'Hancur masa depan anak saya gara-gara penyanyi dangdut itu' - Bapa lapor, anak lelakinya dirogol janda


Seorang wanita berstatus janda berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai 'Dewi' (bukan nama sebenar), didakwa telah merogol remaja lelaki berusia 16 tahun di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia. 


DP yang juga penyanyi dangdut itu kemudian tampil ke balai polis untuk memberi keterangan dan menegaskan dia tidak pernah merogol remaja lelaki berkenaan yang ditemuinya pada event dangdut selama tiga hari di tiga tempat yang berbeza seperti didakwa mangsa. 


Sementara itu, Polis Probolinggo sedang melakukan siasatan terperinci mengenai kes itu. 


Menurut keterangan mangsa, dia mengenali DP ketika mengikut saudaranya yang menjadi jurukamera dalam program tersebut di mana DP pada waktu itu merupakan salah seorang penyanyi yang terlibat. 


Dari situ, remaja berkenaan mendakwa dia selalu diajak keluar bersama dengan DP dan makan bersama seperti pasangan kekasih. 


Setelah berkenalan dan rapat selama tiga hari, DP mengajak remaja itu pulang ke rumah sewanya. Di situ, DP mengajak remaja itu minum minuman beralkohol sehingga mabuk. 


Pada ketika itu, DP mengambil kesempatan untuk mencabul dan mengajaknya melakukan hubungan intim. Pada awalnya remaja itu tidak menolak untuk melakukan hubungan badan, tetapi di pertengahan jalan, DP bermain terlalu kasar dengan menggigit leher dan jari remaja itu sehingga meninggalkan bekas. 


Remaja itu kemudian pulang ke rumah. ibu bapanya yang curiga dengan keadaan anak mereka yang tidak pulang ke rumah selama tiga hari, mula berasa curiga dan menyoal siasat apa yang dilakukan remaja itu dalam tempoh tiga hari tersebut. 


Setelah puas didesak berkali-kali, akhirnya remaja itu mengaku yang kejantanannya telah diragut oleh penyanyi dangdut. 


"Hancur masa depan anak saya gara-gara penyanyi dangdut itu," kata bapa remaja berkenaan yang tidak dapat menerima kenyataan itu lalu membuat laporan polis. - Agensi