Apabila sudah berumah tangga, tiada lagi rahsia di antara suami isteri. Keluar ke mana-mana, adalah wajib memaklumkan kepada pasangan agar mereka tidak risau dan menaruh syak wasangka yang tidak sepatutnya.
Namun begitu, ada yang tidak gemar pasangan mereka berbuat demikian yang dianggap merimaskan. Pada awalnya mungkin dapat diterima, lama-kelamaan menjadi rimas. Tetapi kenapa perlu begitu?
Seperti yang berlaku pada lelaki ini:
ISTERI terlalu cemburu. Kadang-kadang aku keluar main badminton dari jam 8:00 malam, campur lepak, balik ke rumah jam 2:00 pagi. Isteri dah marah-marah.
Isteri di Selangor, aku pula di selatan. Aku nak keluar dengan rakan-rakan pun, terpaksa keluar senyap-senyap. Kalau isteri aku tahu, dia akan marah. Rakan-rakan ada lelaki dan perempuan.
Bila raya, aku pakai pakaian sedondon dengan kawan-kawan aku termasuk isteri kawan. Isteri aku pun marah. Duduk di rumah main game tak contact dia, isteri marah. Jumpa kawan 3-4 kali seminggu, isteri marah.
Kahwin-kahwin, nikah, tiga hari tiga malam join member, isteri marah. Malas nak ajak, dah macam tak ada privasi. Bila aktif di group WhatsApp dengan geng yang sama, isteri marah.
Tak boleh ke isteri memahami isi hati lelaki yang nak juga keluar melepak, keluar makan dengan kawan?
Bagi netizen, si suami sebenarnya perlu mengutamakan isterinya berbanding rakan-rakan kerana adalah dia sepatutnya berkelakuan seperti seorang suami, bukannya berlagak seperti orang yang masih bujang.
Sumber: Kisah Rumah Tangga