(Video) 'Ini punca kami accident' - Nyaris maut dirempuh lori gara-gara batang besi di tengah jalan


‘Ayah, Lailahailallah!’ Berkali laungan itu  diucapkan ketika kereta yang dipandu gagal mengawal keadaan. Video yang dimuat naik oleh gadis ini menyaksikan kereta yang dipandu oleh bapanya di laluan kiri di sebuah lebuh raya berpusing menimbulkan rasa panik mereka sekeluarga.

Apabila diperiksa, ada besi yang telah tersekat di spring tayar belakang hingga menyebabkan kereta itu hilang kawalan. Namun mereka bersyukur mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu.

‘Ini punca berlakunya accident tersebut. Ada kepingan besi di highway tersebut then mungkin terlanggar sikit besi tu and terus tersekat kat spring tayar belakang so brek terus stuck dan hilang kawalan. Kalau ikut kan dalam video tu memang tak nampak pon besinya.’

Kejadian tersebut dikatakan berlaku berhampiran dengan tol Bukit Gambir. Sewaktu kejadian juga, bapanya tidak memandu dengan laju kerana perjalanan mereka sudah hampir dengan tol. Mujur juga ketika itu sebuah lori dan beberapa buah kereta sempat mengelak.

‘Masa tu ayah bawak kereta tak laju pon sebab lagi 1km tu nak masuk ke tol bukit gambir.’

Netizen menasihati gadis ini agar membuat laporan pada pihak PLUS dan membuat tuntutan dengan kerosakan yang dialami. Tidak kurang juga ada yang berkongsi lokasi berkenaan juga telah meragut nyawa rakan mereka.

Sumber: NAD

'Saya tak mampu nak jaga dia' - Ibu campak bayi baru lahir dari jambatan

Seorang wanita ditahan pihak berkuasa di utara China selepas didakwa membuang bayinya yang baru lahir ke dalam semak samun. 

Suspek, Guo, dikatakan membuang bayi lelaki itu dari jambatan ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya. Suspek mengaku berbuat demikian kerana tidak mampu menyara anaknya itu kelak. 

Menurut polis, mangsa ditemui oleh orang awam pada jam 1.30 petang Isnin lalu, dalam keadaan terbaring di dalam semak. 

"Badannya dihurungi semut dan lalat, banyak kesan gigitan serangga di mukanya. Leher dia penuh dengan semut," kata saksi yang hanya dikenali sebagai Cik Qu. 

Penemuan bayi lelaki berusia satu hari itu kemudian dimaklumkan kepada polis dan siasatan mendapati mangsa dilahirkan sekitar jam 8 malam di kediaman Guo. 

Pada malam Ahad, Guo pergi ke rumah ibunya melalui Jambatan Sungai Wukai dan ketika itulah dia mengambil keputusan untuk mencampak anaknya.

"Saya buang dia sebab saya rasa saya tidak dapat menyara dan membesarkan dia, saya ada masalah kewangan," katanya. 

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah diserahkan kepada badan kebajikan kanak-kanak untuk penjagaan. 

Sementara itu, Guo masih ditahan reman untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Daily Mail

'Rupanya tak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung' - Saifuddin mohon maaf, tiada lesen akan dikenakan terhadap owner YouTube, TikTok

"Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat. 

"Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam)," demikian kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berhubung kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). 

Difahamkan, selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah membincangkan perkara itu di Kabinet dan Kabinet memutuskan orang ramai bebas menggunakan YouTube, TikTok untuk memuat naik kandungan. 

"Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya," katanya. 

23 Julai lalu, kenyataan Saifuddin di Dewan Rakyat menimbulkan pelbagai reaksi netizen khususnya golongan muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial. 

Sumber: Bernama

'Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif' - Ellie Suriati gesa KKMM kenakan lesen terhadap owner channel YouTube

Jumaat lalu (7 Ogos 2020), Ellie Suriati Omar mencadangkan Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (FINAS) 1981 ditambahbaik selaras dengan perkembangan teknologi hari ini. 

Ellie berkata, akta itu perlu dirombak bagi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air. 

Antaranya, mengenakan lesen untuk pemilik saluran YouTube yang banyak menjana pendapatan lumayan daripada platform tersebut. 

"Sebagai pemain industri, kami nak utarakan pendapat sebab ini platform anak seni sebelum sebarang penambahbaikan dilaksana kerajaan. 

"Kami mahu akta baru yang lebih kukuh dan boleh membawa kebaikan menyeluruh kepada pelakon, penerbit, royalti dan muzik. 

"Antara penambahbaikan itu, menteri (KKMM) diseru melaksanakan lesen pengguna YouTube kerana mereka berjaya dengan kandungan kreatif disiarkan," katanya. 

Bagi Ellie, jika cadangan itu tidak dilaksanakan, akan ada dalam kalangan pemilik saluran YouTube mengambil kesempatan mengaut keuntungan peribadi. Sebagai contoh, mereka boleh menggunakan wajahnya yang sedang berucap pada suatu perhimpunan tanpa mendapat kebenaran dan dimuat naik di saluran tertentu. 

Sedar bahawa cadangan itu akan mendapat banyak kritikan, Ellie menegaskan dia tidak kisah kerana sudah tidak tahan melihat penggiat seni sering menjadi mangsa keadaan. 

"Sekiranya mereka ingin mengecam saya, silakan. Kami ada alasan tersendiri kenapa menggesa kerajaan untuk melaksanakan lesen tersebut. 

"Kenapa tidak kamu (pemilik saluran YouTube) membayar lesen? Tak suka saya cakap macam tu? Dah tu, kamu hasilkan kandungan kreatif," katanya. 

Bagaimanapun, Ellie menjelaskan saranannya itu bukan untuk dikuatkuasakan ke atas pengguna Facebook mahupun TikTok. 

Dalam pada itu juga, Ellie juga berharap Seksyen 233 dan 221 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dipinda. Ini kerana Ellie kesal ada pemilik saluran YouTube yang menggunakan platform itu untuk mengkritik filem tempat sehingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan. 

"Ia mengakibatkan kerugian besar kepada penerbit, pengarah dan juga kru produksi kerana tiada orang mahu menonton filem kami selepas ia digelar produk sampah. 

"Industri kita bukan macam Hollywood, 10 peratus saja penggiat filem yang kaya dan selebihnya kategori B40," katanya. 

Sumber: MalaysiaKini

'Menyorok dalam hotel ke tu?' - Si polan ditahan reman 4 hari

Padah memukul penghantar makanan, suspek dalam video viral di media sosial beberapa hari lalu telah ditahan reman selama empat hari untuk disoal siasat. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, suspek berusia 33 tahun itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta. 

Suspek ditahan pada jam 7.22 malam Jumaat (7 Ogos 2020) di sebuah hotel di Bukit Mertajam. 

"Polis sudah mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini (Sabtu) bagi membantu siasatan kes terbabit. Kami masih menjalankan siasatan lanjut termasuk punca suspek bertindak sedemikian," katanya memetik laporan dari Bernama. 

Selain itu, polis juga akan mengambil keterangan dari mangsa dan pemilik rumah inap desa yang disewa oleh suspek. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN