Shuib & Siti Sarah dipanggil SPRM untuk siasatan?

Portal Utusan Malaysia melaporkan, Shuib dan isterinya, Siti Sarah dipercayai telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kerana terlibat dalam kes pengubahan wang haram yang membabitkan perniagaan air diusahakan mereka. 


Menurut sumber, Shuib dan Siti Sarah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada tengah hari Khamis (1/10/2020) untuk diambil keterangan. 


Difahamkan, terdapat beberapa individu yang lain termasuk selebriti yang disyaki turut mempunyai kaitan dengan kes tersebut, berkemungkin akan dipanggil untuk membantu siasatan.


Siasatan masih berjalan dan pihak SPRM sedang merakam keterangan pasangan berkenaan. Belum dapat disahkan sama ada mereka ditahan atau dilepaskan. 

 

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki  mengesahkan ada pasangan selebriti dipanggil SPRM tetapi enggan mendedahkan lanjut mengenai perkara itu.


Sumber: Utusan Malaysia