'Cukuplah (had usia persaraan) sampai 60 tahun' - PM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini menyatakan tiada keperluan untuk menaikkan had usia persaraan sedia ada dari 60 tahun ke 65 tahun. 

Ini kerana sebahagian besar individu pada usia itu sudah tidak lagi mampu berkhidmat secara efisyen selain berdepan dengan beberapa kekangan termasuk faktor kesihatan. 

"Zaman saya dulu, kita pernah menaikkan had usia persaraan ini dari 55 kepada 56 tahun sebelum dilanjutkan kepada 60 tahun oleh kepimpinan selepas saya. 

"Bagi saya, cukuplah sampai 60 tahun itu," katanya mengulas cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar had usia persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun seperti yang dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Singapura. 

"Jangan samakan dengan saya, saya sudah dan pernah bersara tetapi 'dipanggil' semula untuk bekerja. 

"Jika kita tetapkan pegawai bersara pada usia 65 tahun, bila tidak pencen-pencen, susah untuk orang lain (golongan muda berkemahiran dan berkelayakan) untuk duduk di kerusi itu," katanya. 

Sumber: Harian Metro