'Datuk' palsu, 3 selebriti masih berdiam diri & teruskan rutin harian seperti biasa



Baru-baru ini, media melaporkan tiga lelaki yang merupakan suami kepada selebriti tempatan menggunakan gelaran Datuk/Datuk Seri/Dato' palsu. 


Perkara itu mula hangat diperkatakan selepas ada individu mendedahkan bahawa, semakan dalam sistem istiadat mendapati, nama tiga individu berkenaan tidak ditemui dalam senarai penerima anugerah darjah kebesaran tersebut.


"Aku semak di Istiadat tak jumpa. Ada siapa jumpa? Kalau jumpa tolong 'update' aku. Yang aku jumpa Dato Haniff Borhan je," kata Aliff Ahmad. 


Tiga selebriti yang terpalit dengan kontroversi itu adalah, Datin Fouziah Gous, Datin Paduka Eina Azman dan Datin Seri Heliza Helmi


Pihak wartawan yang cuba menghubungi ketiga-tiga selebriti itu tidak berjaya di mana mesej di aplikasi WhatsApp dan panggilan telefon langsung tidak dijawab. 


Semakan di Instagram ketiga-tiga selebriti itu, tiada sebarang kenyataan dibuat dan masing-masing meneruskan rutin harian seperti biasa. 


Sumber: Harian Metro