'Saya selalu bantu kamu. Kali ini kamu bantu menangkan saya' - Tok Mat


Calon BN di PRK DUN Rantau malam tadi menyeru agar pengundi kawasan itu memberi undi kepadanya kerana dia banyak  membantu rakyat di Negeri Sembilan semasa menjadi menteri besar, lapor MalaysiaKini

Menurut Mohamad Hasan, sekiranya penduduk di Rantau memberi mandat kepadanya di Dewan Undangan Negeri (DUN), dia akan memastikan kerajaan Negeri Sembilan disemak imbang. 

"Saya selalu bantu kamu. Kali ini kamu bantu saya, menangkan saya," katanya dalam majlis ceramah umum yang diadakan di Bandar Ekar, Rantau, malam tadi. 

"Lihat prestasi mereka, satu pun janji tak dapat dilaksanakan. Mereka nak buat kereta terbang sahaja," katanya. 

Untuk rekod, Mohamad menjawat jawatan menteri besar sejak Mac 2004 sehingga BN diumumkan tewas pada PRU14. 

Sumber: MalaysiaKini