'Kau bongok ke apa? Sudahlah tua, miskin & tak sedar diri!' - Anak terkilan bapanya dihina pelanggan tak berhati perut



Baru-baru ini tular di media sosial luahan rasa sedih seorang anak mengenai bapanya yang bekerja sebagai 'Driver Ojol' (teksi motosikal) yang dihina oleh pelanggan. 


Menerusi ciapan di Twitter pada 19 Februari lalu, si anak menceritakan telefon pintar milik bapanya yang digunakan untuk mencari rezeki telah rosak. Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan telefon gantian buat sementara waktu. Malangnya, aplikasi peta pada telefon tersebut tidak berfungsi dengan baik. 


"Hari ini saya buka telefon ayah. Sakit hati bila terbaca mesej yang masuk dalam inbox, saya terus padamkan sebab," katanya. 


Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, pelanggan terbabit melemparkan kaki caci maki terhadap bapa pengadu. Malah pelanggan itu turut mengancam untuk melaporkan bapanya kepada pihak atasan perkhidmatan tersebut. 


"Kau bongok ke apa tolol jadi Ojol? Dah jelas dalam aplikasi itu ada petanya, tinggal ikut je. Ini ditanya lokasi di mana. Baru kali ini aku dapat driver sebodoh dan setolol kau!!!


"Sudahlah tua, miskin, tak sedar diri. Aku laporkan kau ke HQ Ojek. Patutlah selama ni kau miskin jadi manusia tak sedar diri!!" kata pelanggan biadab berkenaan.




Menurut pengadu, bapanya selalu keluar bekerja dari pagi sampai ke malam dan tidak menyangka akan menghadapi situasi seperti ini. 


"Padahal tak susah pun pelanggan tu nak beritahu. Cakap saja di mana alamatnya, nombor rumah, jalan mana dan kalau dah dekat, telefon dan dia akan keluar dari rumah. Simple. Tak perlu nak susahkan lagi keadaan dan biarlah beradab," kata Peters. 


"Aku yakin kalau bapak dia baca mesej itu semua, dia akan menangis kerana dihina miskin. Mesti dia akan teringat pada keluarga. Bersabar ya pakcik, semoga dimurahkan rezeki dan terkutuklah orang yang memperlakukan pakcik seperti itu," kata Almsyah. 


Sumber: Indo Zone