Lelaki bunuh diri selepas dapat kerja 'Assistant Bank Manager', tunaikan janji kepada dewa


Seorang lelaki berusia 32 tahun di India nekad membunuh dirinya selepas mendapat pekerja kerana itulah perjanjiannya dengan dewa. 


Lapor Gulf News, lelaki bernama Naveen itu terdahulu telah bersumpah akan memberi nyawanya kepada dewa sekiranya dia memperolehi pekerjaan. 


Naveen yang berasal dari Kayanyakumari, Tamil Nadu, telah mendapat pekerjaan di sebuah bank. Namun, dia ditemui mati di rel kereta api pada Khamis, 29 Oktober 2020. Naveen dipercayai berdiri di landasan dan membiarkan kereta api yang sedang bergerak laju melanggarnya. 


Siasatan polis di lokasi kejadian turut menemui nota bunuh diri yang diletakkan dalam poket seluar mangsa. 


Difahamkan, Naveen merupakan graduan kejuruteraan dan telah menganggur selama beberapa tahun. Ekoran sudah terlalu lama menganggur, Naveen tergerak hati untuk bersumpah dan menyerahkan nyawanya kepada dewa apabila dia mendapat pekerjaan. 


Awal Oktober lalu, Naveen diterima bekerja sebagai penolong pengurus bank di sebuah bank terkemuka di Mumbai. Baru beberapa minggu bekerja, Naveen pergi ke bandar Manrthandam untuk berjumpa dengan rakannya. 


Polis berkata, ketika dalam perjalanan itu Naveen secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk menunaikan sumpah yang pernah dilafazkannya sebelum itu. 


Mayat Naveen ditemui pada Jumaat, 30 Oktober 2020 dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan jika terdapat sebarang kemungkinan yang lain mangsa membunuh diri. 


Sumber: Gulf News