Ibu-ibu yang mengandung seringkali dinasihatkan oleh jururawat atau doktor supaya sentiasa menjaga kandungan agar bayi berada dalam keadan sihat. Oleh sebab itu juga, pemeriksaan kesihatan dijalankan pada setiap bulan dan jika ibu atau bayi di dalam kandungan mempunyai masalah, pemeriksaan lebih kerap dijalankan.
Sekiranya mempunyai masalah kesihatan, ibu mengandung juga seharusnya terus merujuk klinik atau hospital yang berdekatan. Situasi ini bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Dr Ummu, ibu mengandung ini mula perasan bayi dalam kandungan tidak bergerak aktif. Dia hanya merujuk melalui kawannya tanpa bertanyakan pada yang lebih pakar.
KISAH BENAR CORD AROUND NECK X 3
Setiap hari oncall, sudah biasa dengan ibu-ibu mengandung datang mengadu baby kurang gerak. Dan selalunya ibu-ibu ni, jarang yang datang lepas pukul 12 tengah malam.
Tapi, ada satu malam (awal pagi pukul 2), baru tengah tengok last round dalam labour suite sebelum nak masuk merehatkan mata. Staff nurse triage panggil, "CTG ada decel la doktor."
Houseman present case... postdate... reduced fetal movement. Last fetal kick at 5 pm. No labour symptoms. CTG memang ada longkang yang besar. Saya check bukaan pintu rahim, belum buka. Call boss, post for ceaserean section.
Bila dibuka rahimnya, nampak air ketuban kehijauan. Baby dah berak di dalam. "Meconium stain!"
Saya inform Paediatric team yang sedang standby. Karung ketuban dipecahkan dan saya cuba keluarkan baby. Ternampak tali pusatnya melilit 3 pusingan dengan ketat dileher baby. Ya Allah, entah apa akan jadi kalau ibu ini terlewat datang tadi.
Satu je soalan saya kat ibu tu, "Kenapa lambat datang puan?"
"Kawan saya kata memang normal baby kurang gerak bila dah cukup bulan, sebab ruang kat dalam sempit untuk dia gerak."
Kata-kata kawan lebih dipercayai daripada nasihat professional. Anyhow, ibu dan anak selamat. And that is our aim.
p/s: Jangan pulak malam ni pergi banjirkan semua labour room untuk scan tali pusat anak.
#DrUmmu
#MOjer
#GambarCreditToGoogle
Sumber: Dr Ummu