Mengapa berebut anak setelah bercerai?


Seringkali apabila ada pasangan bercerai, anak-anak yang menjadi mangsa. Sama ada adik beradik dipisahkan atau kesemuanya diperintah untuk dijaga oleh seorang penjaga sama ada bapa atau ibu. 

Baru-baru ini juga, ada kes seorang lelaki dan bekas isterinya berebut hak penjagaan anak sehingga hampir mengorbankan nyawa mereka bertiga. Bertambah teruk apabila kejadian itu juga turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera parah dek masalah perebutan anak mereka. 

Kenapa begitu? Kerana dendam yang semakin membara dan tidak akan terpadam selagi tidak puas melihat bekas pasangannya menderita. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Normaliza Mahadi, anak hanyalah bahan dendam untuk mereka mencapai kepuasan. 


ANDA perasan tak? Sewaktu masih berkahwin, jarang sekali melihat suami atau isteri berebut nak menjaga anak, berebut nak mandikan anak, berebut nak tidurkan anak, berebut nak suap anak makan, berebut itu dan ini. Aneh, kan? 

Tetapi apabila bercerai, ramai pasangan berebut anak sehingga menjadi seperti pesta di mahkamah. Mengapa berebut setelah bercerai? Kerana pada masa itu, anak hanyalah bahan dendam. Anak dijadikan tebusan perasaan. Anak akan menjadi lambang kepuasan. 


Ada ibu yang sorok anak dari dakapan bapa. Ada bapa putuskan susu pada bayi yang belum mengerti apa-apa. Sebab apa? Kerana puas melihat satu lagi pasangan menderita dengan perpisahan. 

Kejam ibu dan bapa. Hanya kerana mereka berdua bukan lagi keluarga, anak jadi hancur. 

Kepada yang sedang berebut hak penjagaan anak, tanyalah pada iman, bukan syaitan. Doalah semoga Allah menerangkan hati-hati anda. 

Ibu dan bapa tidak pernah bertukar nama. Suami dan isteri berbekas sentiasa. Anda mahu cerai, anda selesai. Namun anak anda cedera dari segi perasaan dan kehidupan. 

'Lu rembat moto adik gua, lu tunggu!'


KUALA LUMPUR - "Adik saya penat kerja, beli motosikal, dirembat pula oleh manusia yang tidak bertanggungjawab," demikian kata abang mangsa yang memuat naik video dan gambar suspek di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin 28 Ogos di pusat beli belah Mid Valley, Shamin Sitho meminta orang ramai yang mengenali atau ternampak dua suspek lelaki dan perempuan ini, tampil memberikan maklumat. 



"Kalau orang area Bangsar atau Pandai Dalam yang kenal budaki ni, tolong maklumkan. Kalau jumpa budak-budak baru nak up  (BBNU) ini, tolong pegang atau pijak terus pun tak apa. 

"Sekarang gua cari lu. Lu standby saja. Lu rembat moto adek gua. Dia penat-penat kerja, lu rembat moto dia ek?," tulisnya di Facebook pada 31 Ogos lalu. 


Menurut Shamin, suspek dan pasangannya datang ke pusat beli belah berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal skuter yang dipercayai milik bapa mereka. Namun dalam perjalanan keluar dari tempat letak motosikal, mereka menaiki motosikal yang dicuri. 

Malangnya dalam perjalanan keluar dari tempat itu, pasangannya tidak memakai helmet, sempat dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 


Laporan polis telah dibuat pada hari kejadian dan menurut Shamin, mereka telah menyerbu kediaman suspek. Bagaimanapun suspek lelaki sempat terjun dan melarikan diri. 


"Dah naik rumah, suspek lelaki sempat terjun dan lari. Motosikal masih di tangan suspek dan kes masih dalam siasatan polis," katanya. 

'Mohon viralkan muka peragut ini!'


KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki yang meragut telefon bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman semalam, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat hari raya Aidiladha.

"Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini!"

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan mangsa pada awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian dua suspek yang memerhatikannya dari jauh. 

Tidak beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak menghampiri mangsa dan terus meragut beg duit serta telefon bimbitnya sebelum memecut meninggalkan mangsa. 

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sedang membuat rakaman video dan secara tidak langsung terakam wajah suspek kedua yang berkata, 

"Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh," katanya. 


Video yang dipercayai diperolehi dari aplikasi keselamatan telefon bimbit itu kemudian dimuat naik oleh mangsa di Facebook yang meminta orang ramai menyebarkan wajah salah seorang suspek berkenaan. 

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan telefon bimbit ketika berada di tepi jalan, di mana anda berpotensi menjadi mangsa ragut oleh golongan penjenayah yang tidak berguna ini. 

6 lelaki rompak kedai emas di AEON Rawang


RAWANG, SELANGOR - Viral video enam lelaki memakai topi keledar bersenjatakan pistol dan tukul besi merompak sebuah kedai emas di pusat beli belah AEON Rawang, jam 6.40 petang semalam, lapor Harian Metro. 

Dalam video yang dirakam oleh pengunjung pusat beli belah itu menunjukkan salah seorang suspek berusaha memecahkan cermin meja pameran dan meletakkan barang kemas dalam beg sebelum melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian rompakan itu pada jam 6.45 petang. 

"Keenam-enam suspek menaiki tiga buah motosikal Yamaha 125. Bagaimanapun, hanya empat daripada mereka yang masuk ke premis tersebut. 

"Dua daripada suspek membawa tukul besi, manakala seorang lagi suspek bersenjatakan pistol. Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah siling di dalam kedai tersebut dan memecahkan empat cermin meja pameran sebelum melarikan diri," katanya. 


Ketika kejadian itu berlaku, ada dua pelanggan wanita dan empat kakitangan dalam premis tersebut. Namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian itu. 



"Kami masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis tersebut," katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971. 

Doktor keluarkan 8 ekor kutu babi dari telinga pesakit


SINGAPURA - Viral rakaman video doktor berjaya mengeluarkan lapan ekor perasit dari telinga seorang pesakit, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Video berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan parasit berkenaan menghuni di hujung lubang telinga pesakit dan doktor terpaksa menggunakan pelayar khas untuk mengeluarkannya. 

Tetapi parasit tersebut sukar dikeluarkan kerana kakinya mendakap teguh pada gegendang telinga pesakit. Ekoran itu, doktor tiada pilihan dan terpaksa menarik keluar parasit itu secara paksa yang menyebabkan telinga pesakit berkenaan mengalami pendarahan kecil. 




Menurut individu yang memuat naik video tersebut, parasit tersebut memakan daging pesakit berkenaan. 

Video yang tersebar di media sosial itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terkejut dan geli menonton video itu. 

"Lebih baik saya periksa semua lubang-lubang di badan saya seperti lubang hidung, lubang telinga dan lubang-lubang yang lain. Hahaha! Sungguh menakutkan," kata seorang netizen. 

Namun ada netizen yang tampil menafikan dakwaan kononnya parasit tersebut makan daging manusia. 

"Itu bukan parasit pemakan daging. Itu hanyalah kutu yang menghisap darah sahaja. Kutu ini biasanya diperolehi jika individu berkenaan memelihara haiwan peliharaan seperti anjing," katanya.