'Kedai scammer ni!' - Pelanggan terkejut mi sup dipesannya berharga RM60 semangkuk


Apabila keluar makan di kedai, sebaik-baiknya pelanggan membuat semakan harga yang tertera pada menu sebelum membuat pesanan. 


Baru-baru ini pada 25 Februari lalu, seorang wanita di Sibu mengambil keputusan untuk makan di sebuah restoran dan memesan hidangan mi sup. 


Tanpa berfikir panjang, dia membuat pesanan mi sup ikan dan menjamahnya dengan penuh selera. Selesai makan, ketika mahu membuat pembayaran dia terkejut melihat harga yang tertera pada resit yang diberi iaitu RM60. 


Pelanggan itu kemudian bertanya mengapa menu yang dipesannya begitu mahal. Peniaga berkenaan menjawab, ini kerana ikan yang digunakan dalam hidangan itu adalah ikan patin yang berharga RM190 per kilogram. 


Walaupun alasan yang diberikan itu tidak masuk akal, dia terpaksa menerimanya dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak bertanya mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan. 



Insiden itu dikongsinya di media sosial dan netizen juga meluahkan rasa terkejut serta menyifatkan peniaga terbabit bukan orang yang jujur. 


"Apa maksud dia tak bertanya tentang harga? Bukan ke sepatutnya harga hidangan ada dinyatakan dalam menu atau mana-mana yang boleh dilihat oleh pelanggan? Kalau pelanggan tak tanya harga, peniaga boleh sesuka hati kenaan harga?" kata netizen. 


"Laa, kedai kopi rupanya! Kalau kau makan mi sup ni di restoran mewah, mungkin akan dikenakan harga RM600! Kedai ini dah sah-sah scam orang 80 peratus! Banyak peniaga yang tak jujur, kalau tak nampak harga hidangan tu, bertanya pada peniaga untuk elakkan diri daripada menjadi mangsa peniaga tak jujur," kata yang lain. 


"Ada banyak jenis ikan atin. Kalau ikan patin domestik, harganya takkan cecah RM20 per kilogram. Kalau ikan patin itu ditemui di hutan, berat 1 kilogram dah boleh cecah ratusan ringgit. Tapi jarang kedai/restoran guna ikan patin liar untuk hidangannya sebab harganya mahal," tambah netizen yang lain. 


Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz