Isteri lakukan 6 pembedahan ketatkan 'Miss V' untuk tawan semula suami curang, tetapi...


Hancur berkecai hati isteri apabila mendapati suaminya curang dan mengandaikan perkara itu berlaku kerana dirinya tidak mampu memuaskan kehendak lelaki itu. 

Wanita itu nekad dan mengambil keputusan untuk melakukan enam pembedahan mengetatkan Miss V dalam tempoh tiga tahun dengan harapan usahanya itu dapat menyelamatkan rumah tangganya. 

Kisah itu dikongsikan oleh pakar obstetrik dan ginekologi Taiwan yang mengambil merawat wanita berkenaan yang kini mengalami kesakitan tidak normal di bahagian sulit terutama apabila dia menunggang motosikal. 

Menurut wanita itu, dia dapat merasakan seperti ada sesuatu yang menyucuknya dari dalam dan dia tidak mampu untuk duduk dalam tempoh lama di mana dia perlu bangun dan berjalan setiap setengah jam bagi meredakan kesakitan itu. 

Apabila dia pergi membuat pemeriksaan, pakar obstetrik mendapati banyak kesan parut di bahagian sulit dan lubang miss v dia juga agak sempit di mana hanya mampu dimasukki satu jari sahaja. 

Apabila ditanya, wanita itu mendedahkan suaminya curang lalu dia nekad membuat pembedahan miss v dengan harapan dapat mendapatkan suaminya semula. 

Namun selepas menjalani enam siri pembedahan itu, usahanya gagal dan rumah tangganya tidak dapat diselamatkan. Lebih teruk lagi miss v wanita itu mengalami kerosakan teruk. 

Doktor berkata, mereka tidak dapat melakukan sebarang pembedahan kerana tindakan itu hanya akan mengecilkan lubang miss v pesakit sekurang-kurangnya hanya dapati dimasuki sebatang pensil. 

Apa yang doktor boleh lakukan ialah meredakan kesakitannya dengan steroid.