonglah mulai mentadbir. Tolong berhenti berperang antara satu sama lain. Tolong berhenti mempolitikkan setiap isu.
"Kadang kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan.
"Kini sudah 2019, ayuh kita lakukan yang sepatutnya sekarang. Ayuh kita kurangkan berpolitik. Ayuh kitak urang mempopularkan apa yang ada di media sosial. Ayuh kita melakukan keputusan yang lebih baik. Ayuh bekerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing. Ayuh kita berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara kita."