Showing posts with label Cite Heboh. Show all posts
Showing posts with label Cite Heboh. Show all posts

'Tolong Encik, Anak Saya Tak Bernafas!'


TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Tindakan pantas seorang anggota polis yang menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki, pastinya akan diingati oleh kedua ibu bapanya seumur hidup, lapor NBC MIAMI.

Terdahulu, Brayden yang lawat ibunya, Hoover, di tempat kerja KFC, dikatakan mengalami demam dan sawan serta pernafasannya terhenti. 

"Matanya berpusing ke belakang kepalanya dan situasi itu bukan sesuatu yang anda mahu lihat terjadi pada anak sendiri," kata bapanya, John Geis. 

Anggota polis, Miller, yang kebetulan berada berhampiran mendapat laporan mengenai kejadian itu terus bergegas ke lokasi kejadian itu meskipun belum mendapat arahan pusat kawalan.

Miller yang tiba lebih awal dari pihak ambulans, segera mendapatkan mangsa dari ibunya dan memulakan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR).

Miller kemudian berhenti seketika dan mendapatkan topeng pernafasan sementara bapa mangsa terus mengepam dada anaknya. Tanpa berputus asa, anggota polis berkenaan terus cuba menyelamatkan nyawa si kecil itu.. 

Tindakan pantas anggota polis berkenaan berjaya menyelamatkan Brayden yang kemudiannya tersedar dan terus menangis. 

Ekoran tindakan pantasnya itu, pihak Majlis Bandaraya Granbury memberi penghormatan pada Miller. Namun bagi Miller, pelukan dari si kecil itu saja sudah cukup memuaskan hatinya.

"Syukur dia selamat. Pada ketika itu, saya hanya cuba membantu agar dia bernafas semula. Apa yang terjadi di sekeliling pada waktu itu, tidak penting," kata Miller. - The Reporter

Isteri TMJ, Che Puan Khaleeda Mengalir Air Mata Melihat Mangsa Kebakaran HSA

Isteri TMJ, Che Puan Khaleeda Mengalir Air Mata Melihat Mangsa Kebakaran HSA


Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Che Puan Khaleeda telah mengalirkan air mata setelah sebak melihat mangsa kebakaran HSA.

Che Puan Khaleeda bersama Permaisuri Johor telah hadir melawat mangsa kebakaran Hospitak Sultanah Aminat semalam.


DYMM PERMAISURI JOHOR DAN YM CHE PUAN BERANGKAT MELAWAT MANGSA BENCANA KEBAKARAN HSA

DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat melawat mangsa yang terlibat dalam bencana kebakaran Hospital Sultanah Aminah yang telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail hari ini, 26hb Oktober 2016. Kunjungan diraja ini selain bertemu pesakit, adalah untuk memberikan sokongan moral serta sumbangan kepada pesakit yang terlibat dalam bencana tersebut. Keprihatinan Keluarga Diraja jelas mencerminkan konsep hubungan rakyat dan raja berpisah tiada telah diamalkan sejak dahulu lagi. Allah Peliharakan Sultan.
----
HRH PERMAISURI OF JOHOR AND HH CHE PUAN VISIT HSA FIRE VICTIMS

HRH Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri of Johor, and HH Che Puan Khaleeda visited victims of the Sultanah Aminah Hospital fire, who were transferred to the Sultan Ismail Hospital today on October 26th 2016. Besides seeing the patients, the royal visit was to give moral support and assistance to the patients affected by the incident. The Royal Family's concern for the people clearly showed the inseparable relationship between the royalty and the people. Allah Peliharakan Sultan.


Ini beberapa gambar lawatan Permaisuri Johor dan juga Che Puan Khaleeda melawat mangsa.











'Saya Tak Sanggup Dipenjarakan, Maafkan Abang, Azianti...' - Surat Terakhir Suami Sebelum Terjun Bunuh Diri


GEORGETOWN - Tertekan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap dirinya berhubung kes rokok dan hutang dengan rakan-rakannya, seorang lelaki mengambil jalan untuk membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pagi tadi. 

Mangsa, Mohd Shukri Saad, 39, telah memuat naik 'surat' luahan yang panjang lebar di laman Facebook, sebelum berbuat demikian. 



Difahamkan, mangsa pernah dikenakan tindakan undang-undang berhubung kes penjualan rokok murah pada tahun 2012. Namun tarikh perbicaraan dijadualkan semalam di mahkamah. Namun ditundakan atas sebab yang tidak dinyatakan. 

Mohd Shukri mengaku perbuatannya itu salah, tetapi mempertikaikan hukuman yang dikenakan terhadapnya dan mula menyalah kerajaan di atas apa yang berlaku. 

Tertekan dengan apa yang berlaku, Mohd Shukri mengambil keputusan untuk 'mengorbankan' dirinya dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang dan menyatakan sebelum ini juga dia kerap bermimpi dirinya lemas di lautan. 

Dalam surat itu juga Mohd Shukri meminta orang ramai tidak mengecam isteri dan anaknya di atas perbuatannya itu. Malah, meminta orang ramai mengambil berat akan mereka berdua apabila dia sudah tiada. 

Mohd Shukri juga sempat memohon maaf pada isterinya Nur Azianti doi atas segala kesusahan yang ditimbulkannya selama ini.

Lapor Harian Metro, mangsa dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, jam 8.30 pagi tadi. 

Mangsa meninggalkan sebuah motosikal jenis Modenas dan telefon bimbit di atas jambatan sebelum terjun. 

Sehingga kini, 12 pegawai dan anggota Bomba dari Balai Bomba Sungai Bakap serta Unit Marin Bomba sedang mencari mangsa. - The Reporter

(9 GAMBAR) YA ALLAH.. Sembuhkanlah Nurul Ain, Jururawat HSA..Dia Kini Bertarung Nyawa Akibat Kebakaran

(9 GAMBAR) YA ALLAH.. Sembuhkanlah Nurul Ain, Jururawat HSA..Dia Kini Bertarung Nyawa Akibat Kebakaran



Kehebatan pekerjaan seorang jururawat tidak boleh dipertikaikan lagi.

Nurul Ain Syawqah Wardiah merupakan staff Hospital Sultanah Aminah sebagai jururawat di unit ICU yang terbakar.

Orang ramai kini sedang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan jururawat ini yang sanggup menggadai nyawanya demi bertugas sebagai seorang jururawat.

Nurul Ain yang berasal dari Termeloh, Pahang kini sedang dirawat akibat kebakaran yang melanda HSA.

Ini komen Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah:

"Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan 3 daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. 7yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi," 

Sementara itu, 6 pesakit di ICU tersebut disahkan meninggal dunia.

Ini beberapa gambar Ain. Mari kita doakan agar dia cepat sembuh.


Hasrat Bertemu Dengan Anak Dimakbulkan Sebelum Hembus Nafas Terakhir


KUALA LUMPUR - Mohd Raitul Afthal Zainal Abdibin, 27, yang sebelum ini viral di media sosial mahu bertemu dengan anak lelakinya, telah menghembuskan nafas terakhirnya tengah malam tadi.

Harian Metro melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur, jam 12.20 tengah malam tadi. 

Pada 15 Oktober lalu, arwah yang menghidap kanser usus tahap empat pernah berhasrat untuk bertemu dengan anak sulungnya, Muhammad Raykal Hakimi, 6, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya yang viral di media sosial. 

Difahamkan, sudah empat tahun arwah tidak pernah bertemu dengan Raykal, yang juga menghidap kanser hati.

Hasratnya itu dimakbulkan oleh bekas isteri, Aida Kosma Ahmad Serbawi yang membawa Raykal ke kediaman arwah di Kuarters KTM pada 16 Oktober lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka akan bersalin seminggu lagi. 

Jenazah Raitul Afthal akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak, selepas Zohor, hari ini.

Lelaki Potong Zakarnya Sendiri Selepas Tertekan Dipaksa Kahwin


SHARJAH - Tidak tahan dengan desakan anggota keluarga yang mahu dia berkahwin lagi, seorang lelaki berusia 26 tahun bertindak memotong kemaluannya sendiri, dalam kejadian 9 hari yang lalu, lapor Gulf News.

Kejadian itu berlaku apabila ibu bapa lelaki berketurunan asia itu memaksanya berkahwin lagi walaupun dia sudah mempunyai isteri yang menetap di negara asal mereka. 

Tertekan dan marah dengan keadaan itu, mangsa mengambil pisau dan terus memotong kemaluannya sendiri. 

Mangsa dikejarkan ke Hospital Al Qasimi, oleh saudara lelakinya bersama dengan kemaluannya yang telah dipotong. 

Dalam pembedahan yang berlangsung selama tiga jam, doktor berjaya menyambung semula kemaluan mangsa. 

Difahamkan, mangsa enggan menjalani pembedahan itu. Namun akhirnya mangsa bersetuju setelah dipujuk doktor dan saudara lelakinya itu. 

Menurut Doktor Younis Al Shamsi berkata, mangsa berkemungkinan menghidap masalah mental sehingga mendorong diri mangsa untuk mengambil tindakan diluar jangkaan itu.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis dan mangsa akan disoal siasat selepas keluar dari hospital.  - The Reporter

'Mat Cangkul' Didenda RM5,000


KULAI - Dua beradik yang telah menyerang dan mencederakan wakil kakiangan SAJ Holding Sdn Bhd (SAJ) minggu lalu, mengaku bersalah, lapor Harian Metro

Youzairy Ya'acob, 36, dan adiknya Mohd Youzaimeer, 29, mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 setiap seorang. 

"Sepatutnya kami adik beradik berbincang dengan lebih matang dalam isu bayaran bil, bukan isu besar pun yang perlu kami menggunakan kekerasan. Mahkamah ingin ingatkan bahawa keganasan bukan caranya," kata Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal yang juga berhadap kedua tertuduh insaf selepas tujuh hari ditahan reman di dalam lokap.

Youzairy, bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan, dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan menyerang Muhammad Khairuzzaman Yaakub, 30, menggunakan sebatang cangkul. Selain itu, Youzairy turut didenda RM2,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan kedua iaitu sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Aysraf Abd Ghani, 20. 

Selain itu, Youzairy dan Mohd Youzaimeer turut didenda RM2,000 atua empat bulan penjara setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah bagi tuduhan bersama-sama menyebabkan kecederaan pada Muhammad Khairuzzaman. 

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. 

Mohd Youzaimeer juga turut didenda RM3,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Asyraf dengan menggunakan topi keledar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam Haniza Yazed, membuat rayuan bagi meringankan hukuman kerana Youzairy kini tidak bekerja selepas insiden berkenaan. 

"Dia mempunyai dua anak dan isteirnya berkerja sebagai pembantu kedai makan. Sebelum ini dia mempunyai pendapatan RM1,600 sebulan tetapi kini sudah tidak bekerja kerana diberhentikan oleh majikan. Manakala Youzaimeer pula belum berkahwin dan bekerja," katanya. 

Menurut Haniza, tertuduh berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan dengan kedua ibu bapanya masing-masing sudah berusia 63 dan 71 tahun. 

"Mengenai kejadian itu, tertuduh insaf dengan perbuatan meerka, namun apa yang menyebabkan kedua-duanya hilang sabar apabila tindakan memotong bekalan air itu membabitkan rumah kedua ibu bapa mereka yang tidak mampu membayar bil air," katanya. 

Youzairy dan Youzaimeer melakukan kesalahan itu pada 11.45 pagi, 18 Oktober lalu di M-231-1, Kampung Melayu yang menyebabkan kecederaan pada dua wakil kakitangan SAJ yang kemudiannya viral di media sosial.

Artikel berkaitan:

Menangis Kaki Tersangkut Bawah Pintu


CHINA - Aneh dan menimbulkan persoalan orang ramai bagaimana kaki seorang kanak-kanak perempuan boleh tersangkut di bawah pintu berpusing ini. 

Dalam kejadian Ahad lalu di sebuah hotel di bandar Fuyang, wilayah Anhui, kaki seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun tersangkut di bawah pintu utama hotel berkenaan.. 

Lapor CCTV News, mangsa sebelum itu terjatuh lalu kakinya terperosok di bawah pintu dan tersangkut serta merta. 

Lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan cuba menenangkan mangsa yang terbaring menangis menahan kesakitan, sebelum bantuan tiba di lokasi kejadian. 


Dengan menggunakan peralatan hidraulik, kaki mangsa berjaya dikeluarkan dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan segera. 

Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa hanya mengalami lebam dan tiada kecederaan yang serius. - The Reporter