Selepas Galaxy Note 7, iPhone 7 Pula Meletup (5 Gambar)


PUTRAJAYA - Seorang individu yang menggunakan nama 'kroopthesnoop' baru-baru ini memuat naik gambar telefon pintarnya di laman Reddit dan imgur, mengadu iPhone 7 miliknya itu meletup, lapor Tech Times.

Gambar iPhone 7 berwarna 'Matte Black' yang disandar pada kotaknya menunjukkan bahagian depan peranti itu terbuka selepas dipercayai terbakar. 

Difahamkan, individu berkenaan telah membuat pembelian secara online di laman Apple dan penghantaran dibuat oleh syarikat kurier, UPS. Namun sebaik menerima penghantaran tersebut, dia terkejut bila mendapati iPhone 7 itu berada dalam keadaan terbuka dan hangus terbakar.

"Saya tidak pasti tetapi ada sesuatu yang berlaku sama ada di kilang ada semasa proses penghantaran," kata pemilik iPhone tersebut. 

Berdasarkan gambar tersebut, besar kemungkinan iPhone 7 itu terbakar/meletup berpunca dari masalah bateri, seperti yang terjadi pada Samsung Galaxy Note 7 baru-baru ini.





Difahamkan, ini merupakan aduan pertama yang melibatkan model iPhone 7. Sementara itu, syarikat pengeluarnya, Apple, masih belum mengeluar sebarang kenyataan berhubung kejadian itu sama ada ia merupakan kes terpencil atau terdapat unit-unit lain yang terlibat. Malah, UPS juga tidak memberi sebarang reaksinya berhubung isu ini.

Kejadian itu masih belum disahkan, namun telah menjadi persoalan orang ramai. Sekiranya benar dakwaan itu dan bukan kes terpencil, ia pasti akan menimbulkan kebimbangan para pengguna.

Terdahulu, seorang lelaki melecur tahap ketiga di bahagian paha apabila telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 miliknya meletup dalam seluar, sehari selepas Samsung mengumumkan penarikan balik model berkenaan.

Ekoran dari kejadian itu juga, hampir kesemua syarikat penerbangan melarang penumpangnya menggunakan peranti tersebut ketika dalam penerbangan. - The Reporter

'Mengapa Orang Ingin Bergelar Dr? Apa Istimewanya Pada Orang Kita?'


1. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya mengenai 'Doktor' palsu ini. Saya pernah menulis tentang ini dalam pos yang lalu. Anggaplah ini sebagai ulangkaji.

2. Pengajian PhD memerlukan disiplin ilmu yang ketat dan tinggi. Tidak ramai yang melaluinya berjaya selesai dengan jaya.

3. Di Jabatan saya ada yang tamat pengajian setelah 10 tahun melaluinya. Malah, ada yang tak habis dan diam begitu sahaja. 

4. Mengapa orang ingin bergelar 'Doktor' ini? 

Kajian menunjukkan bahawa manusia yang paling dipercayai adalah golongan Doktor ini. Anehnya, golongan Doktor yang dirujuk bukan Doktor Falsafah tetapi Doktor Perubatan.

Masyarakat kita pula pukul rata, janji ada gelaran Doktor semua boleh jadi menantu punya. 

5. Satu 'keistimewaan' orang kita bila tamat PhD, berebut meminta orang menggelar mereka sebagai Doktor. Jika pelajar tersalah sebut guna nama tanpa Doktor di pangkal nama, mereka memang tidak suka. 

6. Di Malaysia, budaya ini luar biasa. Di negara barat, yang digelar Doktor hanya yang boleh menyuntik dan membedah orang sahaja. Doktor Falsafah hanya letak di hujung nama PhD, bukannya di awal namanya Doktor.

7. Maka ramai saudagar yang ingin kaya ini berebut membeli gelaran ini agar mereka dipercayai dan dihormati oleh masyarakat kita. Ini tidak jujur namanya. 

8. Jika ada yang kata sumbangan mereka ini besar dan telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya, marilah kita kembali kepada hukum alam, agama tidak menghalalkan penipuan untuk apa tujuan baik sekali pun.

9. Ia bukan soal dengki, ia soal integriti. Saya kagum dengan Universiti Malaya yang pantas mengeluarkan kenyataan akhbar. Sebab itu UM kekal antara 100 universiti terbaik di dunia. 

10. Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau menjadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama, bukan minta bayaran yang tidak masuk akal. 

11. Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata-kata yang tidak manis bahasanya. Tulisan saya sekadar mahu mengingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika. 

Mohon maaflah secara terbuka akan menjadikan kita lebih mulia. Selagi kita berdiam diri, orang akan terus berkata-kata. Lelaki kacak tak perlukan gelaran hebat. Hidup ini bukan untuk digelar. - Azizul Azli Ahmad | The Reporter

Eksklusif selepas berdiam diri semalam, kenyataan balas dan bukti yang jelas gelaran doktor azizan osman


azizan-osman.jpg
Perkara ini mungkin satu kejutan terhebat 2016 kepada seluruh negara terutama pengikut pakar motivasi keusahawanan terkenal apabila sebuah universiti terkemuka tempatan menafikan dakwaan pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Dr Azizan Osman.
Dalam kenyataan Semalam, Universiti Malaya (UM) menjelaskan dakwaan bahawa status yang membawa gelaran Doktor tersebut yang konon pernah dianugerahkan kepada Azizan adalah tidak betul dan palsu semata-mata.
Read more »

'Kita Memang Tak Boleh Buat Apa-Apa, Cik Viralkanlah Di Facebook Ye'


PUTRAJAYA - Seorang pengguna Facebook luah rasa kecewa dirinya menjadi mangsa penipuan melalui panggilan telefon dan ditambah pula pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu. 

Salwa Mohd Saleh, mengalami kerugian RM150 selain terkilan, individu yang tidak bertanggungjawab, Mohd Khairol Abd Rohaman, telah mengambil kesempatan di atas kebaikannya itu. 

Terdahulu, Salwa pernah menghulurkan bantuan tunai kepada pemandu teksi itu kerana tidak cukup duit untuk menanggung kos bersalin isterinya. 

NAMA: Mohd Khairol Bin Abd Rohaman
NO TEL: 013-9220012
DIALEK: Terengganu/Kelantan
MODUS OPERANDI: Call random orang online business (Google info), menangis kata isteri bersalin dan tak cukup duit. Nak pinjam dalam jumlah sikit seperti RM60, RM80 dll. 

KRONOLOGI

26 September

Khairol telah menghubungi saya kononnya pernah menjadi pelanggan dia berdasarkan business card saya yang ditemui dalam teksinya. Khairol beroperasi di kawasan Sepang, namun dalam perjalanan melawat saudaranya di Yong Peng, Perak, tiba-tiba isterinya terberanak. Nak bawa balik, tak cukup duit. Duit yang ada hanyalah RM30 sahaja. Jadi dia nak pinjam RM80. 

Dia siap menangis. Saya pula tidak terfikir bahawa itu adalah scam kerana nilai yang dipinta hanyalah RM80. Saya menyangka dia benar-benar terdesak sebab cerita dia memang logik habis. Pelanggan saya ada beratus orang, mana sempat nak buat semakan pada masa itu. Jadi saya terus bank in RM150 kepada dia sebab kasihan pula dia nak makan apa nanti. 

Kalau anda baca, rasanya jadi macam yang komen-komen itulah, semua menangis belaka. Yelah, jalan cerita, watak dan skrip semua mantap. 

Jadi, pembongkaran ini bermula bila Zulaikha Ali komen di status saya. Saya pada masa itu masih menafikan juga dan beranggapan mungkin orang lain yang dia maksudkan. Tetapi saya ada menghubungi Zulaikha secara peribadi dan perkara yang sama modus operandinya sama. Cuma pada masa itu Khairol kata Zulaikha pernah beli buku dari dia. 

Waktu ini, sudah ada beberapa kawan menghubungi saya meminta nombor akaun Khairol ini atas sebab mereka berasa kasihan dan simpati. Jiran-jiran pun nak beri sumbangan. Saya kata, tunggu dulu dan beri ruang untuk saya periksa. Kalau betul, memang saya ada perancangan untuk menziarah keluarga Khairol dan beri sumbangan kepadanya. 

Saya cuba menghubungi Khairol tetapi tidak dijawab. SMS yang dihantar pada jam 6.41 petang bertanyakan alamat sebab mahu menziarahi mereka juga tidak dibalas. Saya mula rasa tak sedap hati. 

Dalam satu group WhatsApp ini saya sudah ceritakan sebab kami semua jual Shaklee. Jadi, salah seorang rakan buat keputusan untuk menghubungi Khairol, kononnya mahu menggunakan perkhidmatan teksinya. 

Namun Khairol memberikan alasan yang dia duduk di Kuala Lumpur, bukan di Sepang. Semakin bertambah pula rasa geram saya pada waktu itu walaupun masih berharap sangat-sangat yang dia benar-benar orang yang susah. 

27 September

Harapan itu musnah apabila keesokannya seorang lagi sahabat, Azreena Alwi, komen di status saya. Dan kali ini memang sah. 

28 September

Jadi saya buat semakan semula dengan Zulaikha dan Azreena. Malangnya Azreena sudah terbuang nombor. Jadi tak dapat semak. Tetapi Zulaikha masih menyimpan log call dan nombor yang sama digunkan oleh Khairol untuk menghubungi kami berdua!

Rahsia sudah terbongkar, saya hantar sms kepada Khairol semula. Kemudian saya menghubungi dia sekitar jam 10.48 dan dijawab. Menurutnya, dia dalam perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur dan pada masa itu sudah berada di RNR Bentong. Entah wujud atau tidak. Kononnya isteri dia tak ada orang jaga, jadi dia perlu hantar ke Terengganu. Saya cuba meminta alamatnya di Kota Warisan, dia akur dan akan berikan secara SMS. 

Waktu ini saya silap, saya tak minta terus alamat rumahnya.




Petang itu, seorang lagi kawan saya cuba menghubungi Khairol kononnya nak guna teksi ke KLIA. Namun ditolak dengan alasan dia teksi bandar sahaja. Paling menarik, semua panggilan dari orang yang tidak dikenalinya, dijawab. Mungkin dia benar-benar seorang pemandu teksi. 

Suara Khairol

Kemuncaknya pada malam itu, di WhatsApp group. Seorang kawan mendedahkan bahawa Khairol sudah lama melakukan aktiviti jenayah siber ini. Memang menyirap dibuatnya!



Berdasarkan gambar ini, Khairol mula melakukan aktiviti ini semenjak bulan Mei. Tak tahu bila dia mulakan jenayah ini sebenarnya. Tetapi cuba bayangkan kalau sehari dia kenakan 10 orang, dah dapat RM800. Sebulan call 20 hari saja dah dapat RM16,000. Hebat!

Saya SMS Khairol dan minta semula wang saya tetapi tiada respon. 

29 September 

Sebenarnya dia masukkan atau tak masukkan duit itu, memang saya nak buat laporan polis. Sebab saya memang nak hentikan jenayah orang ini. Saya rasa penipuan dia sangat melampau dan ramai sangat scammers di luar sana yang hidup senang lenang di atas kesusahan orang lain. 


Saya buat laporan di Balai Polis Cyberjaya sebab dekat dengan kediaman. Tiga pegawai polis yang berbudi bahasa melayan saya dengan baik. Bolehlah gelak-gelak sikit dan sempat mengingatkan saya.

"Cik jangan buat lagi macam ini ye cik," 

Saya dimaklumkan, jika mahu membekukan akaun, bergantung pada siasatan di bahagian komersial. Oleh kerana saya membuat transaksi dari rumah, Cyberjaya tak boleh buat. Kena hantar mengikut kawasan iaitu Dengkil. Jadi, Balai Polis Dengkil meminta saya datang pada jam 5.30 petang untuk bertemu dengan seorang pegawai berpangkat Sarjan. 

Sampai di Balai Polis Dengkil, Sarjan berkenaan meminta laporan saya. Saya serahkan dan dia baca. Saya tidak menyangka dia nak intterogate saya seperti saya pula penjenayahnya. 

"Cik ini datang pasal apa? Kenapa ni? Apa halnya?" katanya dengan suara tegas. 

"Saya nak buat laporan sebab kes kena tipu," 

"Cik cakap dekat saya, cik rasa tindakan cik ini betul ke tak? Tak payah nak err.. err.. cakap saja terus," katanya. 

Waktu ini saya memang bengang. Beginikah cara seorang sarjan bercakap? 

"Betul, sebab saya buat based on humanity. Kesian kot? Dia minta RM80 saja dengan menangis, dengan cakap dia customer, isteri dah terberanak, ingat saya hati batu ke?" balas saya. 

"Saya tengok laporan cik, tiada ugutan, tiada paksaan. Cik memang beri dengan rela hati. Kami di pihak polis tidak boleh buat apa-apa tindakan. Jadi cik buat laporan ini apa tujuannya?" soal sarjan. 

"Tu dalam laporan kan tulis dah. Saya buat laporan agar orang lain tak kena tipu. Jadi dia menipu itu tak apalah? Tak kisahlah dia tipu berapa ramai orang pun sebab semua bagi dengan rela. Saya nak kepastian, jadi Sarjan kata memang polis tak boleh buat apa-apa?" soal saya. 

"Di pihak polis, tiada tindakan boleh dibuat. Cik buat laporan ini, cik viralkanlah di Facebook ye," katanya. 

Fuh, patutlah orang kata kadang-kadang bila kita mahu mengambil tindakan melalui saluran yang betul, tetapi sia-sia. Tak ada faedah. Melainkan kalau kita kutuk pemimpin, guna akaun Facebook palsu pun mereka akan gigih kesan sampai lubang cacing. Kalau penipu seperti ini, dah bagi nama penuh, nombor IC dengan nombor telefon pun mereka tak boleh buat apa-apa. 

Sarjan ini masih mahu menyalahkan saya sebab saya sukarela memberikan duit itu. Saya rasa keyboard warriors yang tak baca keseluruhan cerita ini juga apa buat perkara yang sama.

"Sarjan, bajet-bajetlah sikit kot. Dia minta RM80, bukan RM8,000, RM800 ke. Kalau di Facebook, dah lama saya block. Ini dia siap call dan menangis kata isteri terberanak. Saya orang perempuan, tahulah. Apa erti RM80 itu kalau keadaan dia sesak begini. Boleh bayangkan tak? Saya tak ada kena pukau, memang waras pada masa itu. Sebab waras, itulah rasa kasihan." 

Suami dan beberapa kawan suruh saya biarkan saja dan lupakan. Saya kata tidak kerana saya tidak mahu orang ramai kena tipu. Saya akan buat apa saja untuk menghentikan kegiatan individu ini. 

Saya tinggalkan Balai Polis Dengkil dalam keadaan kecewa. Dalam hati saya berharap Khairol diajar agar dia berhenti menipu orang. Sebab penat bila buat aduan rasmi, undang-undang tak cover. Sekarang saya faham mengapa sesetengah orang bila dapat tangkap pencuri, mereka belasah dulu. 

Tetapi sisi rasional pula meminta saya bertenang dan bersabar. Episod ini telah berlalu. Tujuan saya hanya mahu mengingatkan orang lain dan mendapat keadilan. Jangan berhenti buat baik dan kebajikan, cuma perlu lebih berhati-hati. - Salwa Mohd Saleh | The Reporter