Keadaan Brunei Kini Selepas 2 Tahun Melaksanakan Hukum Islam


BRUNEI Darussalam adalah negara pertama melaksanakan hukum hudud di rantau Asia Tenggara. Ia mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2014 secara berperingkat.

Pengumuman Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal 2014 itu mendapat sokongan penuh daripada penduduk Islam. Sungguhpun mendapat kritikan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, kerajaan Brunei tetap tegas dengan pendirian untuk melaksanakan hukum Islam itu yang turut dikuatkuasakan ke atas rakyat bukan Islam.

Hampir 70 peratus daripada 420,000 rakyat negara itu adalah penduduk Islam manakala kira-kira 11 peratus adalah bukan Islam.

Wartawan Sin Chew Jit Poh yang melakukan tinjauan ke negara pengeluar minyak itu, khasnya mengenai kesan hukum hudud terhadap kehidupan masyarakat Cina di sana.

Wartawan akhbar ini melaporkan, sewaktu Ramadan, rakyat bukan Islam (termasuk pelancong asing) dikatakan turut dikenakan tindakan jika makan, minum mahupun merokok di kawasan khalayak ramai. Setiap pesalah akan dikenakan hukuman denda tidak lebih 4,000 dollar Brunei, penjara tidak melebihi setahun ataupun kedua-duanya.

Menurut seorang pengusaha restoran Cina, Ramadan jelas menjejaskan perniagaannya setelah hukum hudud dilaksanakan dua tahun lalu.

"Pada Ramadan tahun ini, perniagaan saya merosot sehingga 80 peratus, lebih teruk berbanding tahun lalu. Ini adalah kerana kemungkinan pada tahun lalu, terdapat ramai pelancong yang datang melancong ke Brunei disebabkan mereka tidak sedar hukum hudud telah pun dilaksanakan di sini," kata pengusaha restoran ini.

Katanya, sepanjang bulan puasa, semua pelanggan sama ada Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan makan pada waktu siang, tetapi cuma boleh membeli secara bungkus sahaja.

"Ramai orang telah didenda. Sesiapa sahaja boleh ambil gambar dan mengadu jika didapati ada orang makan atau minum di dalam restoran," katanya.

Selain tidak dibenarkan jual makanan dan minuman di bulan puasa, satu lagi undang-undang Islam yang dikuat kuasakan terhadap semua pekedai ialah tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada waktu solat Jumaat.

Kerajaan Brunei telah pun menetapkan setiap Jumaat, semua pejabat kerajaan, swasta, restoran dan gedung perniagaan diwajibkan rehat dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat di masjid.

Akhbar ini berpendapat, ini jelas menyukarkan di kalangan bukan Islam untuk menjamu selera di restoran pada waktu berkenaan.

Apa yang dilihat oleh wartawan ini ialah pada jam 11 pagi setiap Jumaat, ramai orang telah mula berkunjung ke kedai makan untuk membungkus makanan tengah hari mereka.

Dan tepat jam 12 tengah hari, semua kedai dan pejabat mula menutup pintu, manakala aliran kenderaan di jalan raya mulai berkurangan sehinggalah jam 1 petang, kelihatan tidak ramai orang berada di jalan-jalan utama di Bandar Seri Begawan.

Bagi rakyat bukan Islam di Brunei, mereka perlu berpakaian sopan ketika berada di kawasan khalayak ramai. Selain itu, mereka tidak dibenarkan minum minuman keras secara terbuka. Sesiapa yang melanggar undang-undang ini akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Sejak pelaksanaan hukum hudud, memang tidak dinafikan ia membawa kesan yang ketara terhadap rakyat bukan Islam di Brunei. Sebagai contoh, kerajaan Brunei secara rasmi melarang perayaan Hari Natal diraikan di tempat awam termasuk juga melarang mengucapkan 'Selamat Hari Natal' dan mengenakan pakaian Santa Claus oleh kalangan Muslim.

Bagi penganut Kristian, mereka tidak dibenarkan menyambut perayaan itu secara terbuka.

Begitu juga dengan Tahun Baharu Cina, turut menerima sekatan yang terbaru apabila mulai tahun ini, semua persembahan tarian singa hanya dibenarkan diadakan selama tiga hari, iaitu tiga hari pertama perayaan. Manakala persembahan hanya dibenarkan diadakan di tiga lokasi sahaja, iaitu di tokong, sekolah dan rumah milik ahli persatuan Cina.

Dari segi pendidikan di sekolah, sejak 1984, Brunei memperkenalkan pendidikan dwibahasa bagi menjamin pelajar berkebolehan dalam menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Sekolah-sekolah Cina (sekolah rendah dan sekolah menengah) turut diwujudkan. Bagaimana pun, selain mengikuti kelas Mandarin, murid-murid sekolah rendah dan menengah Cina turut diwajibkan belajar tulis jawi.

Difahamkan, pelajaran tulisan jawi baru dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina beberapa tahun lalu.

Mangsa Pijak Kritikal, Pembantu Rumah Ditahan


PUTRAJAYA - Ekoran viralnya video seorang wanita yang memijak kepala seorang kanak-kanak, pihak berkuasa telah menahan wanita berkenaan, lapor sumber. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah negara Arab itu, wanita yang pada mulanya dipercayai ibu kepada kanak-kanak malang itu rupa-rupanya bekerja sebagai pembantu rumah, telah memijak kepala mangsa dengan bantal tanpa belas kasihan.

Mangsa yang kesakitan menangis dan meronta-ronta cuba melepaskan diri dari kaki wanita itu, namun gagal berbuat demikian.


Ekoran viral video tersebut, pihak berkuasa di negara itu telah menahan wanita terbabit di rumah majikan bagi membantu siasatan. 

Mangsa yang berusia lingkungan 4 hingga 6 tahun itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital. - The Reporter

Dapat Rumah Baru Tapi Banyak Kerosakan, Apa Yang Patut Anda Lakukan?



Pasti ramai yang seronok apabila menerima kunci rumah baru daripada pemaju. Rumah yang ditunggu-tunggu, akhirnya siap sepenuhnya dan boleh diduduki. Tetapi bila masuk saja dalam rumah, anda mendapati terlalu banyak kerosakan dan kecacatan pada rumah tersebut. Yang mana tidak seperti yang anda harapkan. 

Jika anda menghadapi masalah tersebut, apakah yang patut anda lakukan? 

Di sini, saya kongsikan apakah yang patut anda lakukan apabila mendapati rumah baru anda mengalami banyak kerosakan.

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yang dalam pembinaan dengan pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil, tempoh waranti selama 24 bulan bermula daripada tarikh serahan milikan kosong atau tarikh serah kunci rumah tersebut. 

Ertinya, dalam tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan pada rumah, maka pemaju perlu bertanggungjawab dan segala kos dan perbelanjaan itu dibawah tanggungan mereka sendiri untuk membaikipulih segala kerosakan tersebut. 

Bagaimana caranya untuk meminta pemaju membaikpulih kerosakan rumah kita? Bolehkah sekadar menghubungi pejabat pemaju begitu sahaja? Kalau pemaju lambat atau enggan baiki, apa yang anda patut buat? Sila ikuti sepenuhnya apa yang saya nyatakan di bawah ini: 

1. Sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis surat rasmi kepada pemaju. Senaraikan kerosakan rumah anda satu persatu. Kalau boleh, ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan sekali dengan surat rasmi. CC surat tersebut kepada peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli. 

2. Hantar surat tersebut kepada pemaju dan peguam dengan dua cara sahaja iaitu, Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat pemaju dan pejabat peguam serta dapatkan cop dan tandatangan akuan terima daripada kedua-dua pihak tersebut. Cara lain, tidak dibenarkan oleh undang-undang. 

3. Beri tempoh 30 hari kepada pemaju mulai dari tarikh pemaju menerima surat tersebut untuk mereka membaiki kerosakan. 

4. Sekiranya pemaju tidak membaiki kerosakan tersebut dalam tempoh 30 hari, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut. 

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos membaiki kerosakan tersebut. 

6. Serahkan scara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada pemaju dan CC kepada peguam. Beri peluang sekali lagi kepada pihak pemaju untuk membaiki kerosakan tersebut dalam tempoh 14 hari. 

7. Jika pemaju masih enggan membaiki kerosakan selepas tempoh berkenaan tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap. 

8. Selepas selesai dibaiki, sila buat tuntutan kos pembaikan kerosakan tersebut daripada peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosak tadi kepada peguam. 

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh peguam. 

10. Kalau pemaju dan peguam enggan memberikan kerjasama, anda boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah. 

Walaupun semua perkara yang saya sebut di atas dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian Jual Beli, saya percaya masih ramai pembeli di luar sana yang masih belum mengetahui tentang hak mereka. - The Reporter

Teguran Padu Pensyarah Tercantik Di UiTM Shah Alam Dr Ira Buat Azizan Osman Yang Didakwa Memalsukan PhD

Isu pakar motivasi Azizan Osman yang memalsukan ijazah kedoktoran beliau mendapat liputan meluas daripada media dan orang ramai.
Beberapa pihak yang pernah menghadiri ceramahnya merasa tertipu dengan Azizan lebih-lebih lagi sudah tiga universiti tempatan tampil mengesahkan mereka tidak pernah memberikan sebarang ijazah kedoktoran kepada Azizan.
Ramai yang mempunyai pendapat masing-masing berhubung perkara ini, tetapi pandangan seorang pensyarah di UiTM Shah Alam iaitu Dr Ira Normardiana Yusof yang mendapat ijazah kedoktoran daripada University Of Salford, Manchester, United Kingdom cukup menarik perhatian kami.
Buat Dr Ira, Azizan telah menyebarkan satu budaya yang kurang elok dimana tidak apa untuk memalsukan sesuatu asalkan anda berjaya satu hari nanti. Kata orang, berjaya tanpa usaha.
Read more »

Hot 12 foto terkini Nad Zainal tayang baby bump yang makin sarat untuk peminat,,, lihat foto no5 tu.. mak aihh

uu.PNG

PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal mengakui berasa gementar menantikan saat-saat kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada Oktober depan.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkata, perasaan itu timbul apabila mendengar pengalaman daripada rakan-rakan yang pernah melahirkan anak kerana ada di antaranya mengalami pengalaman menakutkan.

“Sekarang kandungan sudah masuk lapan bulan dan pada tahap ini perasaan gementar dan takut itu mula timbul.
Baca artikel penuh, tekan read more / sumber.
Read more »