Pelbagai produk skincare yang dijual di pasaran, kebanyakannya tidak dapat merawat penyakit ini, sebaliknya hanya memberi sedikit kelegaan buat sementara sahaja. Ada yang berkata penyakit ini berlaku kerana penghidapnya tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan sebagainya.
Berkongsi pengalaman menghidap penyakit ekzema, Puan Zaiazrien Akhmar menjelaskan ia tiada kaitan dengan pemakanan, sebaliknya sentuhan dan penyakit ekzema ini ada pelbagai jenis. Adalah penting untuk mengetahui jenis ekzema yang dihidapi dan dapatkan rawatan dari doktor pakar kulit yang terbaik seperti yang disarankan oleh Puan Zaiazrien Akhmar. Semoga bermanfaat.
TERPANGGIL untuk berkongsi tentang penyakit ekzema memandangkan ramai yang bertanya ubat apa yang saya pakai. Alhamdulillah sekarang semakin pulih.
Sebenarnya dah enam bulan tanggung gatal-gatal yang mungkin disebabkan oleh bahan kimia yang dari sedia maklum adalah sabun.
Permulaan menjadi seperti bintik-bintik air gatal atau orang selalu panggil 'kulat air'. Waktu itu ingatkan gatal biasa-biasa sahaja dan beli ubat di farmasi. Tetapi semakin lama semakin teruk. Selepas satu jari, berjangkit pula ke satu jari.
Disebabkan tak tahan gatal sangat, saya pergi berjumpa dengan pakar kulit tetapi tetap tak elok. Kulit terus jadi kering dan merekah. Jangan cakap kering je, sampai berdarah. Nak drive, nak basuh pinggan dan nak memasak pun tak ada mood. Gatal dia ya Allah, nauzubillah memang tak boleh tahan.
Kos rawatan di klinik pakar kulit bukan murah. Hampir enam bulan ini cecah RM2,000 untuk berubat sahaja tetapi masih belum pulih.
Atas desakan suami, memang tak tahan sangat saya cuba pergi ke Hospital Columbia yang ada pakar kulit terbaik di area Seremban dan saya ditahan wad selama lima hari untuk dipantau supaya luka di tangan itu kering dan tak berdarah seperti biasa.
Doktor Najeeb adalah doktor terbaik. Semua info tentang penyakit ekzema dia terangkan dan ekzema katanya ada banyak jenis. Ekzema yang saya hidap adalah jenis Dyshidrotik Dermititis yang menyebabkan tekanan, alahan, tangan/kaki yang lembap, garam kronium ini menghasilkan lepuhan kecil, kegatalan di tepi-tepi jari dan kaki.
Gejalanya dapat dilihat seperti lepuhan kecil berisi air, kegatalan, merah, kupas, bersisik dan juga berasa sakit dan biasanya kaum wanita lebih mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Jadi, korang yang mengalami benda yang sama, yang nampak bintik air gatal mula tumbuh di tangan atau kaki, elok berubat cepat sebelum terlambat. Tangan nak pakai lama.
Alhamdulillah feeling better now dan Dr Najeeb beritahu ekzema in iakan berulang kembali kalau kita tidak menjaga apa yang kita pegang/sentuh dan this is not about food! Tak ada kena mengena makan sotong atau ayam ke, udang ke.
Di bawah ini saya tunjukkan prosedur perubatan Dr Najeeb pada saya. Semoga memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.
Sumber: Zaiazrien Akhmar