Suspek pukul Adam guna besi rupanya penagih dadah, 12 rekod lampau


Susulan kejadian seorang lelaki dipukul dengan besi kerana disyaki mencuri tabung masjid, pada 26 Mac lalu, suspek telah ditahan polis hari ini, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, suspek berusia 50 tahun itu juga adalah penagih dadah, ditahan ketika sedang mengambil rawatan pemulihan dadah di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pada jam 11:15 pagi tadi. 

"Hasil siasatan turut mendapati suspek yang juga penagih dadah mempunyai 12 rekod lampau," katanya. 

Ekoran itu, suspek akan ditahan reman untuk disiasat. 

Terdahulu dalam kejadian pada 26 Mac lalu, suspek telah menyerang mangsa, Adam Sufyan Mohd Khabol, 17, dengan besi sehingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian dahi.

Kejadian itu berlaku kerana suspek mengesyaki mangsa mencuri tabung masjid sedangkan mangsa hanya menunaikan solat Isyak di masjid tersebut. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga mengesahkan mangsa tidak melakukan perbuatan itu. 

BERITA BERKAITAN: