(Video) 'Penyabarnya isteri dia..' - Gadis menangis ketika hadir ke majlis pernikahan bekas teman lelaki


Netizen di negara jiran digemparkan dengan video viral seorang wanita bertudung hitam datang ke majlis pernikahan bekas kekasihnya. 


Dalam video yang dimuat naik di akaun YouTube Ardy Hanakaru, menunjukkan wanita berkenaan memakai tudung hitam, kain batik dan baju putih ke majlis tersebut. 


Sepasang pengantin yang memakai pakaian adat Padang, Sumatera Barat, berdiri di depan pelaminan menyambut kedatangan para tetamu undangan yang hadir. 


Sebaik saja wanita itu datang, dia terus bersalaman dengan pengantin lelaki lalu menangis di depan kedua pengantin itu. Jelas sekali dalam video, gadis itu mengesat air matanya yang jatuh berguguran. 


Pengantin lelaki tidak banyak bercakap, hanya mengukir senyuman kepada wanita yang menangis di depannya itu. Tetapi tangan kanannya merayap memegang pinggang wanita berkenaan. 


Sementara itu, pengantin wanita yang berdiri di sebelah kiri suaminya hanya mampu melihat wanita itu menangis di depan suaminya. Dia terdiam, wajahnya nampak kesal. Padahal sebelum itu dia mampu mengukir senyuman semasa menyambung kedatangan tetamu yang lain. 


Video itu viral di media sosial. Netizen meluahkan rasa simpati terhadap pengantin wanita yang dilihat bersabar dan tangan pengantin lelaki memegang pinggang gadis itu turut menjadi isu. 



"Ya ampun, macam manalah perasaan isteri dia," kata netizen. 


"Tangan lelaki tu pegang pinggang dia. Kalau aku jadi pengantin perempuan, memang aku cakap 'Korang dipersilakan naik ke pelaminan," kata netizen yang lain.