(Video) Budak maut dilanggar, diseret 20 meter oleh bapa saudaranya yang sibuk jawab panggilan telefon


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 20 meter dalam kemalangan yang berlaku di utara barat Delhi, India, lapor Times of India. 

Timbalan Ketua Polis, Vijayanta Arya berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5:17 petang 22 April 2019, ketika Aas Mohammed, 37, menghantar Gulam, 3, pulang ke rumahnya. 

Mohammed, yang memandu kerea jenis Suzuki terdahulu menghantar anak saudaranya itu pulang ke rumah ibu kanak-kanak berkenaan. 

Sebaik saja tiba di destinasi, Mohammed meminta mangsa turun dan pulang ke rumahnya sendiri dan dalam masa yang sama, Mohammed menerima panggilan telefon lalu menjawab panggilan itu.

Mohammed menyangka Gulam sudah melintas jalan lalu menyambung semula pemanduannya tanpa menyedari keretanya terlanggar 'sesuatu'. 

Berdasarkan video kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilanggar lalu terperosok di bawah kereta dan terseret kira-kira 20 meter sebelum orang awam menjerit meminta Mohammed memberhentikan keretanya. 


Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke hospital berdekatan dan keadaannya dilaporkan kritikal. 

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan bapa saudara mangsa dan didakwa di mahkamah kerana cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa. Tetapi, Mohammed dibenarkan diikat jamin. Kes masih dalam perbicaraan. 

Rotan & malukan anak di media sosial, NGO buat laporan polis terhadap Aliff Syukri


Gemar memuat naik aktiviti seharian mengenai kehidupannya akhirnya mengundang padah apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang merotan anak perempuannya hanya kerana membuka tudung.

Protect and Save The Children (P.S The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam. 

Menurut CRCM, mereka amat terkena dengan perbuatan pengasas D'Herbs itu. 

"Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya. 

"Aliff mendisiplinkan anaknya dengan cara ekstrem, bahkan memberikan penjelasan berhubung tindakannya itu. 

"Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya memetik laporan dari mStar Online. 

Justeru, CRCM menggesa pihak berkuasa dna juga Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil tindakan segera terhadap Aliff Syukri. 

Sumber: mStar Online

LAPORAN BERKAITAN:

'Sebak lihat kehidupan keluarga dia yang daif' - Isteri Mark Adam nekad bantu keluarga mentuanya keluar dari kemiskinan


Setiap tutur katanya menjadi perhatian dan penonton pasti terhibur dengan ayat Bahasa Melayu yang keluar dari mulutnya. Mark Adam, artis yang dikenali sebagai seorang yang serba boleh. Dia adalah penyanyi, pelakon, dan juga pelawak kelahiran Filipina yang mewarnai industri hiburan Malaysia. 

Di sebalik nama Mark Adam, sudah pasti ada seseorang yang sentiasa menyokongnya dari belakang. Isterinya, Norazah Redzuan merupakan tulang belakang kejayaan Mark Adam selama ini. Norazah bukan sahaja telah telah membantu Mark Adam berjaya, malahan Norazah juga telah meringankan beban keluarga Mark Adam terutamanya ibu mertuanya sendiri.

Perkahwinan mereka tidak menjadi penghalang kepada hubungan keakraban antara Norazah dan ibu mertuanya walaupun berbeza agama dan budaya.

“Mula-mula kahwin dengan Mark, kekok jugalah nak berbual dengan ibu mertua yang tak fasih berbahasa Inggeris. Nasib baiklah saya boleh bertutur dalam bahasa mereka. Itu yang kami mudah mesra,” kata Norazah kepada majalah Nona.

“Kalau balik ke Filipina, layanan yang diberikan ibu mertua sangat baik. Saya dimanjakan seperti anaknya sendiri. Pagi-pagi ibu mertua dah siapkan sarapan termasuk membasuh pakaian saya walau saya tak pernah minta pun. Semuanya dia buat sendiri.

“Masakan mak mertua yang paling saya suka ialah udang masak bawang putih. Seterusnya chicken adubo, kalau di sini kita panggil ayam masak kicap. Ada juga menu singgang, rasa dan cara masaknya lebih kurang sama macam kita. Lagi satu, terung yang dibakar atas api kemudian disiat kulitnya. Isi terung dicelup ke dalam telur lalu digoreng. Nampak simple tapi rasanya sangat sedap!”

REZEKI DIKONGSI BERSAMA 

Rezeki yang dimiliki mereka tidak hanya dihabiskan untuk mereka berdua, tetapi Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan berkongsikan bersama keluarga mertua. Dia telah banyak membantu keluarga Mark keluar dari belenggu kemiskinan.

Satu dalam seribu, itulah keistimewaan yang dimiliki oleh Ezan. Dia bukan saja sanggup melalui saat susah senang bersama Mark malah turut memuliakan ibu dan keluarga mertuanya sama seperti keluarga sendiri.



“Sebab utama saya nak sangat bantu keluarga Mark ialah dari diri saya sendiri. Waktu pertama kali ke Filipina saya lihat kehidupan keluarga Mark sangat daif. Ahli keluarganya ramai, rumah pula sempit. Makan nasi hanya berlaukkan ikan masin. 

“Seumur hidup mereka tak pernah merasa tidur di katil, hanya beralaskan tilam nipis. Saya rasa sangat sebak dan terfikir kenapa macam tu sekali keadaannya. Ia buat saya insaf. Bermula saat tu saya niat untuk bantu keluarga Mark.

“Saya dan Mark mencari rumah lain yang lebih besar dan selesa buat keluarganya. Walaupun cuma rumah sewa tapi selesa. Saya belikan katil, sofa, barang makanan dan sebagainya. Pun begitu, mereka tak pernah merungut. Sebaliknya tetap gembira dan bahagia seperti tiada masalah. 

“Saya tahu Mark bekerja keras selama ini pun kerana mahu mengubah nasib keluarga agar menjadi lebih baik seperti mana hasrat bapanya sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sumber: Nona, Mark Adam, Ezan

(Video) Tertelan sudu ketika cuba keluarkan tulang ikan tersangkut dalam kerongkong


Seorang wanita di China terpaksa menjalani pembedahan selepas tertelan sudu ketika cuba mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di kerongkongnya. 

Pesakit, Lili, tertelan sudu berukuran 13 sentimeter di dalam badannya kira-kira empat hari dan tidak merasa kesakitan atau rasa tidak selesa. 

Selepas melakukan x-ray dan endoskopi (kamera kecil dimasukkan dalam badan pesakit), doktor berjaya mengeluarkan sudu tersebut. 


Lili tertelan sudu besi itu pada 5 April lalu dan tidak pergi mendapatkan bantuan di hospital kerana tidak mahu menyusahkan dirinya. 

Lili kemudian mengambil keputusan untuk beberapa hari memandangkan dia tidak merasa sebarang kesakitan di bahagian perut. 

Selepas empat hari kemudian, Lili datang ke hospital mengadu mengenai masalah yang dihadapinya dan doktor terus melakukan pemeriksaaan dan mengeluarkan sudu itu yang mengambil masa dalam 10 minit. 


"Pesakit cuba mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di kerongkongnya dan secara tidak sengaja terlepas dan tertelan sudu tersebut," kata Dr Cheng Chunsheng. 


Kes tertelan sudu bukanlah kes pertama di China. Oktober lalu, doktor di Urumqi, Xinjiang mengeluarkan sudu berukuran lapan inci dari badan pesakit berusia 26 tahun, yang tertelan objek itu ketika bergaduh dalam keadaan mabuk. 

Pada September 2015, doktor pakar mengeluarkan sudu besi berukuran enam inci dari badan seorang pesakit wanita yang tertelan objek itu ketika sedang makan mi terlalu gelojoh. 

Sumber: Daily Mail

Suami gantung diri, kecewa selepas dapat berita isteri berkahwin lain


Seorang awak-awak bot nelayan warga Myanmar menggantung dirinya kerana kecewa dengan isterinya berkahwin dengan lelaki lain.

Dalam kejadian di tepi sungai Kompleks Perikanan Tok Bali di Pasir Puteh, lelaki berusia 29 tahun itu ditemui mati tergantung pada pokok oleh orang awam kira-kira jam 1 tengah hari. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, sebelum kejadian itu adik kepada mangsa yang berusia 20-an memaklumkan mangsa sempat meluahkan perasaan dan kekecewaannya mengenai masalah rumah tangga. 

"Adik mangsa memaklumkan, mangsa tidak dapat menerima berita isterinya yang berada di Myanmar sudah berkahwin lain dan berita itu dipercayai menjadi punca mnagsa membunuh diri. 

"Berdasarkan mayat mangsa, kami percaya mangsa mati pagi hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Difahamkan, dua beradik itu bekerja di Pelabuhan Tok Bali sejak beberapa tahun lalu sebagai nelayan. Mereka tinggal di dalam bot kapal dan hanya singgah di pelabuhan bagi kerja menangkap dan menaikkan ikan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Aniis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro