Tindakan mahkamah mengeluarkan perintah untuk menyita rumah arwah ibu kepada Ali Puteh mengejutkan pelawak itu yang kemudian merayu kepada balu arwah abangnya, Hidayah, untuk tidak berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.
Tidak dinafikan, perkara yang dibangkitkan oleh Ali itu juga mengundang persoalan netizen, apakah perkara itu boleh dilakukan sedangkan kes Ali dengan Hidayah dilihat tiada kena mengena dalam kes saman fitnah RM60,000 tersebut.
Untuk memberi pencerahan mengenai isu itu, seorang bekas peguam yang dikenali sebagai Reina tampil memberi penjelasan bagaimana perintah itu boleh dikeluarkan.
Menurut Reina, dalam kes Ali dan Hidayah, mereka telah diberi kebebasan oleh mahkamah untuk menyelesaikan pembayaran saman RM60,000 itu mengikut cara dan pilihan mereka sendiri. Namun, difahamkan kedua-dua pihak masih belum menemui jalan penyelesaian.
"Ali Puteh kalah kes saman fitnah, jadi dia kena bayar Hidayah RM60,000. Kebiasaannya mahkamah akan menetapkan skim pembayaran. Tetapi ada sesetengah kes seperti yang ini diberi kebebasan untuk selesaikan (mengikut cara) sendiri.
"Tetapi sampai ke hari ini RM60,000 itu belum dibayar lagi. Jadi kalau ada masalah 'negatotiation' itu, mahkamah boleh campur tangan dan tentukan macam mana bayaran itu perlu dibuat.
"Tetapi saya rasa isu dia sebenarnya, kenapa mahkamah ambil rumah arwah mak dia adalah, secara undang-undang, orang yang sudah meninggal dunia tidak boleh 'hold property'. Jadi rumah itu sebenarnya jika mengikut hukum faraid adalah future income Ali Puteh.
"Jadi dalam undang-undang, property itu dia punya, bukan mak dia punya sebab mak dia sudah tiada," katanya.
@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang ♬ original sound - Reina Lum
Tambah Reina lagi, adalah lebih baik dan mudah untuk ambil daripada future income atau pendapatan semasa yang ada di tangan seseorang daripada buat pinjaman peribadi atau menjual harta yang ada untuk bayar hutang.
"Lebih baik ambil harta yang akan datang, jadi seseorang itu tak rasa pun sebenarnya hutang itu dah dibayar," katanya.
Sumber: TikToker Reina, Oh! Media