Penyamun bersenjatakan pisau maut bergelut dengan remaja 16 tahun


Seorang penyamun yang bersenjatakan pisau dipercayai penagih dadah maut selepas tewas dalam pergelutan bersama penghuni rumah. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.50 pagi Selasa di sebuah rumah di Kampung Lata Kekabu, Lenggong, suspek berusia 30-an itu memecah masuk rumah yang didiami ibu tunggal berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 16 tahun. 

Suspek masuk melalui pintu utama lalu mengacu pisau ke arah mangsa sebelum berlaku pergelutan di antara suspek dengan anak mangsa. 

Remaja itu berjaya menjatuhkan suspek ke lantai sebelum suspek disahkan meninggal dunia. 

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat dan punca sebenar kematiannya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.