'Camni cara cik puan berniaga?' - Pelanggan kecewa ditipu peniaga, kuih yang dibeli tak seperti yang ditunjukkan dalam iklannya


Kaum wanita terutamanya antara individu yang sibuk untuk membuat persiapan hari raya. Selain daripada baju dan kasut raya, kuih raya juga menjadi perkara utama yang difikirkan. Kesibukan urusan seharian, ada di antaranya memilih untuk menempah sahaja kuih raya.

Melihat sahaja gambar kuih raya, sudah pasti tertarik dengan warna dan corak yang ditunjukkan. Ada yang bernasib baik menerima kuih raya sama seperti di dalam gambar, tetapi ada juga yang sebaliknya.

Seperti wanita ini, dia berasa sangat kecewa apabila kakaknya memberitahu dia menerima kuih raya tidak seperti di dalam gambar. Apabila mereka cuba menghubungi peniaga tersebut, segala panggilan dan WhatsApp tidak dibalas.

ALLAHUAKBAR. Rasa kecewa sangat-sangat bila kakak kami bagi tahu terima kuih raya tak seperti contoh yang diberikan!

Bergegaslah kami ke rumah kaklong kami untuk melihat sendiri kuih yang diterima. Indah khabar dari rupa! Beginikah cara cik puan berniaga?

Puas kami call dan WhatsApp tetapi tidak dijawab dan dibalas. Kami dengan penuh kepercayaan menempah kuih dengan cik puan tetapi sampai hati cik buat kami.












Di bulan yang mulia ni cik puan tak jujur dalam berniaga. Cik puan buat kami begini. Tapi ingatlah ALLAH Maha Mengetahui.

Saya sedih dan kecewa dengan cara cik puan berniaga. Apa perasan anda jika menerima kuih tak seperti yang di janjikan? 

#26Ramadhan

Sumber: Norlyy Wazif