(Video) 'Tolong viralkan! Budak ini cuba rompak kedai saya'


"Tolong viralkan. Budak-budak ini cuba nak merompak kedai saya," demikian kata peniaga bakery yang terkejut apabila mendapati ada individu yang cuba memecah masuk premisnya di pasar Seremban. 

Menurut Erni, sekumpulan remaja terbabit bagaimanapun tidak berjaya memecah masuk ke premisnya. Tetapi kamera litar tertutup (CCTV) kedainya telah dirosakkan. 

"Diorang tak dapat masuk pun, cuma rasa seram sajalah. Kot-kot malam ini diorang datang lagi," katanya. 

Pemilik premis hanya menyedari kejadian itu selepas mendapati kamera CCTV dirosakkan dan terus memeriksa rakaman video pada malam kejadian. 

Berdasarkan video CCTV, suspek cuba membuka roller shutter kedai itu dengan merosakkan lubang kuncinya tetapi gagal sebelum beredar. 

Pada video kedua pula menunjukkan suspek dan rakannya menyedari perbuatan mereka dirakam lalu berusaha merosakkan kamera tersebut.







Ekoran kejadian itu, pemilik telah membuat laporan polis dan kes itu kini dalam siasatan.