'Saya rela bunuh dia dari beri kepada orang lain' - Ibu terpaksa bunuh anak (OKU) kerana bimbang tiada orang mahu menjaganya


CHINA - Seorang wanita warga emas dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan membunuh anaknya yang kelainan upaya. 

Wanita yang hanya dikenali sebagai Huang, 83, berasal dari selatan China didapati bersalah oleh Mahkamah di Ghounzhou, wilayah Guangdong, kerana membunuh anaknya yang berusia 46 tahun. 

Bagaimanapun, alasan yang diberi oleh Huang menyebabkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan hukuman selama empat tahun. 

"Walaupun dia bersalah, dia layak mendapat pengampunan," kata Wan Yunfeng, pengerusi mahkamah dan ketua hakim. 




Dalam perbicaraan kes 9 Mei lalu, Huang mendedahkan dia telah memberi 60 biji pil tidur kepada anaknya sebelum menjerut leher mangsa dengan skaf sutera dan menutup hidungnya dengan pad kapas. Selepas melakukan perbuatan itu, Huang menyerah diri ke balai polis.

Pada perbicaraan 21 September yang lalu, Huang mengakui dia terpaksa membunuh anaknya, Li, 46, kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaganya selepas dia meninggal dunia. 

"Saya tidak pernah berputus asa dengannya, dia anak saya. Tetapi kesihatan saya semakin merosot sejak dua tahun lalu menyebabkan saya sukar untuk menjaganya. 

"Saya semakin tua dan lemah. Mungkin saya mati sebelum anak saya. Saya dapat idea untuk membunuh dia seminggu lalu," kata Huang sewaktu dia menyerah diri kepada pihak polis. 

Huang turut mengaku menulis nota sebelum memberi pil tidur kepada anaknya dan menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah ideanya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa. Li yang dilahirkan tidak cukup bulan dengan beberapa kecacatan mental dan fizikal menyebabkan dia tidak boleh berjalan serta bercakap. 





Ketika perbicaraan, pendakwa raya mempersoalkan tindakan Huang yang tidak menyerahkan Li kepada abangnya. Huang berkata, dia tidak mahu membebankan abangnya. 

"Ini salah saya sebab melahirkan Li dan membuat dia merana. Saya rela membunuh dia dari memberi kepada orang lain," kata Huang. 

Sementara itu, anak sulung Huang berkata, ibunya menjaga Li semenjak lahir dan terpaksa berhenti kerja ketika Li berusia 10 tahun untuk penjagaan sepenuh masa. 

Hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan ke atasnya bagaiman ditangguhkan pelaksanaannya selam aempat tahun. 

Sumber: mStar Online

Anak tiba-tiba menangis kuat ketika tidur, rupanya ada 'benda' yang menarik kakinya


Orang tua-tua selalu berpesan, jangan bawa anak kecil keluar rumah bila hari sudah senja atau dekat waktu maghrib kerana bimbang ada diganggu 'sesuatu'. Dalam perkongsian Puan Sarah Hussin, bayi perempuannya, Safiyyah diganggu 'sesuatu' ketika tidur. Puas dipujuk oleh ibu dan ahli keluarga yang lain, tiada satu pun yang dapat meredakan tangisannya sehinggalah dibawa berubat. 

ASSALAMUALAIKUM ibu-ibu semua. Ini kes anak saya, Safiyyah, beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar untuk kita semua. 

Masa kejadian, Safiyyah tidur jam 8 malam. Selepas menidurkan anak, saya terus pergi ke dapur untuk makan. Baru saja nak suapkan nasi ke mulut, Safiyyah sudah merengek, kemudian menangis. Terus saya pergi mendapatkan dia. Masa itu Safiyyah menangis tak buka mata, dalam hati sudah terdetik mesti ada sesuatu yang tak kena. 

Safiyyah menangis dengan kuat pada masa itu. Dari saya cuba dukung, beralih ke suami, sehingga abang Iman agah-agah pun tak jalan juga. Dari jam 8.30 malam hingga 10 malam berterusan menangis.

Pada mulanya saya syak Safiyyah mungkin menangis disebabkan kembut perut. Disapu minyak angin di bahagian perut, kaki, betis dan tapak tangan. Tetapi Safiyyah masih begitu juga dan semakin kuat pula tangisannya. 

Apa yang saya perasan pada masa itu, Safiyyah menangis dalam tidur, tanpa membuka mata. Bila saya cuba kejutkan dia, dia buka mata kemudian matanya ditutup semula. Ibarat Safiyyah mengantuk sangat-sangat. 

Disebabkan kami semua sudah buntu pada masa itu, Rafi terus menghubungi mak dia dan ajak pergi berubat. Jam 10.30 malam, lalu di tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al-Quran. Tetapi semasa Safiyyah berada di dalam kereta, dia tak menangis pun, elok saja tidurnya. 

Sampai di rumah Pakcik Hussin, baca ayat Al-Quran. Disapu badan Safiyyah dengan air yang dibacakan itu. Safiyyah memang sudah tidak menangis lagi. 

Menurut Pakcik Hussin, ada 'orang' tarik-tarik kaki Safiyyah. Patutlah Safiyyah menangis tetapi kaki dia macam menendang-nendang seperti ada sesuatu di kakinya. Semasa saya pegang kaki Safiyyah pun tendang-tendang tangan saya. 

Dalam otak terus terfikir, apalah yang saya sudah buat sehingga menyebabkan Safiyyah menjadi begitu? Baru saya teringat yang hari itu adalah hari Khamis, malam Jumaat. Saya ada bawa Safiyyah berjalan-jalan di depan rumah. Masa itu hari tak elok, nak hujan dan angin kuat. Selepas itu abang Iman ajak main pop-pop di luar. 

Semasa Iman bermain itu, jam 6.30 petang dan angin kuat. Saya leka duduk di luar rumah dengan angin yang kuat. Maafkan mama, Safiyyah. Semasa menidurkan Safiyyah, saya lupa nak pasang ayat Al-Quran di sebelahnya. Rasa hari itu banyak sangat leka sampai semua benda terlupa nak buat. Maafkan mama Safiyyah. 

Sebelum pulang, Pakcik Hussin berpesan yang 'benda' itu sudah tak ada tetapi dia tidak jamin kalau dalam perjalanan pulang nanti 'benda' itu datang balik. Berderau darah saya mendengar kata-katanya itu.

Selepas pulang, Safiyyah okey sahaja, dia menyusu sehingga tertidur. Tetapi pada jam 1 pagi, Safiyyah menangis lagi, sama seperti kejadian awal tadi. Terus rasa seperti nak menangis pada masa itu. Banyak salah yang saya buat hari ini sehingga Safiyyah jadi begitu. Saya terus ambil air yang diberi oleh Pakcik Hussin dan usap pada muka Safiyyah sambil selawat dan meminta perlindungan Allah. Alhamdulillah Safiyyah menangis sekejap sahaja. 

Semenjak dari peristiwa itu, saya memang tak bawa Safiyyah berjalan ke mana-mana lagi selepas jam 6 petang. Tepat jam 6.30 petang, pintu dan tingkap wajib ditutup. Saya tidak mahu kejadian yang sama berulang. 

Dan bila difikir-fikirkan, mungkin inilah yang selalu disebut-sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ini selalu baca tentang Ummu Syibyan tetapi tidak sangka boleh terkena pada Safiyyah. Memang kena ambil langkah berhati-hati selepas ini. 

1. Lafazkan ASSALAMUALAIKUM DAN BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. 

Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. Jadi tak perlu beri salam, cuma kena baca doa meminta Allah melindungi kita dari gangguan syaitan. 

2. Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah.

3. Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah. Jangan biar satu bilik kosong lama-lama.

4. Tutup tong sampah dan jangan biarkan sampah berterabur terutamanya tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.

5. Sebelum maghrib, tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tidak elok untuk tubuh badan. Kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin. 

6. Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib. Ini semua ada kaitan dengan sihir melalui angin. Sebab itu sesetengah alim ulama akan membasuh semula pakaian yang terdampar dpada waktu maghrib ke atas. 

7. Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut dengan lembut, jangan secara kasar. 

8. Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur, rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal. 

9. Bagi rumah yang pintu-pintunya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan memberi salam. 

10. Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan.

11. 'Pagar' rumah setiap hari, baca ayat kursi dengan tujuh tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilik. Selalu baca surah Al-Baqarah. 

12. Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah. Jangan buat perkara lalai sebab perkara-perkara seperti ini yang menarik perhatian makhluk halus. 

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan syaitan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua. 

Sumber: Sarah Hussin

Batal Perkahwinan, Ini Komen Gabriella Robinson, Bekas Tunang Hans Isaac


Memang satu perkara yang mengejutkan apabila pelakon, pengarah dan penerbit popular Datuk Hans Isac umum tak jadi kahwin.

Datuk Hans Isaac membuat kenyataan rasmi dan mengumumkan telah membatalkan perkahwinan dengan ratu cantik, Gabriella Robinson.

Datuk Hans Isaac menerusi kenyataan beliau di Instagram meluahkan rasa kecewa dan menyatakan keberatan hati untuk membatalkan perkahwinan itu.

Namun begitu Hans Isaac tidak menyatakan sebab kenapa beliau membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Gabriella Robinson.

Gabriella Robinson juga tidak memberikan sebarang  kenyataan tentang hal ini tetapi ada memuat naik satu status berbaur sinis menerusi Instagram Story beliau.

Ini tulis Gabriella Robinson:

"Kejujuran Adalah Hadiah Yang Mahal, Jangan Harap Ia Datang Dari Orang Yang Murah"


Apabila Gabriella Robinson memunaik status itu, ramai yang tertanya adakah ia nya ada berkaitan dengan hubungan beliau dan Hans yang telah pun putus tunang?

Terdahulu, Hans juga ada memuat naik foto  dengan perkataan Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen berbunyi "Leopard will never change HER spots ! Time to move on"  dan mencetuskan spekulasi yang mungkin ia berkaitan dengan keputusan beliau untuk tidak berkahwin.


Pasangan ini membuat pengumuman pertuanangan mereka di satu press conference pada bulan Februari tahun ini.

Pada mulanya mereka berdua merancang berkahwin pada bulan Julai namun terpaksa di tunda kerana masalah keluarga yang tidak dapat hadir pada bulan Julai itu.

Hans Isaac sebelum ini ada menyatakan perkahwinan ditunda tetapi akan dijalankan pada tahun ini juga.

Namun ternyata mereka berdua tiada jodoh, dan akhirnya Hans Isaac mengumumkan membatalkan perkahwinan dengan Gabriella Robinson.

'Tersentuh hati dan menitis air mata tonton video ni..' - Netizen


Sebak menonton video Faizal Faiz Farish yang membuat kejutan untuk ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57. Faizal yang berpura-pura sakit sampai muntah darah (palsu) membuatkan ibunya risau dan kelam kabut.

Ibu mana yang tidak risau melihat anaknya dalam keadaan yang tidak sihat. Ramai netizen yang tersentuh hati dan menitis air mata menonton video ini. 

"Hari ini birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya. Ingat 31 Oktober, bila ingat balik rupanya 30 Oktober. So saya kelam kabutlah pergi ambil kek. 

"Semasa berada di kedai kek, saya call mak dan beritahu yang saya tidak sihat. Saya minta tolong mak bawa saya pergi ke hospital dan saya dalam perjalanan balik ke rumah. 

"So my mom kelam kabutlah. Sampai rumah, saya suruh adik standby plan kami. So this is the video," tulisnya. 




Video yang dimuat naik jam 11.47 pagi 30 Oktober itu kini telah dikongsi lebih dari 10,000 kali dan netizen memberikan pelbagai reaksi mereka di ruangan komen. 




Bertuah si ibu mempunyai anak yang baik dan menghargai ibunya. Semoga ibu Faizal dipanjangkan umur dan bahagia di samping keluarga sampai bila-bila. 

'Sudah salah, lagi mau marah?' - Netizen


SUNGAI NIBONG BESAR, PULAU PINANG - Viral di media sosial rakaman video dashcam yang menunjukkan seorang pemandu yang degil dan enggan mengalah biarpun menyedari dirinya melakukan kesalahan lalu lintas. 

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu menunjukkan, kereta pengadu yang masuk mengikut jalan sehala tiba-tiba muncul sebuah kereta yang melawan arus menyebabkan kedua-duanya hampir berlanggar. 


Pengadu sempat menekan brek, bagaimanapun pemandu kereta Toyota berkenaan enggan mengalah dan mahu meneruskan perjalanannya. 

Berang dengan tindakannya itu, pengadu keluar dari kereta memarahi lelaki terbabit dan menjelaskan kesalahannya yang hampir saja menyebabkan kemalangan berlaku. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak dapat menerima teguran itu lalu memaki hamun pengadu dan hampir saja keluar dari keretanya, namun ditahan oleh wanita yang dipercayai isterinya. 

Pengadu juga mengarahkan lelaki terbabit mengundurkan keretanya yang jelas sekali melawan arus. 

Sementara itu di media sosial, netizen berpandangan bahawa di zaman moden ini, pihak yang melakukan kesalahan menjadi semakin berani sehingga sanggup menindas mereka yang teraniaya. 

Meskipun begitu, netizen juga menganggap tindakan pengadu yang keluar dari kereta dan memarahi lelaki terbabit sehingga mencetuskan pergaduhan juga adalah salah. Ini kerana katanya, tiada keperluan untuk bergaduh hanya kerana kes kecil. 


Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku, patuhilah peraturan jalan raya ketika memandu dan hormatlah pengguna jalan raya yang lain untuk kebaikan bersama. Jangan gunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah.