'Ada RM5,500 tak? Pinjam jap' - Ronaldinho tak tahu cara keluarkan duit sendiri melalui mesin ATM


Legenda bola sepak Ronaldinho dikatakan tidak tahu menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). 


Menurut bekas rakan sepasukan ikon Brazil itu, Emanuel Villa berkata, Ronaldinho sebelum itu menyatakan hasrat mahumeminjam £1,000 (RM5.5) kerana dia tidak tahu bahawa da boleh mengeluarkan wang simpanannya sendiri. 


Dia berkata, Ronaldinho berjumpa dengan akauntan selepas sesi latihan dan bertanya, "Ada £1,000 tak? Nak pinjam jap, nanti bayar balik". 


Dalam temubual bersama podcast Tiki Taka MX, Emanuel berkata dia bagaikan tidak percaya dengan kejahilan Ronaldinho mengenai wang tunai. 


"Akauntan itu kemudian bertanya mengapa dan Ronaldinho menjelaskan abangnya telah keluar meninggalkan bandar tetapi tidak meninggalkan sedikit wang tunai kepadanya untuk membeli barang keperluan.


"Pekerja kelab itu memberitahu Ronaldinho yang dia boleh usahakan sesuatu dan boleh meminjamkan wang kepadanya.


"Dia kemudian dibawa ke bank dan akaun itu berkata, 'Encik ada akuan di bank itu dan kami membayar gaji encik dan encik boleh mengeluarkan berapa yang encik mahukan dari sana'.


"Bayangkan, seorang lelaki yang pernah menjadi fenomena ketika berada di padang bola tetapi tidak tahu cara mengeluarkan wangnya sendiri dari ATM," katanya. 


Ronaldinho pernah bermain untuk Barcelona, PSG dan AC Milan dan menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan untuk Brazil, pernah dilabelkan sebagai bodoh oleh peguamnya sendiri selepas dia dipenjarakan di Paraguay pada 2020 kerana memasuki negara itu menggunakan dokumen perjalanan palsu kerana dia menyangka dokumen itu adalah 'hadiah'. 


Sumber: Daily Mail