Bangla ditahan kerana sentuh punggung isteri orang


Padah sentuh punggung isteri orang, lelaki warga Bangladesh ditahan polis di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai, petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek ditahan selepas mencabul mangsa berusia 30 tahun itu di sebuah pasar raya di situ. 

Suspek ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada anggota peronda dari Balai Polis Kelapa Sawit. 

Menurut mangsa, suspek berusi 27 tahun mengekorinya dari belakang ketika dia sedang melalui lokasi bersebelah dengan sebuah pasar raya bersama dengan anaknya sebelum suspek tiba-tiba menyentuh bahagian punggung mangsa. 

Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Kulai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro