Tidak menafikan sering terpalit dengan label seksi dan juga simbol seks, Maria Faridamenjelaskan perkara tersebut telah selalu dihadapinya salin menyifatkan lebih ramai lagi artis wanita yang lebih seksi daripadanya.
“Dari dulu sampai sekarang, isu seksi ini memang melekat dengan diri saya. Seksi ini sebenarnya subjektif kepada pandangan mata yang menilai. Saya pakai apa pun, tetap dikaitkan dengan isu seksi. Walaupun saya berjubah, berbaju kurung dan sebagainya, orang tetap melabel saya sebagai seorang yang seksi”
“Jadi sukar untuk saya menjawab isu seksi ini kerana pada pandangan saya, lebih ramai artis perempuan lebih seksi daripada saya. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan”
“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja,” jelasnya kepada BH Plus. Selain itu pelakon ini juga dalam masa yang sama menyatakan dia mengambil langkah mudah dengan menyekat individu di Instagram yang biadap dan berbaur negatif.
Tambah Maria lagi, menyentuh soal perkahwinan, dia menjelaskan akan memberitahu dan berkongsi dengan pihak media sekiranya waktunya telah sampai.

Sumber : Friscomedia