Suami bakar isteri & anak tiri kerana bengang mangsa enggan lakukan hubungan intim 5 kali sehari


Seorang lelaki nekad membakar isteri, 13, dan anak tirinya, 17, di Desa Tanjung Rejo, Daerah Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia pada Rabu 29 September 2021. 


Polis Probolinggo berkata, suspek, Adi Susanto, 31, telah ditahan dan kini dalam proses untuk didakwa di bawah Akta Kekerasan Dalam Rumah Tangga dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak serta bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.


Difahamkan, pasangan itu baru mendirikan rumah tangga sejak tujuh bulan lalu. Adi sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tujuh kali, manakala mangsa juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak lima kali. 


Bapa suspek, Suhar, 70, anak dan menantunya selalu bertengkar kebelakangan ini walaupun telah dinasihatkan mereka berkali-kali. 


"Saya nasihatkan Adi agar jangan selalu bertengkar kerana malu kepada jiran tetangga. Saya juga menegur anak saya untuk tidak selalu keluar tanpa keizinan suami. Kali terakhir dia keluar rumah sampai tak pulang selama tiga hari," katanya. 


Kronologi kes bermula apabila mangsa pergi melakukan pemeriksaan kandungannya di salah satu bidan di kampung walaupun tidak diizinkan oleh Adi. Apabila Adi pulang ke rumah, dia tidak menemui isterinya lalu pergi ke rumah mentuanya untuk mencari keberadaan isterinya. Sampai di rumah mentua, isterinya juga tiada dan mentuanya berkata isteri Adi sudah pulang ke rumah.


Dalam perjalanan pulang, Adi terserempak dengan isterinya di pertengahan jalan dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Adi bengang sebaik ternampak isterinya sudah membawa beg berisi pakaian lalu pergi membeli petrol untuk membakar dua beranak itu. 


Sementara itu menurut mangsa, mereka kerap bertengkar kerana dia enggan melayani kehendak suaminya untuk melakukan hubungan intim sehingga lima kali sehari. Mangsa pernah menolak keinginan suaminya menyebabkan Adi marah lalu bertengkar. Malah Adi mengaku cemburu dan yakin isterinya berlaku curang. 


Hal itu menyebabkan mangsa berasa kecewa dan terus mengemas pakaian untuk pulang ke rumah ibu bapa, bersama dengan anaknya. 


Sebaik saja pasangan itu terserempak di pertengahan jalan, mereka bertengkar dan Adi menyimbah petrol ke badan isteri dan anak tirinya sebelum dibakar. Orang awam yang menyaksikan kejadian itu terus datang membantu memadamkan api yang membakar kedua-dua mangsa menggunakan pasir yang dicampur dengan air. 


Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami luka terbakar hampir 80 peratus, sementara anaknya mengalami luka di bahagian kaki. Motosikal yang dinaiki dua beranak itu turut hangus terbakar. 


Kedua-dua mangsa sedang menjalani rawatan di Hospital Grati Pasuruan yang berdekatan dengan rumah orang tua mangsa. 


Sumber: Media Indonesia

Ahli politik tawar RM354,001 untuk beli nombor telefon disiarkan dalam Squid Game


Nombor telefon yang boleh dihubungi dalam drama bersiri Netflix, 'Squid Game' yang viral di media sosial beberapa minggu lalu sehingga kini masih menjadi perbualan hangat. 


Selepas pemilik nombor berkenaan mengaku kehidupannya terganggu kerana telefonnya menerima banyak panggilan dan mesej setiap hari tanpa mengira jam, kini nombor tersebut dilaporkan menjadi bahan politik di Korea Selatan. 


Tidak mahu ketinggalan, seorang ahli politik di negara itu juga mengikuti perkembangan hal itu dan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut. 


Huh Kyung-young, ahli politik yang diketahui bakal menjadi calon Presiden Korea Selatan menawarkan diri untuk membeli nombor tersebut dengan harga 100 juta won atau RM354,001. 


Kyung-young yang merupakan ketua Parti Revolusi Nasional, memuat naik tawaran itu di akaun Facebooknya selepas terbaca mengenai berita keluhan pemilik nombor telefon itu. 


"Saya dengar pemilik nombor telefon yang ditunjukkan dalam drama bersiri Squid Game mengalami gangguan serius dari panggilan orang tidak dikenali. Saya ingin membeli nombor itu dengan harga 100 juta won," tulisnya di Facebook. 


Bagaimanapun, tawarannya itu sehingga kini masih belum mendapat respon dari pemilik nombor tersebut. 


Kyung-young terkenal sebagai tokoh politik yang mengambil pendekatan eksentrik dalam menjalankan kempen politiknya. Dia pernah menaburkan janji untuk memberi dana 100 juta won atau RM354,001 dan dividen bulanan 1.5 juta won atau RM5,310 kepada semua orang dewasa. 


Sementara itu mengenai nombor telefon yang digunakan dalam 'Squid Game', Netflix dan produksi drama tersebut, Siren Pictures, masih belum memberi sebarang komen rasmi mengenai perkara itu. Namun pihak berkenaan berjanji akan segera menyelesaikan masalah tersebut. 


Sekiranya 'Squid Game' terbukti cuai dalam berkongsi maklumat peribadi orang lain tanpa izin, Netflix boleh didenda 50 juta won atau RM117,001.  

Photographer delete semua gambar pengantin sebab tak diberi makan


Seorang jurugrambar yang tidak didedahkan identitinya viral di media sosial setelah berkongsi cerita bagaimana dia membuang semua gambar perkahwinan rakannya di majlis perkahwinan kerana tidak diberi makan. 


Berkongsi cerita di Reddit, jurugambar itu berkata dia bekerja sebagai pendandan anjing dan selalu mengambil gambar anjing pelanggannya dan dikongsikan di Facebook atau Instagram. Dia kemudian dihubungi oleh rakan yang meminta dia mengambil gambar perkahwinan. 


"Saya menjelaskan kepada dia bahawa itu bukan kepakaran saya, tetapi dia menyakinkan saya dengan mengatakan dia tidak peduli itu semua asalkan gambar yang diambil itu sempurna," katanya. 


Setelah berbincang, akhirnya dia bersetuju untuk menjadi jurugambar di majlis perkahwinan rakannya. Tetapi persetujuan itu tidak berjalan dengan lancar berpunca dari sikap rakannya yang bertindak di luar batasan. 


"Saya mula mengambil gambar dari jam 11 pagi dan selesai kira-kira jam 7.30 petang. Kira-kira jam 5 petang, makanan dihidangkan dan saya diberitahu bahawa saya tidak boleh berhenti untuk makan kerana saya perlu menjadi jurugambar. Mereka juga tidak menyediakan tempat untuk saya di meja makan pun. 


"Saya dah mula keletihan dan pada waktu itu juga terbit rasa menyesal menerima permintaan rakan saya ini. Selain itu, cuaca di luar yang begitu panas dan tiada penghawa dingin," katanya. 


Jurugambar itu cuba meminta untuk berehat dan makan, tetapi respon yang diterima amatlah tidak disangkakan. 


"Saya memberitahu pengantin lelaki yang saya perlu berehat selama 20 minit untuk mendapatkan sesuatu untuk dimakan dan diminum. Dia memberitahu saya yang saya perlu terus melakukan kerja-kerja jurugambar atau pergi tanpa dibayar," katanya. 


Kesal dengan sikap zalim rakannya itu, dia kemudian memadamkan semua gambar-gambar yang diambil pada majlis tersebut di hadapan pengantin lelaki sebelum beredar.

'Sekali lagi saya digugurkan dari job kerana SOP MKN' - Rita Rudaini kesal namanya digugurkan dari job yang dah lama confirm


Awal September 2021, pelakon sensasi Rita Rudaini mendedahkan dia tidak kisah sekiranya namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod gara-gara berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


Rita yang sentiasa bersangka baik ke atas apa yang berlaku juga percaya bahawa rezekinya ditentukan oleh Allah SWT. 


Namun baru-baru ini, Rita melalui Instagram meluahkan perasaan kesalnya apabila namanya sekali lagi digugurkan hanya kerana prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang didakwa mendiskriminasikan dia yang berstatus tanpa vaksin Covid-19. 


"Sekali lagi, saya digugurkan dari job yang sudah lama confirm hanya kerana 'SOP MKN'. SOP diskriminasi, kenapa perlu ada swabtest lagi bila nak bekerja kalau dah vaksin? Sama saja dengan SOP sebelum sampainya vaksin ini. Semua patuh SOP kena swabtest dulu sebelum kerja. Jadi, apa bezanya dengan sekarang? Jangkit? Pembawa? Bukan ke yang (dah lengkap) vaksin pun boleh jadi pembawa? Apa bezanya? 


"Okay, bezanya memang nak 'paksa' walaupun kata 'tak wajib'. Bezanya sekarang Malaysia negara diskriminasi. Kepada FINAS, tahniah korang memang buat 'kerja' dari dulu hingga sekarang. Tolong anak-anak seni dalam kesusahan dan macam-macma lagilah. 


"Ada pihak tawarkan kepada saya vaksin tipu-tipu untuk mudahkan bekerja. Tetapi maaflah, saya mencari rezeki dengan ikhlas, tak perlu nak tipu diri sendiri dan orang lain hanya untuk puaskan SOP kerajaan kerana rezeki kita semua makhluk di muka bumi ini, Allah SWT yang pegang," katanya. 


Selain itu, Rita juga menganggap apa yang berlaku mungkin merupakan satu ujian kesabaran buat dirinya sama ada dia mampu atau tidak mengharungi ketentuan itu. 


Bercakap mengenai soal rezeki, Rita berkata dia selama ini tidak pernah berkira dengan mana-mana stesen TV atau produksi. Malah kerap memudahkan kerja orang lain dan tidak membuat sebarang tuntutan bagi hal-hal remeh kerana konsep amal jariah yang diamalkannya. 


"Saya tidak pernah berkira dengan stesen TV atau produksi untuk promote cerita hingga selesai walaupun tanpa bayaran. Kenapa time promote tak ada diskriminasi? Saya buat juga untuk memudahkan kerja orang lain. 


"Sejak dari awal dulu saya berlakon, saya tidak pernah claim duit tol atau mintak atau parking sebab saya jadikan itu amal jariah saya, prinsip saya, kerja dengan ikhlas dan amanah walaupun sikit atau banyak. Jangan berkira sebab rezeki semua dah ada bahagian masing-masing," katanya. 



Sumber: Instagram Rita Rudaini

Individu tak lengkap vaksin, tak boleh makan di kedai


Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, hanya pelanggan yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 lengkap atau sepenuhnya dibenarkan makan di kedai atau restoran. Penguatkuasaan peraturan itu dikuatkuasakan tanpa mengambil kira status sesebuah negeri itu (terpakai pada semua fasa). 


Walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum mengumumkan peraturan tersebut dalam prosedur operasi standard (SOP) terkini, satu kenyataan rasmi mengenainya akan dibuat tidak lama lagi. 


"Keperluan vaksinasi lengkap untuk dine-in KEKAL bagi semua fasa pemulihan. Peraturan yang dikeluarkan oleh @MKNJPM tidak dikemaskini. Dine-in privileges for all recovery phases only for those fully vaccinated. Kenyataan rasmi akan menyusuli," tulisnya di Twitter semalam. 


Sementara itu, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata, syarat tersebut bukan hanya terpakai untuk pelanggan yang mahu makan di kedai/restoran, tetapi kabinet juga telah bersetuju agar kemudahan yang ada ditetapkan tertakluk kepada vaksinasi lengkal kekal dan ia berkuat kuasa di seluruh negara. 


"MKN telah diarahkan agar segera mengemaskini peraturan dan SOP berkaitan dan ia mesti dipatuhi sepenuhnya semua pihak demi perangi #Covid19," tulisnya di Twitter. 


Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin, Hishammuddin.