(Video) 'Aduhai, malu la kat anak bro' - Kes cop parking di mall


Viral di media sosial ketika ini video dua pemandu berebut tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah dan kedua-duanya enggan mengalah. 

Menurut sumber, kejadian itu baru berlaku hari ini di Aeon Mall Cheras Selatan dan pengadu mendakwa seorang lelaki 'cop' parking untuk kereta isterinya. 

"Sebelum ini dok baca kes macam ni. Tapi hari ini mengalaminya sendiri. Kes cop parking guna orang. Sudahlah masuk jalan salah, orang nak undur masuk, dia tahan tunggu bini dia sampai masuk ikut jalan salah. 

"Kes baru saja berlaku di AEON Mall Cheras Selatan.

"Nak jadi cerita, kereta yang di belakang saya pun rekod video kejadian ini dan kebetulan kawan pula. Jadi ada dua video insiden ini," kata pengadu. 



Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang“ menyatakan seperti berikut:

"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan."

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.