'Manusia jenis apa ni yang sanggup racun 4 ekor kucing saya sampai mati?!'


"Kepada manusia yang meracun kucing saya! Manusia macam apakah awak tak ada hati, sanggup racun kucing saya?" demikian kata Iyzatun di Twitternya yang mendapat banyak perhatian dari netizen. 

Iyzatun tidak menyangka empat ekor kucing peliharaannya mati akibat diracun dan hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh kakaknya. 

"Pilu saja hati saya. Masa tengah kerja, kakak menghubungi saya dan suruh balik ke rumah. Katanya kucing dah mati semua. Ya Allah, saya tak fikir apa dah, otak saya kosong. Sampai rumah, saya terkejut tengok semua kucing saya dah mati. 

"Saya dengan kakak saya balik ke rumah dengan kadar segera. Itu pun kami cepat-cepat balik di waktu rehat tengah hari. Ibu dalam telefon menangis teresak-esak. Ibu ulang alik sana sini pergi membeli air kelapa untuk menyelamatkan seekor lagi kucing yang nyawa-nyawa ikan. 

"Apabila tiba di rumah, kakak saya menangis melihat keadaan kucing dalam sangkar. Saya masih mampu mengawal diri. Tiba-tiba kakak menjerit, 

"Babi sial, aku dapat siapa yang racun, aku racun kau balik! K*mak!" 

"Saya kuatkan diri dan pergi mengambil cangkul. Kakak pula cuba menyelamatkan seekor lagi kucing yang menjadi mangsa racun. Saya ambil plastik di sangkar, sumpah pada masa itu saya sudah tidak mampu menahan diri dan menangis. Saya usap badan kucing-kucing saya yang sudah tidak bernyawa dalam sangkar dengan keadaan badan mereka kotor dengan muntah. Kebetulan kakak ipar juga berada di sebelah saya turut menangis. 

"Setiap pagi saya yang menimbus najis, memberi makan dan adakalanya bermain kejar-mengejar dengan semua kucing ini. Bagaimana mereka boleh tergamak untuk meracun kucing-kucing saya yang mungkin diletakkan racun pada bekas air atau makanannya. 

"Keadaan dalam sangkar bersepah. Bekas air dan makanan semua terbalik dengan muntah kucing di sana sini. Ada kucing yang dalam bekas najis, di tengah sangkar dalam keadaan yang sudah mati. 

"Ibu saya takut nak pegang kucing-kucing yang telah mati itu. Hanya mampu melihat dari jauh dan menangis kesedihan. Saya dan kakak pula kena masuk kerja semula. Jadi saya kata nak tanam cepat-cepat. Saya pergi mengorek lubang, namun tidak larat sebab saya kepenatan. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengupah pengawal keselamatan kediaman kami untuk tanam kucing-kucing yang mati diracun ini. 

"Kucing saya diracun selepas dia baru saja melahirkan anak-anaknya. Yang paling sedih, si ibu kucing sebelum putus nyawa, sempat menyusukan anak-anaknya. Keadaan itu membuatkan saya menangis. Saya sumpah orang yang menganiaya kucing-kucing kami ini akan mendapat balasannya. 

"Sebelum itu, saya cuba memberi kucing itu minum susu yang dibeli dari kedai, tetapi dia tidak dapat menghadamnya. Dua tiga hari kemudian, kucing itu kejung dan mati. Ya Allah, menangis saya melihat keadaannya yang terseksa," katanya. 




Difahamkan, Iyzatun dan keluarganya tinggal di rumah pangsapuri. Keempat-empat kucing peliharaan mereka dibela dalam sangkar dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada jiran-jiran, malah soal penjagaan najis kucing juga dijaga dengan baik. 

"Kucing-kucing ini diletak dalam sangkar yang diletakkan di luar rumah, dalam pagar. Kami duduk di pangsapuri dan pagar tidak berkunci, sesiapa saja boleh masuk. Nak kata ada masalah bau, kami sendiri juga tidak menggemari bau najis kucing. Jadi, setiap pagi dan petang kami akan menimbus najis-najis kucing agar tiada bau yang kurang menyenangkan. 

"Kami tidak mengajar kucing-kucing kami untuk keluar dari rumah melainkan duduk dalam sangkar sahaja. Bila ada kelapangan, kami keluarkan mereka dan dibawa masuk ke dalam rumah. Jika kucing terlepas, cepat-cepat kami kejar. 

"Kucing-kucing kami ditempatkan dalam dua sangkar. Kalau kata kami yang tersalah beri makanan, mesti kucing-kucing dalam dua sangkar itu mati. Tetapi ini hanya satu sangkar sahaja, malah kucing milik jiran kami juga mati diracun. 

"Tak tahu apa salah kucing saya, mereka hanya duduk diam dalam sangkar," katanya. 

Ramai netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa kucing-kucing Iyzatun dan berharap agar pelakunya dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan. 

Wanita maut, selepas tersadung dan leher tersangkut di celah besi pagar


Seorang wanita muda maut selepas lehernya tersangkut di pagar besi penghadang pejalan kaki selepas kakinya tersadung pada beg yang dibawanya sendiri dalam kejadian di China, lapor Daily Mail

Wajah mangsa bertukar kebiruan dan lemas selepas lehernya terperangkap di celah pagar tersebut. 

Insiden itu menyebabkan netizen di media sosial kesal pihak berkenaan tidak mengambil tindakan untuk menambah baik pagar tersebut biarpun pernah berlaku beberapa kes yang melibatkan pagar tersebut. 

Lapor Chutian Metropolitan Daily, kaki mangsa tersadung pada beg beroda yang dibawanya ketika turun dari bas di Huangpu di bandar Hankou, wilayah Hubei dalam kejadian pada 27 Februari lalu. 

Gambar menunjukkan leher mangsa tersangkut pada celah pagar besi berkenaan di belakang pondok bas. 

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa. Selepas 16 minit kemudian, pihak polis dan pasukan perubatan tiba di lokasi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan leher mangsa yang tersangkut selepas anggota polis memotong besi pagar tersebut. 







Difahamkan, reka bentuk pagar berbentuk U yang setinggi 3.3 kaki itu banyak dipasang di laluan pejalan kaki di negara itu. 

Netizen mendakwa kejadian seumpama itu seringkali berlaku dan menyalahkan kerajaan yang tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengubahsuai reka bentuk pagar tersebut. 

Pada Mac 2016, seorang wanita hamil dilaporkan meninggal dunia selepas lehernya tersangkut pada pagar yang sama di Huangpu. Manakala seorang pesara juga dilaporkan meninggal dunia selepas kepalanya tersangkut pada pagar berkenaan di Beijing pada tahun 2015.

Cara mudah catat pergerakan bayi, buat group WhatsApp dengan suami


Setiap wanita atau isteri pastinya tersenyum lebar bila disahkan hamil. Kegembiraan ini pastinya dikongsikan kepada semua suami,keluarga dan teman rapat. Apabila disahkan hamil, setiap ibu pasti akan melalui fasa- fasa alahan,kepenatan, tidur tidak lena dan sebagainya. Namun bergantung pada individu, ada sesetengahnya, sehingga trimester ketiga masih melalui fasa ini.

Apabila memasuki trimester pula, doktor atau jururawat akan meminta si ibu mencatat pergerakan bayi. Perkara ini kadangkala sukar bagi ibu-ibu kerana seringkali lupa atau sibuk dengan tugasan  harian.

Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.  Sekiranya tiada pergerakan atau bayi kurang aktif, si ibu perlu segera merujuk kepada doktor.

Oleh yang demikian, bagi memudahkan urusan ibu-ibu yang mengandung, Sharifah Nur Afifah berkongsikan cara untuk mencatat pergerakan bayi dalam kandungan. Lain orang lain caranya, tetapi mungkin cara ini dapat dimanfaatkan oleh ibu yang lain.

KEPADA semua  bakal ibu dan ibu-ibu yang mengandung, saya ada beberapa tips nak kongsikan di sini. Kebiasaannya apabila sudah masuk trimester ketiga, kita diwajibkan untuk mengira 10 kali pergerakan bayi dalam masa 12 jam dan catat pergerakan tersebut di dalam buku merah. Jadi untuk memudahkan cara mencatat pergerakan bayi adalah : 
  1. Buatkan satu group Whatsapp antara kamu dan suami
  2. Rekod dan kemaskini di dalam group setiap masa kamu merrasa bayi menendang atau ada pergerakan.
  3. Bila ada masa terluang, salin kesemua maklumat di dalam whatsapp group ke Buku Merah. Di dalam whatsapp ada tercatat tarikh dan masa, ia lagi mudah untuk kita kenalpasti kekerapan pergerakan bayi dalam kandungan.



Seperti saya, apabila tiba hari untuk check up, saya akan catat segala maklumat daripada Whatsapp ke buku merah. Cara ini  lebih senang kerana telefon bimbit sentiasa ada bersama kita 24 jam.

P/S: Di dalam gambar itu, saya update jam 11.04 pagi tiga kali sebab antara jam 9.13 pagi ke 11.03 pagi saya busy sangat sampai tak sempat nak update. Tetapi saya dah rasa pergerakan baby tiga kali. 

Itulah sajalah tips saya. Semoga bermanfaat kepada semua. Enjoy your pregnancy. 

Neelofa minta maaf dan akan bertanggungjawab sepenuhnya


Pelakon dan pengacara, Neelofa, akhirnya tampil memohon maaf dan mahu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung dan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab malam Isnin lalu sehingga mencetuskan kontroversi yang mengundang pelbagai reaksi negatif netizen, lapor Berita Harian

Neelofa melalui Instagramnya berkata, Neelofa memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif. Bagaimanapun mengucap terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan memahami situasi yang berlaku. 

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku. Kami akan memberi perhatian yang lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan. Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya," katanya. 

Dalam kenyataan itu juga, Neelofa mengaku bahawa dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu. 

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan," katanya. 


Terdahulu, Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Noor Nabila Mohd Noor, tampil memohon maaf di atas kontroversi berkenaan terutamanya kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

Disebabkan kontroversi itu juga, Neelofa yang sebelum ini mempunyai 5.5 juta pengikut di Instagram turut kehilangan lebih 100,000 pengikut menjadikan jumlah terkini adalah 5.4 juta. 

Sementara itu di media sosial, netizen mendakwa laporan media yang mendakwa jualan tudung jenama berkenaan 'sold out' di laman web mereka susulan kontroversi yang dianggap 'berkesan' itu dipercayai hanya sekadar strategi pemasaran. 

Izar Azmi berkata, netizen jangan terlalu naif dan belajar serba sedikit mengenai strategi pemasaran itu agar tidak terperdaya. 

"Letak 'sold out' di website tu saya pun selalu buat. Launch jam 11.30 pagi, jam 5.30 petang dah sold out. Ingat system inventory untuk website itu tak boleh manipulated ke? 

"Kau pakai Prestashop ke, Wordpress ke, Shopify ke, Squarespace ke, Oberloo ke, semuanya boleh set tukar jadi konon-kononnya sold out. Padahal dalam warehouse berkoyan-koyan lagi balance. 


"Ini semua marketing strategi, jangan naif sangat. Hari ini letak sold out, maka berduyun-duyunlah yang lain gundah-gulana tak dapat beli. Tunggulah seminggu dua dia akan keluarkan semula 'kami restock atas permintaan ramai'. 

"Come on, benda ini banyak brand selalu buat, bukan brand ini saja. Jadi tak payah nak perasan yang dia sold itu tandanya dia berjaya walaupun launching di tempat seperti itu," katanya. 

BERITA BERKAITAN:

'Sudah tiada hati untuk hidup bersama' - Ude


Suami kepada Intan Liana Saleh, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, mengakui bahawa perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah dia sudah tiada hati mahu meneruskan hidup bersama isteri pertamanya itu, lapor Berita Harian

Ude berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama. 

"Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

"Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.

"Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya," katanya.

Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertama selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Difahamkan permohonan cerai itu telah dibuat pada 30 November lalu, pada bulan yang sama isteri pertamanya mendapat tahu dirinya telah berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan peguam yang mewakili Ude yang memohon untuk menangguhkan penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes.

"Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak. Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes," katanya.

Sementara itu dalam laporan mStar pula, Intan berkata dia tidak tahu apa salah dirinya namun dia akur dan reda dengan keputusan suaminya itu. 

BERITA BERKAITAN: