Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kenaikan harga minyak yang diumumkan malam semalam merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat. Sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang
Kita Sudah Tampung Kenaikan Minyak Dengan Pemberian BR1M Kepada Rakyat - Khairy
By Jomblo Ronggeng
10:46:00 am //
Pemberian wang tunai secara "one-off" melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diamalkan Putrajaya sejak beberapa tahun sebelum ini perlu selari dengan usaha kerajaan menstruktur semula subsidi demi memastikan ia sampai kepada golongan berpendapatan rendah dengan efisyen, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Mengulas kenaikan harga bahan api RON95 sebanyak 20 sen semalam, Khairy
Wajah Neelofa Seiras Ratu Cantik Dunia. Sekali Pandang Memang Sama!
By Jomblo Ronggeng
10:36:00 am //
Sekali pandang, wajah Miss International 2016 dari Filipina saling tak tumpah seperti hos cantik Malaysia iaitu Neelofa.
Kyle Verzosa atau nama sebenarnya Kylie Fausto Verzosa merupakan wanita cantik keenam yang telah dinobatkan sebagai Miss International.
Menurut Hanazuva, sebelum ini ramai ingat gambar Kyle adalah Neelofa sebelum berhijab. Wajah mereka sama atau tidak, anda tengoklah sendiri.
Sumber: Hanasuva
sumber : www.gengviral.com
Mangsa Dibunuh & Mayatnya Dikerat 13 Kerana Tagih Hutang
By Jomblo Ronggeng
10:23:00 am //
Gambar kecil, Sofyan Lubis |
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.40 pagi, 24 Oktober lalu, mangsa, Sofyan Lubis, 43, menagih hutang dari Riko Lesmana, 41, di rumah.
Tetapi suspek tidak dapat membayar hutang yang dipinta menyebabkan mangsa melemparkan caci maki sehingga melibatkan keluarganya.
Tindakan Sofyan itu menyebabkan suspek berang dan terus memukul kepala mangsa dengan sebatang besi sehingga mati. Panik melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek merancang mahu melupuskan mayat sepupu kandungnya itu dan menghubungi Gusfari, pemandu Grab Car untuk 'membantunya' membawa mayat mangsa ke sebuah rumah sewa di Cipayung.
Pada ketika itu, suspek memaklumkan kepada Gusfari bahawa 'mangsa' pengsan, bukan meninggal dunia.
Sampai di rumah sewa tersebut, suspek kemudian menghubungi rakannya, Rudi Hartono, untuk menggali tanah di bahagian dapur. Sementara itu suspek memotong mayat mangsa kepada 13 bahagian.
Selesai menggali lubang, suspek segera menguburkan mayat mangsa. Rudi pada ketika itu hanya tergamam melihat suspek menguburkan mayat mangsa. Suspek kemudian menutup lubang itu dengan simen.
Riko Lesmana, dibawa ke lokasi kejadian |
Susulan itu, kakak mangsa membuat laporan polis dan polis serta merta menahan suspek bagi membantu siasatan.
Polis juga mengorek semula 'kubur' mangsa di rumah sewa tersebut dan menemui beberapa bahagian mayat mangsa yang telah dipotong, selain turut menemui sebatang besi yang dipercayai digunakan sebagai senjata membunuh mangsa bersama satu sendok, satu cangkul, satu garpu dan beberapa lagi barang yang lain.
Pemandu Grab dan rakan suspek, Rudi Hartono, juga disedang diburu polis. - The Reporter
Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Longkang
By Jomblo Ronggeng
9:22:00 am //
KULAI - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui masih hidup di dalam longkang di belakang rumah di Taman Jaya Sepakat, Senai, jam 4.30 petang semalam.
Lapor Harian Metro, bayi seberat 2.9 kilogram itu yang dipercayai baru dilahirkan dan masih berdarah serta bertali pusat dalam keadaan tanpa pakaian.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan dari penduduk kawasan berkenaan yang memaklumkan penemuan bayi itu.
"Tubuhnya lemah dan agak kebiruan ketika ditemui. Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Kulai dan pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi itu berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditemui oleh penduduk. Dan sehingga kini masih tiada mana-mana pihak yang tampil menuntut bayi itu," katanya.
Bayi perempuan seberat 2.9kg dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam longkang
Razak berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan ibu kandung dan warisnya. Sementara itu bayi berkenaan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kes diklasifikasikan sebagai membuang bayi dan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu, diminta menghubungi polis. - The Reporter
Subscribe to:
Posts (Atom)