'Ni ekspo tatu ke ekspo bogel?' - Netizen tuntut penjelasan, MOTAC kata tak pernah luluskan


Baru-baru ini berlangsung The Malaysia Tattoo Expo di Kuala Lumpur yang menarik perhatian penggemar dan pengamal tatu tempatan. 

Malangnya, ekspo berkenaan dicemari dengan kelibat seorang individu yang tidak berpakaian sehingga menampakan bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Laman Tentera Troll Kebangsaan Malaysia - Reloaded turut yang memuat naik gambar indivitu terbabit menuntut penjelasan dari kerajaan khusnya Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung perkara itu yang jelas sekali mencemarkan imej negara ini. 


Disebabkan insiden itu, netizen menyelar kementerian terbabit. 

REAKSI NETIZEN


Bagaimanapun, MOTAC menjelaskan pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang perayaan separuh bogel yang dianjurkan oleh ekspo tersebut. 

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, "Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam. 

"Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut. 

"Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC untuk menyiasat perkara berkenaan," katanya. 

(Video) 'Dia tampar, aku sepak'


Viral di media sosial video pergaduhan di tengah jalan yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Hanya disebabkan tidak puas hati dihon, kedua-dua pihak bertekak tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain terpaksa menunggu kes mereka diselesaikan. 

Namun keadaan menjadi semakin buruk apabila muncul seorang wanita menampar muka pemandu kereta Honda BRV menyebabkan lelaki itu membalas balik dengan menerajang perut wanita terbabit. 

Keadaan menjadi kecoh apabila datang beberapa lelaki memukul pemandu Honda itu bertubi-tubi. 



Beberapa jam selepas kejadian itu, mangsa, Shazmie, tampil menceritakan hal sebenar yang berlaku. 

"Aku nak masuk jalan utama dari jalan simpang. Masa tu jammed. Yang perempuan ni drive tak bagi aku masuk jalan, pastu hon sampai sudah.

"Last aku mengalah, aku bagi dia masuk dan aku hon balik. 

"Dia keluar kereta, pastu cabut penutup tingkap aku. Dia tampar, aku sepak.


"Boleh je selesai cara baik, tak perlu angkat kaki tangan. Dalam dunia ni bukan kita seorang je gedebe. Maaf sebab buat jammed tadi tapi mak aku tak pernah tampar muka aku. Aku tak kacau orang, jangan kacau aku. 

"Ada yang backup perempuan tu? Mulut dia langsi kalah gangster. Maki aku macam bapak dia punya jalan tu," katanya yang juga menjelaskan dia tidak mengalami kecederaan teruk, hanya cermin matanya saja yang patah. 

Sementara itu, tampil pula Muslim Shah menceritakan hal dari pihak ibu saudaranya yang terbabit dalam kes itu. 

"Ni kejadian kat Bentong tadi. Aunty Annah Shah tengah bawa kereta melayan jem, sebab macam biasa uncle malas.

"Lepas tu mamat Honda babik ni potong line dan himpit sampai kena kereta kami. Aunty hon, dia tak nak elak gak. So aunty berhenti dia keluar, aunty sound la dia, dia kuaaja, aunty tolak dia pastu dia terajang aunty.

"So takkan uncle nak biarkan je kan? Uncle pun tak pernah tendang aunty kot? Maybe dia tak tahan tunggu jem dari Raub ke Bengon, sampai himpit-himpit kot. 

"Setakat ni je video uncle ada sebab tak rakam. Ni pun minta kat orang. Nampak kan double line tu, masih lagi nak potong himpit-himpit sampai kena kereta," kata Muslim Shah. 


Walau bagaimanapun, kes tersebut telah selesai apabila kedua-dua pihak telah mengambil inisiatif untuk bersemuka dan memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. 

"Alhamdulillah, selesai pertemuan empat mata. Kami saling mohon maaf dan selesaikan cara baik. 

"Yang baik datang dari Allah, yang kurang uga dari Allah atas kelemahan saya. TQ semua yang memudahkan urusan kami," kata Shazmie. 




Menurut Shazmie, ramai yang menasihatkannya untuk membawa kes itu ke mahkamah tetapi dia enggan berbuat demikian kerana tidak mahu memanjangkan perkara itu. 

Zahid berjanji semakin banyak peruntukan tambahan untuk Cina jika BN berkuasa semula


Pengerusi Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengembalikan geran padanan bagi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) jika BN kembali berkuasa pada PRU-15. 

Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agong MCA semalam berkata, peruntukan yang lebih besar akan diberikan kepada TAR UC sekiranya masyarakat Cina kembali memberi mandat kepada BN untuk mentadbir Putrajaya. 

"This is my promise. Maka janji untuk memberikan peruntukan kepada Kolej Tar dan Universiti TAR sebagaimana yang dijanji oleh kerajaan lalu, jika kita ambil alih sebagai kerajaan, semua janji itu akan dipenuhi," katanya, 

Mendengar ucapan itu, semua ahli MCA yang hadir memberi tepukan gemuruh. 

"Kalau semakin banyak sokongan pengundi-pengundi Cina, (BN) akan tambah lagi peruntukan," katanya yang juga menjelaskan bahawa UMNO dan BN akan menyokong perjuangan MCA dalam memperjuangkan peruntukan untuk TAR UC. 

"Atas nama BN, UMNO dan BN sokong MCA untuk memperjuangkan nasib TAR UC dan Utar kerana di dalam soal pendidikan, tidak ada agenda politik, tidak ada agenda kaum, agama dalam soal pendidikan. 


Menurut laporan dari MalaysiaKini, TAR UC menerima purata RM30 juta sehingga RM60 juga setiap tahun di masa pentadbiran BN dulu. Namun pada tahun ini, kerajaan hanya memberi peruntukkan RM5.5 juta untuk TAR UC dan tiada geran diberikan. 

Dalam Belanjawan 2020, peruntukan TAR UC dikurangkan lagi kepada RM1 juta. 

22 November lalu, kerajaan bersetuju menyalurkan RM30 juga kepada TAR UC melalui dana amanah yang diuruskan oleh alumni. 

Pada 26 November lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan TAR UC bahawa lembaga pemegang amanahnya adalah haram kerana semua pemegang amanah adalah ahli MCA. 

Tetapi, Presiden MCA Wee Ka Siong pula membidas kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa tiada undang-undang yang mengatakan ahli-ahli parti politik tidak boleh duduk dalam lembaga pemegang amanah. Malah Wee menyifatkan kenyataan tersebut melanggar hak asasi manusia. 

Sumber: MalaysiaKini

Bapa tikam murid buli anaknya 10 kali, dijatuhkan hukuman mati


Seorang bapa yang membunuh rakan sekelas anak perempuannya berusia 9 tahun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah di Jiangxi, China, Jumaat lalu. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Wang. Tertuduh berkata, dia tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. 

Pada 9 Mei 2019, Wang dimaklumkan oleh anak perempuannya yang dia telah dibuli oleh rakan sekelas bernama Liu, yang duduk di sebelah mejanya di sekolah. Wang kemudian mengadu mengenai insiden itu di dalam kumpulan WeChat kelas anaknya. 

Wang yang mempunyai sifat baran dan isterinya kemudian mengambil inisiatif untuk bertemu dengan guru kelas terbabit dengan ibu bapa Liu, dengan harapan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menukar tempat duduk anak-anak mereka di dalam kelas. 

Pagi keesokan harinya, Wang menghantar anaknya ke sekolah tetapi bengang apabila mendapati ibu bapa Liu tidak berada di situ walaupun isterinya memberitahu bahawa hal itu telah diselesaikan. 

Wang menghantar anaknya pulang ke rumah dan kembali ke sekolah dengan membawa sebilah pisau. 

Wang masuk ke dalam kelas lalu menikam Liu sebanyak 10 kali dan mengheretnya keluar dari kelas dan mencampak mangsa ke lantai. 

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun sudah terlambat dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia. 

Wang kemudian berlegar di taman permainan di sekolah itu sebelum ditahan polis.

"Wang tidak mahu hubungan di antara anak perempuannya dengan rakan sekelas berdamai, sebaliknya dia hanya mahu membalas dendam. Tertuduh membunuh kanak-kanak lelaki itu yang berusia 9 tahun," mahkamah diberitahu ketika perbicaraan. 

Meskipun Wang mengaku melakukan jenayah itu, tindakannya itu memberi kesan negatif kepada masyarakat dan keluarga mangsa tidak mahu memaafkan perbuatannya itu. 

Sumber: China Daily

'Dapatkan bantuan senior, bukannya cuba cucuk sehingga 10 kali' - Dr Lee


Doktor atau jururawat yang tidak menjumpai saluran darah pada bayi untuk memasukkan jarum atau pengambilan darah perlu mendapatkan bantuan orang lain atau yang lebih senior.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye tidak dinafikan adalah sukar untuk mencari saluran darah bayi menggunakan jarum kerana ia kecil namun terdapat amalan ditetapkan berhubung perkara itu.

"Jika tidak menjumpai saluran pada bayi untuk memasukkan jarum ketika rawatan perlu dapatkan bantuan orang lain atau mereka yang lebih senior dan bukannya cuba sehingga 10 kali.

"Sekiranya cubaan kali kedua tidak berjaya, mereka tidak boleh cuba mencucuk jarum untuk kali ketiga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Kinta River Walk di sini hari ini.

Dr Lee mengulas tular di Facebook mengenai catatan seorang wanita yang menunjukkan gambar tangan bayi baru dilahirkan dengan kira-kira 10 kesan cucukan jarum didakwa dilakukan oleh doktor pelatih semasa ingin mengambil darah anaknya.

Menjelas lanjut, Dr Lee berkata Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan terdapat tersebut.

Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata kementerian akan mengambil tindakan terhadap doktor yang didapati mengenakan caj konsultasi melebihi daripada yang ditetapkan melalui Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta.

Beliau berkata orang ramai boleh merujuk laman web kementerian bagi mendapatkan maklumat mengenai akta berkenaan yang menetapkan caj konsultasi doktor.

Katanya caj konsultasi doktor berada di bawah kawalan kementerian, namun caj hospital, makanan, penginapan dan sebagainya berada di luar kawalan dan ditetapkan berdasarkan harga pasaran.

"Kebiasannya ada aturan berkenaan caj hospital dengan syarikat-syarikat insurans," katanya.

Semalam media melaporkan langkah klinik mengenakan caj tambahan sehingga 10 peratus terhadap pemegang polisi insuran menyebabkan kuota perlindungan pesakit cepat habis dan harga ubat mencapai hampir 90 peratus lebih mahal dikenakan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata pihaknya memandang serius mengenai amalan klinik dan pusat perubatan swasta yang mengenakan caj rawatan dan kos ubat-ubatan berbeza bagi pesakit yang membayar secara tunai dan pesakit yang menggunakan kad insurans.

Sumber: Bernama