Isteri halau suami, dera 3 anaknya selepas jalin hubungan dengan kekasih 'pengkid'


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun membuat laporan polis terhadap ibunya yang didakwa mendera dia dan dua lagi adiknya sejak empat bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, laporan polis kanak-kanak itu mendedahkan suspek berusia 32 tahun turut menghalau suaminya dan membawa kekasihnya berusia 33 tahun tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu. 

Apabila suspek bergaduh dengan kekasihnya, suspek yang tertekan akan memukul tiga anaknya itu masing-masing berusia 12, 8 dan 4 tahun, dengan menggunakan tali pinggang. 

Pemeriksaan pihak hospital bagaimanapun tidak menemui kesan luka atau lebam pada badan tiga beradik itu. 

Bertindak di atas laporan tersebut, polis telah menahan wanita itu bersama dengan pasangannya pada jam 3.40 petang Rabu di Butterworth dan Kepala Batas. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Sumber: Harian Metro

Anggota polis cedera diserang isteri selepas melihat gambar ini tersebar di media sosial


Viral di media sosial gambar anggota polis dan orang awam membantu mengangkat seorang wanita selepas keretanya terbabit dalam kemalangan. 

Dalam kejadian yang berlaku di Thailand itu, kereta yang dipandu oleh mangsa dilaporkan terjunam ke dalam longkang. 

Orang awam yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi polis dan setiba di lokasi, mereka membantu mengangkat mangsa. 

Gambar itu tersebar di media sosial dan netizen memuji tindakan pantas anggota berkenaan dan orang awam yang membantu mangsa. 

Namun, anggota polis terbabit dilaporkan cedera di bahagian kepala dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Difahamkan, anggota itu telah diserang oleh isterinya yang cemburu selepas melihat gambar suaminya memegang punggung mangsa. 

Kejadian itu membuatkan netizen tergelak dan mendoakan semoga anggota berkenaan cepat sembuh dan lebih berhati-hati apabila membantu mangsa kemalangan terutamanya golongan wanita. 

Isteri hamil 6 bulan maut terkena tembakan ketika suami cuba bunuh ular


Seorang lelaki ditahan kerana tertembak isterinya yang mengandung ketika dia cuba membunuh seekor ular yang masuk ke dalam kediaman mereka. 

Ali El Arid, 28, pelarian dari Syria baru saja memulakan hidup barunya dengan isteri dan dua anaknya di sebuah daerah di Turki. 

Pada hari kejadian, Ali mendapati ada seekor ular masuk ke dalam bilik pada waktu pagi, lalu mengambil senapang untuk menembak ular tersebut. 

Bagaimanapun peluru yang dibedil melantun lalu terkena pada isterinya, Zeyneb El Arid, yang berada di belakang menyebabkan mangsa terus tersungkur. 

Ali terus menghubungi ambulans untuk datang membantu isterinya yang hamil enam bulan dan terus dikejarkan ke Hospital Negeri Seydisehir untuk menjalani pembedahan kecemasan. Namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. 

Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat untuk dibedah siasat. 

Polis kini sedang menyoal siasat dan mengambil keterangan Ali yang mendakwa kejadian itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan. 

Sumber: Daily Mail

'Denda RM500 jika solat di waktu kerja' - Memo dari Top Management cetus kecaman netizen


Viral di media sosial kini, memo dari sebuah kilang yang beroperasi di Klang melarang pekerjanya yang beragama Islam menunaikan ibadat solat.

Menurut laporan Sinar Harian, kilang itu beropasi di Taman Perindustrian Sungai Kapar dan memo tersebut dikeluarkan pada 30 Julai lalu dari pihak atasan. 

"Pihak pengurusan ingin memaklumkan kepada semua pekerja bahawa tidak dibenarkan pergi solat pada waktu bekerja kecuali pada waktu makan tengah hari sahaja. 

"Dengan serta-merta jika didapati melanggar arahan, akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan," demikian kenyataan tegas dalam memo tersebut. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, kandungan memo tersebut jelas bertentangan dengan Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Bekerja yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama JAKIM. 






"PUTRA secara tegas menyatakan bahawa, tindakan mana-mana majikan melarang pekerja Islam menunaikan solat malah mengenakan denda kepada pekerja yang menunaikan solat di luar waktu rehat adalah bertentangan dengan semangat Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menempatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. 

"Perlembagaan tidak pernah menghalang amalan agama-agama lain asalkan dilakukan dengan aman dan damai dan penganut Islam juga adalah berhak untuk bersolat asalkan hak itu tidak terbukti mengganggu prestasi kerja atau produktiviti syarikat," katanya. 

Justeru, beliau mendesak Kementerian Sumber Manusia menyiasat kesahihan memo tersebut dan sekiranya benar, wajarlah pemilik kilang itu dikenakan tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada semua majikan agar menghormati hak pekerja masing-masing untuk mengamalkan ajaran agama. 

Wanita menangis ketika dihukum sebat 100 kali selepas ditangkap khalwat bersama kekasihnya


Seorang wanita berusia 22 tahun menangis dan merayu agar pegawai syariah berhenti menyebatnya dalam hukuman sebat yang dibuat secara terbuka di khalayak ramai. 

Wanita itu dihukum sebat kerana melakukan maksiat, selain dua lagi individu yang turut menerima hukuman sebat 100 kali sambil disaksikan orang awam di sebuah stadium di Lhokseumawe, 170 kilometer dari Banda Aceh. 

Hukuman sebat diamalkan di daerah itu bagi menghukum pesalah yang terbabit dalam judi, minum alkohol, melakukan hubungan sejenis dan maksiat. 



Rabu lalu, wanita itu bersama teman lelakinya yang juga berusia 22 tahun disebat 100 kali selepas mereka ditangkap khalwat. 

Wanita itu menangis beberapa kali kerana tidak berdaya menahan kesakitan dan merayu agar pegawai syariah itu berhenti menyebatnya. 


Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun juga disebat kerana melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak. Dia disebat sehingga baju putihnya dibasahi darah.

Remaja terbabit dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, manakala pasangan kekasih itu pula dibebaskan. 

Sumber: Daily Mail