(Video) 'Orang lain sambut new year juga, tapi takdelah camni' - Netizen gesa PDRM ambil tindakan terhadap individu aniaya pengguna jalan raya


Viral di media sosial sekumpulan anak muda menyembur buih pada beberapa pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut pada malam menyambut tahun baru 2019, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang itu, video berdurasi 53 saat menunjukkan anak muda terbabit dengan selambanya menyembur buih tersebut pada cermin hadapan sebuah kereta. 

Mereka kemudian 'menyerang' penunggang motosikal di belakang dan menyembur bahan yang sama sehingga menjejaskan pengelihatan penunggang terbabit. 

Tidak terkecuali sebuah kereta di belakang turut menerima nasib yang sama, sambil disaksikan orang awam yang mengambil kesempatan untuk merakam perbuatan anak-anak muda itu. 

Namun di media sosial, netizen menganggap perbuatan anak-anak muda itu biadab dan tidak cerdik kerana menyusahkan pengguna jalan raya serta tidak bertamadun. 


"Mohon sangat yang kena malam tadi (lebih-lebih lagi penunggang motosikal itu) buat laporan polis. Bukti video dah ada, tolonglah report bang motor. Saya merayu kepada abang. Budak-budak ini memang patut kena," kata netizen. 

"Beruk baru keluar dari hutan. Orang lain sambut tahun baru juga tak berkelakuan seperti mereka. Bagi malu mak bapa je," kata netizen lain.