(10 FOTO) Sekitar Majlis Khatam Al – Quran Deena Emir Bakal Isteri Saharul Ridzwan

Bakal berkahwin pada 16 September iaitu hari Jumaat minggu ini, bakal isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir baru-baru ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan doa selamat.
Majlis berkenaan berlangsung di kediaman ibu bapa Deena yang terletak di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.
Tidak kami nafikan bahawa Saharul cukup bertuah untuk memiliki seorang isteri yang cukup cantik rupa parasnya.

Difahamkan pasangan ini bakal bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsi pula berlangsung pada hari yang sama di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis khatam Al-Quran Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Read more »

Viral Foto Bogel Bersama Idris Khan Tersebar : Atikah Suhaime Bakal Ambil Tindakan

Nama pelakon Atikah Suhaime sekali lagi dihimpit kontroversi dan menjadi tumpuan ramai apabila foto bogel beliau bersama aktor Idris Khan tersebar secara meluas sejak beberapa hari lepas.

Baca artikel penuh
Read more »

'Ya Allah, Lindungilah Perjalanan Keluarga Ini'


Sayu dan pilu melihat pasangan ini naik motosikal bersama 3 orang anak kecilnya, serta seekor kucing, menempuh perjalanan jauh untuk balik ke kampung mertua.

Hasnul Zulkarnain, yang terserempak dengan mereka di Tol Jelapang pada tengah hari tadi, sempat merakam dan memuat naik video serta gambar mereka di Facebook, cetus rasa simpati netizen. 

"Kisah sangat sedih dan sayu. Saya bertemu dengan lima beranak ini jam 1.25 petang, 13 September 2016 di Tol Jelapang. Mereka lima beranak dari Pulau Pinang nak balik ke kampung mak mertua di Kampung Simee, Ipoh, Perak. 

"Saya bersimpati sangat terhadap mereka sehingga menitis air mata. Saya tahan motosikal mereka untuk beri sumbangan. Saya sangka hanya empat orang, rupanya lima orang naik satu motosikal dan ada seekor kucing dalam raga motosikal. 

"Doakan keluarga ini selamat dan dipermudahkan hidup mereka," katanya. 


Status Hasnul itu mendapat 10,300 perkongsian di Facebook. Kesemuanya mendoakan agar keluarga itu selamat sampai ke destinasi. 

Begitulah kehidupan rakyat marhaen. Biarpun hidup serba kekurangan, namun tetap dibawa satu keluarga bersama walaupun ke mana jua perginya si bapa. Di kala kita menikmati hidup senang. sentiasalah beringat bahawa ada orang lain yang hidup susah. - The Reporter

Semoga derita Madihah diringankan, Mohon share agar sampai kepada pihak yang dapat membantu.. Terima Kasih..


Pada usia empat tahun, Nur Madihah sudah derita dengan penyakit ‘Diabetes Milletus Type 1’ memaksa bapanya Muhmmad Mohsin merayu bantuan orang ramai kerana kos rawatan anaknya memerlukan perbelanjaan besar. - Foto AMRAN HAMID

Baca artikel penuh
Read more »