'Saya tak tahu Wawa sebenarnya seorang lelaki' - Lelaki ditahan berdua-duaan dengan pondan di Sandakan


Polis menahan seorang lelaki yang berdua-duaan dengan pasangannya di dalam kenderaan di Pantai Pasir Putih, Sandakan pada Khamis lalu, 31 Disember 2020 dalam Op Tahun Baru. 


Lelaki yang tidak mahu didedahkan namanya itu mengakui dia masih menganggur dan mengenali pasangannya, Wawa, melalui aplikasi Michat serta membuat temujanji untuk bertemu untuk meraikan ambang Tahun Baru 2021.


Bagaimanapun, dia tidak tahu bahawa Wawa sebenarnya adalah seorang lelaki (Pondan). 


"Saya baru mengenali dia melalui aplikasi Michat. Dia menggunakan nama Wawa dan gambarnya juga seorang wanita. 


"Kami sebenarnya baru berjumpa dan ketika awal bercerita, saya mengesyaki dan bertanya sama ada dia wanita sebenar atau bukan. 


"Dia memberitahu dia adalah wanita sebenar dan saya mempercayainya. Tetapi apabila sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis, barulah saya menyedari identiti sebenarnya adalah lelaki," katanya. 


Sebelum itu, pasangan itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan di kawasan PPR Batu Sapi. Siasatan awal mendapati, lelaki itu tidak mengetahui pasangannya adalah pondan. 


Sumber: Harian Metro