'If you terus makan, may lead to usus berlubang' - Doktor beri amaran, Ayam Goreng McD Extra Spicy boleh cederakan usus


Restoran McDonald's mengeluarkan menu terbarunya iaitu Ayam Goreng Extra Spicy 3X membuatkan ramai yang mahu mencubanya. 

Bagi mereka yang sudah mencuba menu terbaru itu, rata-rata mengatakan tahap kepedasannya memang berbeza dan hanya mampu makan seketul ayam sahaja berbanding menu yang sama sebelum ini boleh lahap 3 ketul sekali gus. 

Semalam, viral perkongsian Husaini Abu Bakar di Facebook mengenai  pengalamannya setelah menjamah ayam goreng pedas tiga kali ganda itu. 

"Lembik Bangsai keluar masuk jamban. Cilake punya ayam McD! Ayam takdelah pedas mana tapi tak sesuai dengan perut. 

"Pergi jumpa doktor, terus doktor marah. 

"This is another level of junkfood, bukan natural cili atau lada yang awak makan dari pokok tu. If you terus makan, may lead to usus berlubang atau kecederaan pada usus awak. Boleh buasir!" 

"Dengar kata doktor macam tu, mengucap panjang aku. Soalan aku pada warganet, aku yang lemah ke atau ayam ini yang gila babas?" soalnya. 



Menurut netizen, sudah tertera pada menu tersebut 'Eat at your own risk' di mana pelanggan perlu berpada-pada sebelum memesan menu tersebut, lebih-lebih lagi jika pelanggan yang mempunyai buasir. 

Tiada masalah jika mahu mencuba menu tersebut, tetapi biarlah pada kuantiti yang sedikit agar tidak memudaratkan perut anda.