Selepas Audio, Kini Gambar Peluk Wanita Pula Disebarkan - Ini Respon Mat Sabu, Akan Rujuk Peguam.

Selepas beberapa jam rakaman audio yang dipercayai suara Presiden Amanah, Mat Sabu disebarkan oleh Rizal Bakar, kini terdapat netizen yang menyebarkan gambar menyerupai Mat Sabu memeluk seorang gadis.



Dikenali dengan nama Biswardi Hasbi, individu itu menulis : "Manjanya. Cemburu pula tengok gambar bermanja-manjaan macam ni. Tiba-tiba feeling lonely pulak. 😂," katanya di post tersebut.

Bagaimanapun ramai pihak mempersoalkan ketulenan gambar tersebut. Rata-rata netizens beranggapan ia adalah gambar superimpose dan edit bagi menyebarkan fitnah ke atas Mat Sabu.

Terdahulu, Mat Sabu juga telah difitnah hebat dalam isu Memali menerusi halaman Facebook yang dikenali sebagai Malaysian Viral Facts.

Page itu mendakwa Mat Sabu telah mengeluarkan kenyataan mewakili bekas pimpinan PAS memaafkan Mahathir dalam isu Memali.


Post itu juga dibayar (sponsored post) bagi menyebarkan ia dikalangan netizens. Semakan dilakukan oleh pihak kami dan wakil Pakatan Harapan - Amanah mengesahkan tiada kenyataan seperti itu pernah dikeluarkan oleh Presiden Amanah sama sekali.

Logo PKR, Invoke turut digunakan bagi menyakinkan orang ramai. 

Terdapat beberapa netizens yang meminta sumber berita dan rujukan pautan untuk mengesahkan kesahihan poster tersebut namun admin page berkenaan tidak memberikan apa-apa respon setakat hari ini. 




Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata netizens mempertikaikan dakwaan ke atas Mat Sabu. Malahan netizens yang menyokong PAS juga menyeru agar ahli mereka tidak sesuka hati menyebarkan tuduhan sebarangan atas dakwaan yang belum dibuktikan. 

Berdasarkan tinjauan di page pro PAS, kebanyakan netizens menyeru untuk tidak terlibat dalam isu tersebut kerana ia belum dipastikan kebenarannya.

Jangan sebar, serang peribadi kata netizens pro PAS



Ada pihak yang mempertikaikan penggunaan bahasa seperti budak WeChat. Dan ada netizens yang mempertikaikan tindakan menyorokkan nombor Mat Sabu sedangkan nama itu boleh sahaja dipadamkan dan biarkan nombor telefon terpapar supaya jelas pada penglihatan semua untuk disahkan.

Sementara itu wartawan Malaysiadateline, Arif Atan pula mengulas beberapa perkara berhubung dakwaan berkenaan.

"Dia bohong;

1. Namanya tidak berdaftar ahli Amanah pun.

2. Dia sebut PAN. Orang Amanah tak merujuk nama parti sendiri dengan nama yang digunakan oleh PAS dan BN.

3. Cawangan Kuala Kedah? Kawasan Kuala Kedah je yang ada!

4. Printscreen nama tu terpampang nama Mat Sabu! Ikut logik skandal pun, paling tak dia mesti save guna nama macam Ayang tak pun Abang Mat.

Jelas dia nak jatuhkan imej Mat Sabu, Amanah dan Pakatan Harapan.

Lagi 6 hari nak buang undi nampak dah penipunya," respon Arif dalam satu kenyataan di Facebook.

Mat Sabu jawab

Ketika diminta mengulas tuduhan berkenaan, Mat Sabu dengan santainya menjawab ia adalah perkara biasa menjelang setiap kali pilihanraya umum.

Katanya ia bukan perkara baru tuduhan seperti itu dilemparkan ke atas dirinya.

“Ini berlaku setiap pilihan raya umum. Mereka akan sentiasa ada sesuatu yang menentang saya. Tetapi ia tidak menghentikan azam saya untuk mendesak perubahan kerajaan,” katanya.

Mat Sabu juga mengesahkan tidak mengenali ketiga-tiga individu yang mengadakan sidang media itu.
 
Mohamad Sabu juga berkata dia akan merujuk perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

“Mungkin saya dalam kalangan penarik orang ramai di perhimpunan Pakatan Harapan, jadi musuh saya tak boleh tahan,” katanya lagi. - 3 Mei 2018.


Sumber : Friscomedia

Pendedahan Rakaman Audio Dipercayai Skandal Mat Sabu dengan Perempuan Tersebar

Seorang individu yang mendakwa ahli Amanah dari Cawangan Kuala Kedah menuntut Presiden Amanah, Mat Sabu membuat penjelasan mengenai beberapa rakaman audio yang didakwanya adalah skandal.


Individu yang dikenali dengan nama Rizal Bin Bakar itu berkata beliau telah menerima bukti rakaman audio itu dalam sampul surat bersaiz A3 yang diselitkan di wiper keretanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau dipilih untuk menyebarkan rakaman berkenaan. Rizal juga tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau memilih untuk mengadakan sidang media berbanding menyerahkan rakaman tersebut kepada pemimpin Amanah terlebih dahulu untuk disahkan ketulenannya.



"Sebenarnya saya berdebar neh, dup dap dup dap. Kita datang ini mewakili semua yang berharap. So saya beranikan diri. Pertama sekali nama saya Rizal. Nama bapa saya Bakar. So saya Rizal Bin Bakar. Ahli PAN - Parti Amanah Negara, cawangan Kuala Kedah.

Kita teruskan kepada macam mana bahan bukti ini sampai kepada saya. So saya ni sebenarnya.. (tergantung). Pada saya dia (Mat Sabu) adalah idola saya dan idola kepada ramai orang diluar sana.

Apabila saya berbincang dengan kawan-kawan lain yang sealiran dengan saya, saya mewakilkan diri saya, mewakili semua yang ada di luar saya untuk bertanya kepada Tuan Haji ..

Adakah yang berada di tangan saya, (dan yang lain-lain) benar atau tidak.

Saya taknak panjangkan cerita, pertama kali saya nak tunjukkan WhatsApp.

Kalau tuan-tuan tengok WhatsApp memang nama tu tertulis nama Mat Sabu.. tetapi Mat Sabu ini bukanlah semestinya pemimpin Mat Sabu yang kita sayangi..

Kalau kita tengok disini, tuan punya WhatsApp ini adalah Mat Sabu. Kalau tuan-tuan amati apa yang tertulis di WhatsApp ini, darling.. ada gambar tertampal disini.. saya tak boleh tunjukkan gambarnya disini hari ini disebabkan benda ini agak sulit tetapi jika ada rezeki insya-Allah selepas 36 jam saya akan tunjukkan siapa yang empunya muka ini..," katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel Adamson disini hari ini.

Dua rakaman suara yang dipercayai Mat Sabu bersama seorang wanita lain turut diperdengarkan kepada wartawan dan mereka yang mengikuti sidang media live itu siang tadi.

Rizal juga katanya akan mendedahkan beberapa bukti lain termasuklah video selepas menerima penjelasan ataupun jawapan dari Mat Sabu berhubung isu yang dibangkitkan olehnya. 

Menurutnya pihak mereka mempunyai rakaman yang banyak. Encik Rizal juga memberikan Mat Sabu tempoh 36 jam untuk menjawab perkara yang dipersoalkan.

Mat Sabu belum memberikan apa-apa respon balas lagi setakat ini. - 3 Mei 2018. 



Sumber : Friscomedia

'Nanti puan dah boleh bangun, bolehlah tengok arwah kat bawah' - Si ibu meraung sepuas-puasnya di katil wad


Tidak ada sesiapa yang dapat menjangkakan dugaan akan datang menimpa mereka walaupun hari yang dilalui indah belaka. Tetapi sebagai manusia, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Kelahiran merupakan satu momen yang dinantikan oleh semua ibu bapa. Setiap ibu bapa juga ingin melihat anak yang lahir ke dunia sempurna di mata mereka, tetapi ibu bapa juga perlu redha dengan ketentuan Ilahi sekiranya bayi yang dilahirkan tidak sempat melihat dunia. Walaupun sudah setahun berlalu, kesedihan itu masih terasa di hati Niti Nasuha Muhamed yang telah kehilangan anak. Anaknya disahkan meninggal dunia setelah beberapa jam dilahirkan.

Al-Fatihah Anakku
25/4/2017- 25/4/2018

HARI ini genaplah setahun pemergian putera kami Muhammad Yusuff Bin Muhammad Hazwan dan Ulangtahun kelahirannya yang setahun. Dia seorang anak yang kuat, manja dan comel.

Setiap kali pada tanggal 25 haribulan, pasti air mata aku mengalir tanpa sebab. Bila tengok kalendar, ohh putera kami rindukan kami rupanya. Hanya naluri seorang ibu yang dapat merasainya. Dan setiap kali tiba 25 haribulan, saya hanya mampu melihat gambar masa lahirnya sambil membilang umurnya yang telah pergi setiap bulan sedangkan orang lain melihat count monthsary anak setiap bulan beserta gambar anak yang makin membesar.

Ramai yang masih tak tahu kenapa anak kami pergi. Hanya yang terdekat saja yang mengetahui. Saya dah tekad bila saya dah kuat, saya akan ceritakan dan hari ini cukup setahun saya dah cukup kuat untuk terima segalanya untuk  kenangkan kembali saat manis dan pahit bersama putera kami.

Sebelum kandungkan dia, saya pernah keguguran buat pertama kali. Masa tu kandungan baru 10 minggu.  Dua bulan lepas tu saya  dapat rezeki mengandung lagi. Mengandungkan Yusuff ni sangat senang skali. Alahan pun sampai tiga bulan macam tu je lepas tu okay.  Masa ni tak ada masalah apa-apa lagi, pergi check up klinik semua okay. Kesihatan saya pun  okay dan tak ada masalah Hb low ke high ke, dan kencing manis pun tak ada. Boleh dikatakan semua okay lah.

Okay, dah nak masuk 27 minggu terasa macam nak scan nak tengok jantina. Biasalah kita mesti excited nak tahu kan. Masa tu gedik nak pergi scan di klinik swasta sebab mungkin lebih nampak kot. Okay, saya dengan excited pergi ke sana. Doktor pada mulanya senyap apabila scan. Bila dah lama scan, baru doktor  bersuara dan dia cakap "Puan tahu tak yang air ketuban puan macam dah kurang, dan saya tak jelas nak tengok jantinanya". 

Saya terus rasa tak sedap hati. Doktor tu cakap air ketuban saya bacaan hanya 8 sahaja dan agak bahaya untuk baby. Doktor terus bagi surat minta saya pergi ke klinik yang saya selalu check up.

Bila dah pergi ke klinik tu, jawapan yang diberikan doktor pun sama. Bacaan air ketuban saya dah kurang dan sudah menurun kepada bacaan 5. Mereka terus buat surat suruh saya pergi ke hospital. Then dengan hati tak tenang rasa macam nak menangis, saya terus pergi serah diri di Hospital Sungai Buloh. Di sana, mereka scan sekali lagi  dan cakap benda yang sama. Pelbagai soalan yang ditanya, malah semua jawapan saya tak ada masalah, tak ada leaking or apa-apa yang membuatkan air tu kurang. 

Selepas tu rujuk pulak pakar dekat situ. Allahu jawapan yang saya tak pernah terlintas akan keluar. Doktor tu cakap dia tak nampak buah pinggang sebelah. Luluh hati ni mendengar nya, rasa macam nak pengsan kat situ terus. Air mata terus berjurai, rasa macam tak percaya kandungan saya ada masalah. Tapi doktor cakap dia pun tak pasti. 

Seminggu kena warded kat situ sebab nak pantau dan nak cucuk 'Dexa'( ubat matangkan paru-paru baby) incase kalau kena brsalin awal. Dexa ni sakit sangat, tapi demi anak, ku gagahkan juga. Sedih sangat waktu bila kenangkan baby ada masalah, kami sama-sama  berjurai air mata sebab sedih dapat berita yang tak disangka-sangka.

Bila dah masuk seminggu kena warded, doktor pakar di situ call doktor pakar yang lagi pakar bahagian scan baby, so dapatla pakar dekat Hospital Klang. Hati ni dah longlai sebab tak sanggup nak dengar keputusan yang sama lagi. 

Tapi sebelum pergi serahkan diri ke sana, kami cuba ikhtiar pergi scan swasta di Hospital Az-zahra dekat bangi, dengan harapan mereka ada peralatan canggih untuk nampak segalanya. Riak muka doktor sama setiap kali scan perut saya. Saya dah dapat agak mesti berita yang sedih jugak. 

Doktor situ pun cakap kandungan dalam bahaya, air ketuban awak saya dah tak boleh kira berapa bacaannya. Bila keluar je  dari blik doktor, saya menangis semahu-mahunya dan dah tak hiraukan sesiapa dah. Saya rasa tak kuat sangat dan rasa lemah sangat. Okay tak apalah, pergi yang dekat Klang tu pulak minggu depan.

First pergi sana, jawapan yang sama kami terima, jawapannya tak dapat tengok dengan jelas buah pinggangnya. Andaian demi andaian doktor berikan yang  tak sanggup kami dengar sehinggakan doktor minta untuk buat ujian air ketuban untuk tahu apa masalah sebenarnya. Kami buat solat hajat dan solat istikharah untuk bagi keputusan yang tepat sambil tanya kawan-kawan, parents apa yang perlu dibuat. So kami decide menolak  ujian tu sebab takut ganggu kandungan.

Jadi bila keputusan itu saya buat, doktor Klang tu cakap saya perlu tanggung risiko dan kena selalu pantau pergerakan baby dan last skali doktor tanya nak bersalin dekat mana. Masa ni kandungan baru 8 bulan. Saya cakap je Hospital Serdang sebab dengar sana ramai pakar dan service okay skit. So dapat surat pergi hospital sana pulak. Penat ke hulu ke hilir dah tak rasa sebab lebih fikirkan keadaan baby. Air mata yang keluar pun macam sampai dah nak kering sebab tiap hari menangis. Dah macam-macam ikhtiar tradisional la, ambik air penawar la, mintak orang kampung, budak tahfiz buat solat hajat, dan makan buah-buahan yang boleh banyakkan air ketuban. Bermacam-macam cara dan ikhtiar kami cuba. 

Pergi je dekat Hospital Serdang jumpa pakar sana. Alhamdulillah, ada sedikit positif dari doktor di situ. Doktor cakap buah pinggang baby okay jer, boleh nampak dua, cuma air ketuban tu memang sikit. Bila dengar macam tu, rasa lega yang amat sebab babyku sempurna tapi air ketuban sudah mencapai tahap tiada bacaan. 

Doktor nak warded semiggu sebab nak tengok keadaan baby.  Saya dicucuk lagi dengan 'Mexxa' pulak. Tak tahu betul ke tak bacaannya. Tapi Mexxa tu Ya Allah sakit sangat, panas satu badan sehingga menggigil badan ni. Dah la kena masuk ubat lepas tu kena masuk dalam laboor room sebab dah tak boleh wad biasa dan nak guna peralatan dalam laboor room kena ada doktor pantau setiap sejam. Semiggu admit kat sni. Hati ni tak senang duduk dah. Doktor pun datang cakap saya boleh keluar wad sebab doktor tengok bacaan jantung baby okay, aliran darah sampaipun ok, gerakan okay macam tak ada masalah apa-apa. So doktor  izinkan saya keluar wad tapi setiap minggu kena datang jumpa pakar untuk scan tengok keadaan.

Alhamdulillah kat sini saya dapat doktor perempuan yang sangat baik, sopan dan sentiasa bagi kata-kata positif. Setiap minggu dia scan dia cakap baby ni aktif sangat la nk scan pun payah sampaikan terukir sedikit senyuman saya walaupun hati tengah resah. Doktor pun cakap dia tak boleh nak cakap kenapa air ketuban saya sedikit sedangkan keadaan baby okay. Dia cakap kita tengok nanti baby dah keluar, insyaAllah baby okay. Kata-kata positif selalu keluar dari mulut doktor. Doktor dah cakap dia hanya tunggu baby matang untnk keluarkan means kena bersalin awal. Awal tu maksudnya masuk je 9 bulan (cukup 37 minggu) saya kena bersalin. 

Doktor takut nak suruh saya bersalin pra matang sebab kesian kan baby, sebab baby masih okay kat dalam. Doktor dah bagi surat untuk bersalin pada  tarikh 25/4/2017.  Tapi doktor cakap awak kena ceaser sebab kepala baby kat atas. Allahu, tak kuatnya aku nak hadapi pembedahan pulak.

Sehari sebelum saya dah kena warded, perasaan time tu Ya Allah, berikan la aku peluang untuk bersalin normal, pusingkan kepala anakku ke bawah. Doa tak habis-habis, solat sunat semua dah buat. Tapi dah ini takdirku, scan kali terakhir, kepala baby still kat atas, so kena operate jugak. 

Malam tu berpuasa lah saya untuk jalani operation pagi esok. Doktor dah cakap giliran saya yang last sekali iaitu selepas zuhur. Ada lima orang kena ceaser hari tersebut. Pada malam tu Tuhan saja yang tahu, sebak tak terkata saya duk berbual dengan baby sambil usap perut. Setiap kali saya bercakap dia bergerak, seolah-olah dia pun nak berborak dengan saya. Saya happy sangat. Sebelum tu pun dia selalu bagi rangsangan bila saya bercakap, memang anak yang dengar kata maknya.

Pukul 11 lebih macam tu saya rasa sakit kat perut. Saya tak tahu sakit kenapa. Rasa nak buang air besar, tapi tak nak pulak sampai tak boleh nak tidur langsung malam tu. Tapi anak dalam perut tu lah teman kan, bergerak tak henti-henti. Tak tahu kenapa aktif sangat sampai ke subuh dia bergerak. Tapi sambil saya rasa tak tahan dah sakit tu saya panggil nurse pun die cakap tak ada apa sebab dia ingat saya sakit perut biasa. Saya ni tak tahu macam mana contraction, saya panggil nurse lain untuk cek saya. Dia cakap ni contraction ni, dan saya tak boleh bersalin normal sebab songsang  so emergency mereka tolak saya ke bilik OT pagi tu pukul 8. Saya sempat mesej sepatah je bagitahu pada  suami saya perlu ditolak ke bilik OT.

Sambil ditolak saya dah menangis sebab sakit sangat dan menangis ketakutan. Zikir tak henti-henti dari mulut saya supaya diselamatkan semuanya. Dalam bilik OT tu saya rasa mereka dah keluarkn baby, saya  tak sabar nak tengok baby. Tapi mereka tak tunjuk langsung baby pada saya. Nurse datang cuma cakap dah selesai dan tolak saya ke bilik lain untuk rehatkan diri. Tapi saya tetap tak puas hati, saya nak tengok baby saya. Hati saya dah resah mana baby saya. Saya dah tak sedap hati kenapa mereka tak bagi saya tengok baby. Sambil baring di bilik sebelah, saya duk angkat-angkat kepala ni nak paggil sesiapa yang lalu nak tanya pasal anak sampai saya termuntah sebab dah angkat kepala. Nurse dah pesan jangan tinggikan kepala takut muntah. Saya dah tak hirau dah sebab nak tengok baby. Nurse tu pun cakap nanti doktor pakar datang bagitahu keadaan baby.

Selepas tu, datang la pakar dekat tempat saya berehat. Dia cakap “Puan rehat baik-baik ya, anak puan ada dekat ICU sekarang. Dia ada masalah sikit, dia dengan ayah dia ada kat sana. Saya dah explain dekat ayah dia, nanti puan dah boleh bangun boleh la pergi tengok.“ Hati ni terus rasa lega sikit sebab dia bersama ayah dia walaupun tertanya-tanya kenapa duduk di ICU.  Dalam kepala saya fikir positif je masa tu “Alah anak orang lain ada jugak masuk ICU, nanti boleh keluar la tu.” Itu je saya fikir. Perasaan tak sabar nak bangun nak tengok je. Saya bersalin dalam pukul 9 pagi. Saya ditolak naik ke wad biasa dalam pukul 11 macam tu.

Semasa kat wad, suami saya datang jenguk saya dalam pukul 12. Saya tanya mana anak. Dia cakap kat ICU, anak okay insyaAllah. Lega saya dengar. Tapi saya pelik time tu, mata dia merah. Saya hanya fikir mungkin dia sedih anak masuk ICU je kot. Positif je yang saya fikir. Tapi mak ayah datang salam dengan saya semua mata merah. Saya tanya kenapa nak sedih anak duk ICU je pun. Saya masih positif tetapi dalam kesedihan tu saya tengok suami saya kelam kabut jumpa nurse sebelah sana. Saya fikir positif lagi mungkin dia nak tanya bila anak boleh naik wad kot.

Tak lama kemudian, nurse datang nak cek keadaan saya. Nurse terlepas cakap “nanti puan dah boleh bangun boleh la tengok arwah kat bawah.” Ya Allah, saya tak berape faham ayat nurse tu. Nurse tu pun terkejut sebab saya masih tak tahu keadaan sebenar.  Hati saya dah berdegup kencang. Ayah saya dan suami saya terus cepat mendekati saya sambil peluk saya sambil berbisik dengan saya “bawak mengucap sayang, anak kita dah pergi tinggalkan kita, saya tak sanggup nak bagitahu tadi sebab tengok awak masih lemah.” Saya meraung sepuas-puasnya nya kat situ. Saya rasa macam nak bangun terus nak pergi tengok anak saya. Rupanya mata suami merah semasa datang jenguk saya, baby dah meninggal. Dia sedang berbincang dengan ayah macam mana nak bagitahu pada saya. 

Doktor tak bagi saya bangun kerana patient baru lepas operate selepas enam jam baru boleh bangun. Ya Allah ujian apakah ini. Aku tak kuat. Masa ni rasa nak pengsan je. Saya menangis  tak berhenti. Doktor datang explain anak saya ada masalah paru-parunya lemah. Kami dah cuba bantu bagi saluran pernafasan, tapi dia bertahan tiga jam saja. Dia cakap baby lemah pernafasan selepas tali pusat diputuskan. Maknanya selama dia aktif dalam perut, dia hanya bergantung pada diriku 100%. Sebab tu dia kuat dalam perut. Manjanya kamu dengan Mama.

Saya meronta-ronta nak bangun nak tengok baby kat forensik, sebab bahagian forensik tak bagi bawak naik atas sebab ikut prosedur, mayat tak boleh bawak naik wad. Suami saya berkali-kali pergi pujuk suruh bawak naik sebab saya nak kucup kali terakhir sebelum dikebumikan di kampung. Mereka still berkeras. Suami saya cuba pujuk doktor pulak supaya kasihankan saya nak jumpa anak saya. Akhirnya doktor tu pergi berbincang dengan bahagian forensik dan mereka benarkan.

Pukul 6 petang macam tu, dalam kesibukan bunyi bising, saya terdengar troli ubat mcm tengah bergerak, dan dalam masa yang sama saya dapat rasakan seolah-olah anak saya tengah berlari untuk dapatkan saya. Ya Allah, sungguh perasaan ku betul. Troli tadi sebenarnya bawak anak saya untuk jumpa saya. Saya tak boleh bangun dari katil cuma boleh tinggikan bahagian belakang. Saya terus dakap dan cium dia puas-puas. Saya teliti tangan dan kakinya. Ya Allah, sempurnanya kamu sayang. Tapi Tuhan lebih sayangkan kamu. Mama redha dengan pemergian kamu nak. Pergilah jumpa Penciptamu sayangku. Selepas pada tu suami saya minta izin untuk bawak balik arwah untuk kebumikan di kampung. Tapi saya perlu stay di hospital lagi sebab badan saya masih lemah. Suami saya bawak balik malam tu jugak ke kampung. Saya merayu untuk balik jugak sebab saya nak tengok anak dikebumikan. Allahu, Tuhan saje tahu perasaan saya tak dapat balik untuk mandikan jenazah dan tengok kali terakhir sebelum dikebumikan. Allah sedang uji saya lagi.

Sampai ke hari ni saya bangkit, bina hidup saya semula dan cuba kuatkan diri demi orang-orang yang saya sayang disekeliling saya sehinggakan saya cipta WANITY WEDDING CONCEPT tersebut sebab ingin cari masa yang terluang untuk benda-benda  yang saya minat dan kurangkan kesedihan saya. 

Alhamdulillah makin hari makin kuat. Allah Maha Mendengar. Hari ni 25/4/2018 saya bangun pagi dengan rasa sebak sebab terkenangkan hari ni hari kelahiran dan pemergian dia. Tapi sesampai di office, saya dapat berita gembira dimana suami saya dapat kerja yang lebih baik dari yang sekarang, dengan pangkat yang lebih tinggi. Berita yang selama ini kami tunggu, genap setahun Engkau gantikan dengan tangisan kegembiraan pada hari yang sama. Syukur padaMu Ya Allah Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengasihani hamba-hambaMu.Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sebab jadikan saya seorang hamba yang kuat.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan ku. Ingatlah, Allah Maha Adil. Dia datangkan hujan lebat ribut petir, disebalik tu Allah datangkan pelangi kepada kita. Renung-renungkankan diri masing-masing.

SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA ANAKKU.

AL-FATIHAH ANAK SYURGAKU
MUHAMMAD YUSUFF BIN MUHAMMAD HAZWAN DALAM KENANGAN

'Sungguhpun mereka pakai kereta buruk, tetapi rezeki keluarga mereka tidak sempit'


Dalam hidup ini, usahlah kita menilai orang lain secara luaran kerana rezeki masing-masing berbeza dan begitu juga amalan gaya hidup setiap orang juga berbeza. Luahan yang dikongsikan oleh wanita ini bukan sahaja memberi pengajaran, tetapi juga patut menjadi contoh kepada kita semua. 

Apa yang bagusnya, wanita ini menjadikan apa yang berlaku di depan matanya sebagai pengajaran. Beginilah orang yang berfikir dan sentiasa bermuhasabah diri. Sentiasa mengkaji diri dan menginsafi. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 

ASSALAMUALAIKUM admin. Hide FB saya ye. Saya nak kongsi dengan pembaca Kisah Rumah Tangga (KRT) semua. Dalam post baru-baru ini kita ada baca tentang perempuan yang bangga dengan kereta Honda miliknya, kan. Kisah saya pula begini. 

Saya seorang surirumah, suami pakai Honda City. Kami ada seorang anak. Kisah yang betul-betul memberi pengajaran kepada saya bermula apabila kami sekeluarga pergi membeli belah di sebuah pasar raya. 

Ketika kami baru park kereta, ada sebuah kereta Proton Saga lama park di hadapan kami. Kereta itu memang buruk sangai, sampai saya cakap pada suami, 

"Kesian keluarga tu naik kereta buruk saja." 

Dalam kereta Proton Saga itu ada sepasang suami isteri dan seorang anak mereka. Tuhan betul-betul nak tunjuk pada saya jangan pandang rendah pada orang lain. 

Dalam pasar raya tersebut, saya terserempak semula dengan keluarga berkenaan di bahagian barangan penjagaan wanita. Si isteri tadi minta izin nak beli perfume, beli itu beli ini. Suami dia kata ambil sahaja. Berbeza dengan saya bila minta dari suami nak beli barang-barang, habis saya dimaki dan dituduh membazir. 

Kemudian bila nak buat pembayan di kaunter, sekali lagi terserempak dengan keluarga itu tadi dan saya beratur di belakang mereka. Saya tengok barang-barang yang mereka beli, boleh tahan juga. 

Beras Basmathi, susu anak mereka jenama pediasure, lampin pakai buang anak mereka jenama Mamy Poko siap beli sekotak terus, minyak basak beli minyak masak jenama Canola. Harga barangan mereka saja dah dekat RM500.

Saya pula, semurah-murah barang saya beli sebab suami suruh berjimat. Suami saya harap saja pakai Honda City, tetapi bila bab-bab barang keperluan, asyik-asyik cakap tak ada duit. 

'Bila dia keluar, kereta keluarganya sudah tiada...' - 3 hari menunggu, namun ibu bapanya tidak kembali


Tergamaknya hati, namun mesti ada sebab mengapa ibu bapanya berbuat begini sehingga terpaksa meninggalkan anak mereka di sebuah sekolah madrasah yang tidak dinyatakan lokasinya. Status yang dikongsi Syed Azmi itu di Facebooknya mendapat perhatian ramai netizen yang memeprtikaikan tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Anak sulung berusia 11 tahun dan tidak bersekolah itu diberi tanggungjawab untuk menjaga adik beradiknya di rumah. Satu hari, mereka sekeluarga keluar dan dikatakan mahu bercuti di Cameron Highland dan dalam kesempatan itu, berlakunya kejadian yang tidak disangkakan.

30 APRIL 2018 12.34 TENGAH HARI

ADA seorang budak berusia 11 tahun. Dia anak sulung dari lima beradik. Dia sudah tidak bersekolah dan menjaga adik beradiknya di rumah. 

Mak dan ayah bawa mereka adik beradik keluar berjalan-jalan. Jarang dapat peluang seperti ini, maklumlah susah. Katanya nak pergi ke Cameron Highland dan ini merupakan pertama kali mereka pergi. 

Tetapi mereka berhenti di sebuah sekolah madrasah sebab nak gunakan bilik air. Si abang ini pun disuruh pergi. 

Bila dia dah siap dan dah nak balik, tengok-tengok ayahnya tak ada, maknya tak ada, adik beradiknya tak ada dan kereta mereka pun tak ada di depan mata. 

Bukan terlupa, tetapi dah tiga hari berlalu tiada pun yang datang balik. Lalu pihak sekolah madrasah itu ambil dan tolong jaga. Tetapi dua hari yang pertama, dia berdiri di satu sudut dan tidak bergerak, seperti protes. 

Kita mungkin tidak tahu masalah mereka. Tetapi ini bukan jalan yang terbaik. Masih ada harapan. 


2 MEI 2018 1.56 PETANG

Salam semua. I found the location of the boy but due to the sensitivity and request I was assured that the boy is safe. I am hopping to meet the kid but trying it out diplomatically. 

So for now, all I know he is safe and family was consulted. All I can do is pray and put in the trust. I just built the trust and so I tak berani nak push it. Until I tengok sendiri baru I boleh cakap. Lagipun the meadrasah memang baik, so kena intervene slowly. 

Semuanya nampak elok buat masa ini. Kanak-kanak itu sudah ceria di tempat itu. Harap ini dapat membantu.

Tak tahu nak rasa macam mana