Menurut Fatin Khalidah Mohamad Kholim berkata, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri dan dia memuat naik video itu di Facebooknya untuk dijadikan sebagai peringatan kepada semua penunggang motosikal agar berhati-hati.
PENGAJARAN DI SEBALIK MUSIBAH ORANG LAIN
Hari ini nak share accident yang terjadi live di depan mata kami semalam. Tujuan post ini dibuat adalah sebagai peringatan dan diambil ikhtibar atas apa yang berlaku.
Dalam video ini boleh nampak baju jaket yang dipakai mangsa menjadi potential threat/fatal pada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan.
Jaket tersangkut pada tayar motosikal dan membeli leher mangsa menyebabkan saluran pernafasannya tersekat.
Mangsa nampak memang dalam keadaan 50-50 semasa suami dan pakcik itu datang menolong. Mangsa sedar selepas beberapa minit kemudian berkat bantuan dari orang awam yang melakukan CPR. Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan.
Ambulans sampai beberapa minit selepas kejadian dan mangsa dikejarkan ke hospital.
Jangan lupa baca doa setiap kali memulakan perjalanan. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak.
Mujur pada masa kejadian, suami yang drive dan cepat-cepat keluar membantu mangsa. Hayyan Anaqi pun duduk dalam carseat dia pada masa itu. Kalau terjadi pada diri sendiri dan seorang-seorang, dengan kalut dna berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa.
Semoga Allah melindungi perjalanan kita semua sekeluarga walau kemana jua destinasi dituju. Semoga mangsa selamat dan dikurniakan kesembuhan secepatnya oleh Allah. Amin ya rabb.
PENAFIAN: Video tidak berniat mengaibkan, hanya untuk diambil sebagai pengajaran.
Sumber: Fatin Khalidah Mohamad Kholim