MAHB nafi dakwa kanak-kanak perempuan ditinggalkan bersendirian selama 9 jam di KLIA2


Viral di media sosial semalam seorang bapa mendakwa anak perempuannya berusia 12 tahun ditinggalkan bersendirian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hampir sembilan jam. Bagaimanapun, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan itu.

Memetik kenyataan MAHB dari Harian Metro, kanak-kanak berkenaan ditemani pasangan dewasa, sekali gus tidak ditinggalkan bersendirian di terminal berkenaan. 

"Kanak-kanak terbabit tidak ditinggalkan berseorangan seperti yang dilaporkan tetapi ditemani pasangan dewasa, malah kamera pengawasan kita menunjukkan mereka (kanak-kanak dan pasangan dewasa) dilihat meninggalkan lapangan terbang dengan menaiki kereta pada 1.48 tengah hari.

"Justeru, keadaan ini adalah berbeza dengan laporan yang dipaparkan dalam berita berkenaan," kata kenyataan itu.

Semalam, laman Sarawak Voice melaporkan bapa kepada kanak-kanak berkenaan melahirkan rasa kecewa terhadap polis bantuan MAHB yang menyebabkan dia terpaksa mengambil risiko meninggalkan anaknya itu keseorangan di KLIA2. 

Menurut laman berkenaan, kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak terbabit tercicir MyKid ketika hendak mendaftar masuk penerbangan ke Kuching, Sarawak sebelum membuat laporan polis di terminal itu. 

Namun, anaknya masih tidak dibenarkan melepasi pemeriksaan keselamatan biarpun lelaki itu telah menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak. 



MAHB juga turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi keluarga berkenaan, tetapi adalah keutamaan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) bagi memastikan protokal keselamatan yang dilaksanakan mengikut peraturan seperti yang ditentukan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Ini adalah protokol keselamatan yang ketat sejajar Program Keselamatan Penerbangan Awam Kebangsaan (NCASP) iaitu hanya pengenalan asal atau dokumen perjalanan diterima untuk menaiki pesawat.

"Walaupun memahami kesulitan ibu bapa dan anak terbabit, kami tidak dapat berkompromi kerana langkah sudah disediakan untuk keselamatan lapangan terbang bagi menjaga keselamatan pintu masuk terhadap akses tidak selamat selain keselamatan individu serta syarikat penerbangan.

"Menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua pelancong mempunyai dokumen perjalanan sah dan asli sebelum mereka dibenarkan menaiki sebarang pesawat," katanya.

MAHB juga memohon orang awam memahami peranan pihaknya dalam menjaga keselamatan lapangan terbang, sekali gus memastikan keselamatan negara. MAHB turut menegaskan, tiada ruang pengecualian terhadap pematuhan ketat berhubung protokol keselamatan, malah perkara itu adalah untuk kepentingan keselamatan termasuk penumpang. 

"Memandangkan kes terdahulu berhubung pemerdagangan orang yang membabitkan kanak-kanak, kita berharap orang ramai terutama ibu bapa menghargai langkah pemeriksaan dilakukan pegawai keselamatan untuk memastikan ia berada di tahap tertinggi iaitu di tempat keluar tersibuk di negara ini.

"Bagaimanapun, kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menambah baik perkhidmatan kami," katanya.

Hubungan Dengan Alvin Chong, Ini Penjelasan Lanjut Emma Maembong


Pelakon Emma Maembong amat serasi dengan Alvin Chong sehingga ada yang mahu meeka bercinta terutama para peminat Emma dan juga Alvin.

Ini bermula menerusi gandingan mereka berdua dalam drama bersiri berjudul Awak Suka Saya Tak.

Ternyata lakonan mereka berdua mempunyai aura yang kuat dan amat serasi sehingga para peminat mahu melihat mereka terus bersama.

Melihat perkara ni berlaku, Emma Maembong terpanggil memberi penjelasan.

Emma Maembong memberitahu, dia menganggap keserasiannya dengan pelakon Alvin Chong ketika di dalam atau luar set penggambaran tidak melebihi sebagai kawan baik sahaja.

Pelakon jelita berumur 25 tahun ini berkata, dia amat selesa bekerjasama dengan Alvin namun langsung tiada timbul perasaan cinta ketika berada di set penggambaran.

Ini penjelasan Emma Maembong:

"Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan.

"Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

"Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya,"

Emma Maembong memberi respon tersebut kepada peminat yang sukakan gandingan mereka berdua.

Ada yang terlalu fanatik sehingga mahu percintaan dalam drama itu menjadi kenyataan. malah ada yang mewujudkan profil Instagram untuk berkongsi aktiviti mereka berdua.

Menurut Emma, dia mengakui setiap pelakon akan melalui saat itu apabila penonton terlalu setia dan menyokong sesebuah drama.

Baginya, perkara tersebut tidak salah namun soal percintaan tidak timbul kerana dia lebih selesa berkawan dengan Alvin.

Ini komen Emma lagi:

"Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

"Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

"Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

"Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan,"

Aiman Hakim dan Emma Maembong banyak digandingkan menerusi drama sebelum ini dan kesemuanya menjadi hit.

Antaranya ialah Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa serta filem Kimchi Untuk Awak.

Sumber: mStar

'Bibir disiat sampai berdarah dan dibersihkan agar kulit bibir cepat pulih' - Gara-gara alahan ubat, wanita ini menghidap penyakit Steven Johnson


Alhamdulillah, tahun 2017 banyak berlaku perkara tak terduga. Kakak sulung meninggal dunia dan saya sendiri jatuh sakit yang tidak disangka-sangka. 

Pada mulanya sakit gigi biasa, dah banyak gigi cabut tetapi masih sakit yang sama berlaku. Akhirnya buat CT Scan di Mahkota Hospital dan doktor diagnosed saya ada penyakit saraf trigemenal neuralgia, iaitu sakit saraf di bahagian muka, bersambung pada gigi ke otak. 

Bila terkena sakit itu, memang tak boleh nak makan, apatah lagi nak bercakap dan buka mulut sampa berat badan pun turun sampai 42 kilogram. Kemudian, doktor bagi ubat untuk tahan sakit dan susutkan bengkak saraf.

Bila makan ubat itu, seminggu saya asyik tidur sahaja. Mungkin disebabkan kesan dari ubat itu. Jadi bila asyik tidur, mata mula bengkak. Nak masuk dua minggum demam on dan off. Badan semakin lemah tetapi dah boleh mula makan seperti biasa. 

So bila next appointment, doktor kurangkan dos ubat. Tengok macam mana. Minggu ketiga, asyik demam dan mata semakin bengkak sehinggalah malam Rabu minggu lalu, aku menggigil. Husband and parent bawa ke KPJ. Sampai sana, suhu cecah 40'C. Doktor memang dah syak saya alergik ubat sebab muka dah mula merah-merah. Kemudian doktor kata platlet darah saya rendah dari orang normal. Itu sangat bahaya sebab platlet rendah itu boleh menyebabkan kulit kemerah-merahan dan takut sampai bleeding. Jadi doktor ambil keputusan hantar ke hospital naik ambulans.

Sampai di hospital, duduk di ICU sekejap untuk periksa tekanan darah apa semua sebelum ditolak ke wad. 

Saya duduk di hospital seminggu. Saya dirujukkan ke pakar kulut, mata dan bedah mulut. Dua hari di hospital, badan kaki dan tangan muka dah naik merah, rasa seperti terbakar pun ada. Dengan ulser yang banyak dalam mulut, mata merah bengkak. Masa itu memang down sangat. Nak makan pun tak boleh. 

Bila jururawat hantar pergi appointment pakar-pakar setiap pagi, mesti semua mata memandang muka saya. Pelik agaknya budak ini kena bakar ke macam mana. 

Kadang-kadang saya rasa seperti sukar untuk bernafas. Dada rasa seperti sempit. Bila nak menelan air, dada terasa sempit dan sakit. Doktor kata mungkin ulser dah sampai ke bahagian dalam. 

Seminggu di wad memang rasa mencabar. Terima kasih kepada mak, abah dan kakak-kakak saya sebab hired private nurse, Lala, untuk menjaga saya di wad, tolong mandukan, sapu krim, titik ubat mata, bersihkan mulut semua. 

Lala ini mulut becok, asyik melawak saja. Jadi saya tak adalah down sangat. Setiap pagi ada apointment berjumpa dengan pakar mata, kulit dan bedah mulut. Yang paling ngeri jumpa pakar bedah mulut sebab di sana doktor akan siat dan bersihkan kulit-kulit mati di bibir sampai berdarah agar senang kulit bibir pulih dengan cepat. Bayangkan awak sendiri nak siat kulit bibir pun rasa pedih. Apatah lagi bila orang lain yang buatkan. 

Genap seminggu, doktor benarkan saya keluar dari wad. Happy tak happy jugalah kan. Dok terperap dalam wad. Pastu bila orang lalu di katil mesti tertanya-tanya sakit apa sebab kes begini jarang berlaku. Bila keluar wad saya dah tak perlu hadap semua itu. Alhamdulillah. 

Kesimpulannya saya alahan ubat saraf yang saya makan itu. Nama penyakit saya ini Steven Johnson Symptom. Doktor kata penyakit saya ini tak semua orang macam saya. Ada yang serasi makan ubat itu dan ada yang jadi seperti saya. Nasib saya baik kerana cepat pergi ke hospital sebab benda ini kadang-kadang boleh mengancam nyawa. 

Kita tak terfikir pun alahan ubat kesannya sampai boleh jadi begini. Dah terkena pada batang hidung sendiri baru tahu. Tetapi itulah masalahnya, kita takkan tahu kita alergik ubat sampai kita cuba makan ubat itu, kemudian baru tahu.

Apa pun saya redha dengan aturan Allah SWT. Allah beri ujian besar untuk hambaNya supaya hambaNya lebih ingat kepadaNya. InshaAllah saya percaya perkara yang baik akan berlaku suatu hari ini pada saya dan keluarga. 

Di sini saya nak semua ornag tahu, saya sayang sangat pada keluarga saya dan kawan saya yang memberi sokongan moral, bantuan kewangan dan sebagainya. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa awak semua. Semoga semuanya diberkati Allah SWT. 






Antara gambar-gambar yang sempat dirakam. Bahagian badan paling banyak tetapi tak dapat didedahkan. Maaf kalau tak selesa tengok gambar-gambar ini. Saya cuma nak berkongsi tentang penyakit alergik yang ramai orang tak tahu.

Sumber: Nur Nabilah

"Percikan darah dan air ketuban aku tengok..." - Fizo Omar menangis cerita detik Mawar dibedah

 
Pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar kini selamat menimang anak pertama. Tahniah diucapkan buat Fizo Omar dan juga Mawar Fareeda.

Pasangan ini selamat bergelar ibu bapa selepas Mawar selamat menjalani pembedahan dan anak perempuan dengan berat 2.78kg selamat dilahirkan.

Mawar yang merupakan pengusaha tudung jenama popular Fareeda, telah menjalani pembedahan yang dibuat oleh Dr Hamid Arshat di Hospital Pantai Bangsar.

Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Fizo Omar telah berkongsi pengalaman melihat sendiri pembedahan yang dibuat ke atas isterinya.

Pembedahan ini dinamakan Caserean Section.

Ini pengalaman dari Fizo Omar, jom baca:

"AKU TGK BABY AKU KELUAR!!!.

"Tak tahu mcm mne aku nk cakap perasaan aku masa tu bila aku lihat sendiri Dr Hamid Arshat dan assistant nya ‘memotong’ perut mawar secara live depan mata aku dan keluar kan zuriat aku dan mawar yang 4 tahun aku menunggu baby ni.

"Syukur Alhamdulillah aku diizinkan oleh NYA utk merasai nikmat mempunyai zuriat walaupun mengharungi satu tempoh yang agak lama pada aku dan juga pelbagai cabaran untuk mawar nak hamil dulu.

"Dan aku juga diberi peluang utk masuk ke dalam bilik bedah mengharungi setiap saat getir mawar bertarung nyawa utk melahirkan baby pertama kami. 

"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.

"Dalam kepala aku bukan la nk memikirkan psl darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri.

"Ye lah mana tak nya, bukan sahaja 4 tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri.mempunyai anak adalah salah satu GOAL utama dalam hidup aku.

"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar,tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ.

"Subhanallah aku mcm tak percaya. WEHHHHH. Aku dah jadi daddy!!!..itu lah yang bermain di kepala aku.

"Aku sampai tak ade kekuatan untuk nak pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku.

"Dia orang tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah.

"Tibalah saat yang paling aku nantikan AZAN seorang bapa.. nanti aku sambung lagi cerita aku.

Itulah perkongsian dari Fizo Omar. Memang satu pengalaman yang amat mengagumkan apabila seorang suami berada disisi dan menyaksikan sendiri proses kelahiran anak.

Sekali lagi jutaan tahniah diucapkan buat Fizo sekeluarga dari pihak Berita Memey.

Semoga segala urusan penjagaan anak berjalan dengan baik. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu bapa!

Untuk pengetahuan, Fizo Omar dan Mawar telah berkahwin pda November 2013.

Majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang.

Pelbagai usaha telah dibuat untuk mendapat cahaya mata namun tidak berhasil. Kemudian mereka menjalani rawatan kesuburan di hospital.

Setelah 4 tahun berkahwin, dan menjalani rawatan, Fizo Omar mengumumkan berita gembira bahawa isterinya, Mawar telahpun berjaya hamil.

Inilah yang dinamakan usaha, doa dan tawakal, barulah mendapat keredhaan Tuhan. Sekian lama menunggu, akhirnya tercapai hajat Fizo untuk bergelar bapa.

Sumber: IG Fizo

'Mereka sedang mengajar masyarakat menjadi bodoh, lebih bodoh dari mereka' - Netizen setuju dan sokong teguran yang dibuat untuk 3 usahawan kosmetik ini


Penafian: Artikel yang disiarkan di bawah adalah pandangan penulis semata-mata. Ia tidak mewakili The Reporter.

'Aliff Syukri, DS Vida dan Sajat, andalah idola kebodohan'

Selain kita berhadapan dengan golongan yang gagal faham sensitiviti agama, kaum dan jantina, kita juga gagal untuk memahamkan orang yang bodoh tetapi masih rasa kebodohannya itu adalah pandai dan tak apa. 

"Asalkan aku buat duit, tak kisah apa yang aku tulis dan apa yang aku buat. Aku ada duit, kau ada apa?" 

Saya tak suka dan benci orang yang tak faham ini. Tipikal orang yang baru nak merasa senang, terus diuji Tuhan dengan kekayaan melimpah ruah terus bongkak dan sombong. Terus-terang, Aliff Syukri, DS Vida, Nur Sajat dan seumpama mereka sedang mengajar masyarakat supaya menjadi bodoh. Lebih bodoh dari mereka. 

Dari tulisan mereka menggunakan ejaan yang salah, perbuatan seperti binatang, pemasaran yang lucah dan bangang, mereka sedang mengajar masyarakat supaya lebih ke hadapan menjadi bodoh dan tolol. 

Hairannya, penyokong-penyokong yang terus menyokong mereka (penjilat) terus memberi simpati atas alasan, 

"Ini Instagram dia, ini Facebook dia, ini duit dia, suka hati dialah." 

Kerana duit, terus semua menjadi BODOH.

Itu tak kira berapa ramai anak muda yang tak mahu belajar atau meneruskan belajar dan mendapat 'galakan' ibu bapa yang sudah malas mengajar anak dengan berkata,

"Dia ni SPM je, jutawan pun. Dia ni tak ada ijazah, kaya pun."

Kekayaan adalah tunjang kejayaan seseorang hari ini. 'Cash is king'. Kekayaan ini juga telah menutup semua kesalahan dan kebobrokan.

Seperti kata kakak Aliff Syukri iaitu Puan Yatie, kita bukan sempurna untuk menegur tetapi benda ini perlu ditegur. 

Sahabat sekalian, saya dah berjumpa dengan mereka yang jauh lebih kaya dari mereka, tetapi mereka itu penuh ilmu dan pendidikan juga tidak pernah beraksi bodoh untuk kaya.

Sahabat tak pernah tertanya ke? Produk yang jauh lebih hebat dari D'Herbs, Qu Puteh yang berlonggok seperti Maybeline, Clinique, Channel dan banyak lagi yang hasil tahunan bilion dolar, kita tak pernah tengok pun aksi bodoh pengasasnya nak mempromosi produk mereka. Hatta kita tak kenal pun mereka siapa. 

Percayalah, kekayaan mereka ini palsu. Mereka menunjukkan kekayaan supaya orang terpeson dan ingin menjadi seperti mereka dengan menjual produk mereka. Yang kaya dia, tetapi stokis-stokis di bawah ini, cuba tanya jualan berapa dapat sebulan. Nak terjual sebotol syampu pun susah dalam seminggu. 

Ini sebab mereka beri keyakinan kepada stokis produk akan terjual. Bila stokis ambil pukal, jadi longok di kedai tak terjual. Stokis rugi dan mereka pula terus kaya. 

Belajarlah jangan hanya bermodalkan tiga manusia ini terus nak berhenti belajar. Pelajaran akan mendidik kita, bukan hanya kita berpengetahuan tetapi ilmu itu akan biasakan kita ini menjadi kaya tetapi 'versatile' bukan kaya dan bodoh seperti mereka. 

Tahniah Puan Yatie. Sangat menyokong teguran dan tulisan beliau. Hairan ya, lalu sepanjang jalan di lebuh-lebuhraya sekarang penuh papan iklan yang jual 'produk' OEM ini. Tetapi produk itu tak berapa sangat nampaknya. Muka 'pengasas' yang lebih. Ini ke strategi Melayu berniaga? Patutlah cepat lingkup. Hang jual produk ke jual diri?

Sumber: Amir Zuhair

Foto: Amir Zuhair
Gara-gara penulisan viral itu, Amir juga mendapat ugutan dari seorang individu yang tidak dikenali.