'Cilaka kau ni, mana kau dapat info ni?' - Aeril Zafrel bengang portal petik namanya terbabit dalam kes potong gaji staff 35%



Pelakon Aeril Zafrel menyelar tindakan sebuah portal hiburan yang mendakwa dia dan isterinya, Wawa Zainal, merupakan individu terbabit dalam satu ciapan pengguna Twitter yang sedang menular di media sosial ketika ini. 


Terdahulu, seorang individu tampil mendakwa gaji semua pekerja di satu syarikat milik pasangan 'famous', telah dipotong sebanyak 35 peratus hanya kerana prestasi jualan tidak mencapai sasaran.


Baca: 'Semua ada anak nak sara' - Staff dedah gaji semua pekerja dipotong 35% oleh company dimiliki famous couple, sebab tak capai sales target


Dalam laporan itu, portal berkenaan turut memuat naik gambar Aeril dan Wawa, yang dipercayai menyebabkan Aeril bengang dan memuat naik gambar hantaran itu di Instagramnya sebentar tadi. 


Aeril mempertikaikan informasi yang diperolehi oleh portal berkenaan dan menegaskan syarikatnya bukanlah seperti yang didakwa, malah mereka memberi bonus kepada kakitanganya. 


"Kau dapat info dari mana ni b********? Aku ni siap bagi bonus lagi tahun lepas!!! Gila punya statement!!! Cilaka kau ni, mana kau dapat info ni?" katanya. 



Di ruangan komen, netizen menggesa Aeril mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan. 


Difahamkan, portal berkenaan telah memadamkan laporan tersebut. Namun Aeril dilihat masih tidak berpuas hati dengan perkara tersebut.



Sumber: Instagram Aeril Zafrel