Catriona Ross mahu anak Menteri Kesihatan diberi suntikan vaksin Covid-19 & disiarkan secara live?


Khamis 6 Januari 2022, Astro Awani melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bakal menerima vaksin Pfizer BioNTech tidak lama lagi selepas Kementerian Kesihatan mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Ubat-Ubatan (DCA). 


"Kita masih mengadakan perbincangan dengan pihak PfizerBioNTech mengenai jadual penghantaran, kita akan mengumumkan nanti dalam masa terdekat," katanya. 


Laporan itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai termasuk golongan selebriti seperti, Catriona Ross, yang meminta anak menteri diberikan suntikan vaksin tersebut disiarkan secara langsung di kaca televisyen. 



Berkongsi infografik mengenai berita tersebut di Instastory, Catriona menulis, "Mungkin rakyat Malaysia mahu melihat anak-anak anda divaksin di saluran tv nasional dulu".



Pandangan yang sama turut dilontarkan oleh netizen di ruangan komen Instagram Buletin TV3, yang menuntut anak-anak menteri diberi suntikan vaksin secara langsung di saluran televisyen. 



Walaupun begitu, ada juga yang berpandangan usaha seperti itu tidak mendatangkan kesan. 


"Kalau anak-anak KJ diberi suntikan vaksin secara live, confirm ke ramai nak mengikut jejak dia benarkan anak masing-masing mendapatkan suntikan vaksin? Sudah berapa ramai yang buat live semasa mengambil suntikan vaksin tetapi masih ramai juga yang enggan mengambil suntikan vaksin. Sebaliknya golongan sebegini lebih suka dengar rumors," kata Gumball. 


Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen Facebook dan Instagram The Reporter. 


Sumber: Astro Awani, IG Catriona Ross

(Video) 'Kakak gelar mak perempuan sundal' - Lelaki acu jari tengah terhadap kakak yang halau dia & ibunya keluar dari rumah


Tular di media sosial baru-baru ini video seorang pemuda menunjukkan isyarat jari tengah pada rumahnya yang dikatakan ditujukan kepada kakak kandungnya. 


Berdasarkan video singkat yang dimuat naik melalui akaun TikTok @awkazm, turut kelihatan beberapa beg pakaian milik dia dan ibunya diletakkan di luar rumah. Awkazm mendakwa, mereka telah dihalau oleh kakaknya tanpa sebarang belas kasihan. 


Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, tidak kurang juga segelintir netizen mengecam tindakan Awkazm. Enggan berdiam diri, Awkazm tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video terebut. 


"Untuk pengetahuan semua, kakak saya yang merupakan pemilik rumah ini telah menghalau ibu saya keluar dari rumah hanya kerana ibu bertemu dengan lelaki lain," katanya.

 

Difahamkan, rumah itu diwasiatkan kepada kakak Awkazm selepas kematian bapa mereka, sekali gus menyebabkan ibu mereka kehilangan hak ke atas rumah tersebut.


"Sejak ayah meninggal dunia beberapa tahun lalu, kakak menaruh dendam terhadap ibu yang saya sendiri pun tak tahu kenapa. Sehinggalah pada hari kejadian mereka bertengkar dan kakak gelar mak sebagai perempuan sundal. 


@awkazm

i hope the house collapses idk

♬ оригинальный звук - ㅤ


"Hal itu membuatkan saya berang dan cuba mempertahankan mak. Kakak tak berpuas hati dan turut menghalau saya keluar dari rumahnya. Kami terpaksa mengambil masa selama lima hari untuk berkemas. Dalam masa yang sama, saya dan ibu dari segi mental sudah redha dengan apa yang berlaku serta telah mendapat tempat untuk berteduh buat sementara. 


"Saya harap netizen berhenti menimbulkan sebarang spekulasi," katanya yang juga berharap kakaknya menerima balasan akibat dari perbuatannya itu. 


Sementara itu di ruangan komen, netizen menasihatkan Awkazm bertabah dan tidak bertindak melulu selain mendoakan dua beranak itu dipermudahkan segala urusan. Walaupun Awkazm telah memberi penjelasannya, netizen juga berharap Awkazm sekeluarga dapat menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang baik. 


Sumber: Twitter @awkazm

'Mengapa Noor Hisham belum digantikan?' - MP Bintulu gesa Ketua Pengarah Kesihatan ditukar kerana tidak layak tangani wabak Covid-19


Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing mengkritik cara Putrajaya mengendalikan wabak Covid-19 di Malaysia, malah mempersoalkan kredibiliti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, selain mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah digantikan. 


"Kita perlu bertanya sama ada Noor Hisham sebagai salah seorang ketua pembuat keputusan untuk tindak balas dalam menangani wabak ini, sememangnya orang yang terbaik untuk mengetuai benteng kebimbangan terhadap Omicron dan mengeluarkan rakyat kita daripada ancaman ini. 


"Hakikatnya kekal bahawa dia seorang pakar bedah, yang latar belakangnya bukan dari bidang kepakaran kesihatan awam. Mereka jelas tidak layak tetapi masih enggan mendapatkan nasihat daripada China yang mempunyai pengalaman besar dalam memerangi wabak ini. 


"Semua orang boleh lihat bahawa kadar kematian akibat Covid-19 di China adalah rendah, tetapi berapa ramai orang di Malaysia telah terkorban akibat penyakit ini? Adakah ini adil kepada mereka atau keluarga mereka? 


"Mengapa Malaysia tidak menggunakan lebih banyak strategi antiwabak dari China dan mengapa Noor Hisham belum diganti? Berapa banyak lagi nyawa yang perlu terkorban akibat Covid-19 sebelum kita sedar tidak tidak boleh dibenarkan untuk terus berkhidmat dalam kapasiti ini?" katanya. 


Susulan kritikan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tampil mempertahankan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam menangani wabak Covid-19. 


Melalui Twitter, Khairy menyatakan sokongan penuh terhadap Noor Hisham dalam menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan. 


Khairy dalam kenyataannya berkata, dia tidak menafikan pendekatan yang diambil oleh China dalam mengawal wabak berkenaan berkesan, namun begitu Malaysia tidak dapat melaksanakan strategi yang digunakan negara tersebut. 


"Tidak dinafikan pendekatan China berkesan, namun strategi mereka iaitu 'containment' atau 'zero Covid-19' bermaksud 'total lockdown' bila hanya ada tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk lockdown. Strategi kita 'mitigation'," katanya. 


Jelasnya, langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menguruskan kes positif dengan berkesan, meningkatkan vaksinasi, menguatkuasakan SOP, menurunkan kadar penggunaan ICU dan kemasukan pesakit positif Covid-19 ke hospital. 


Sumber: MalaysiaKini, Free Malaysia Today

'Kita dah kaji, tarif baru elektrik takkan bebankan rakyat' - Takiyuddin beri jaminan


Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tarif baru elektrik akan diumumkan dalam masa terdekat dan memberi jaminan tarif terbaru itu yang dilaksanakan sehingga 2024 tidak akan membebankan rakyat. 


Tegasnya, tarif baru itu kelak akan memberi manfaat kepada hampir 85 peratus daripada lapan juta pemilik akaun domestik di seluruh negara. 


"Keadaan negara sekarang yang baru pulih daripada pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi berikutan wabak itu telah menjadi pertimbangan kepada kerajaan dalam menentukan kadar tarif elektrik baru. 


"Kerajaan telah mengkaji dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat. Namun saya menjamin ia (tarif elektrik baru) tidak akan membebankan rakyat khususnya pemilik akaun domestik iaitu akaun rumah," katanya. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana pengumuman tarif elektrik baru itu kelak dijangka tidak akan menyebabkan sebarang kenaikan harga disebabkan harga bahan api tidak menunjukkan sebarang peningkatan.


"Saya rasa tiada perubahan dalam tarif elektrik kerana tiada kenaikan dalam kos sumber bahan bakar untuk menghasilkan tenaga dan kos operasi penghasilan tenaga. Ini berdasarkan kepada harga bahan api semasa. 


"Jika ada kenaikan pun, ia akan ditampung melalui subsidi kerajaan oleh Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Jadi, pengguna tidak akan bayar kalau harga naik," katanya. 


Sumber: Bernama, Sinar Harian

'Keluarkan simpanan KWSP setiap kali bencana, bukan jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa banjir' - Prof


Pengeluaran i-Citra RM10,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru ini bukan satu jalan penyelesaian yang baik untuk mangsa-mangsa banjir, kata pakar berkaitan kewangan.


Naib Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Malaysia Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pengeluaran KWSP akan menyebabkan simpanan persaraan pada hari tua berkurang kerana purata umur rakyat di negara ini adalah 75 tahun dan sekiranya mereka bersara pada umur 55 tahun, mereka akan mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup sebagai pesara.


“Dalam 20 tahun itu memerlukan RM1,000 untuk keperluan bulanan, maka simpanan mereka kena ada RM240,000. Tapi apa yang berlaku sekarang, secara purata, pencarum KWSP hanya mampu RM42 sahaja sebulan berdasarakan purata simpanan pencarum sekarang,” katanya ketika dihubungi.


Ahmed Razman berkata tidak semua pencarum akan menikmati manfaat daripada kebenaran mengeluarkan dana RM10,000 memandangkan lebih kurang 6.1 juta pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada masa ini.


Isu pengeluaran khas i-Citra RM10,000 secara sekali keluar itu kembali hangat diperkatakan apabila terdapat beberapa pihak mendesak kerajaan mempertimbangkan pengeluaran itu untuk meringankan beban mereka yang terjejas dalam musibah banjir.


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP bagi kali kedua berikutan kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan termasuk kewangan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.


Selain bantuan wang ihsan RM1,000, kerajaan turut memberikan baucar tunai bernilai RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir bagi pembelian barangan elektrik, pemberian diskaun dan baucar tunai RM1,000 bagi tujuan pembaikan atau pembelian semua kenderaan yang terkesan dalam banjir dan bantuan tunai sehingga RM5,000 untuk pembaikan rumah yang mengalami kerosakan tidak serius.


Bagi rumah yang mengalami kerosakan serius, kerajaan akan mengurus baik pulih dengan kos sehingga RM15,000 dan bagi rumah yang musnah, peruntukan sehingga RM56,000 untuk setiap unit rumah yang dibina baharu.


Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan wang tunai RM2,500 khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.


KWSP dalam kenyataan baru-baru ini pula menyebut skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada tahun 2020, diikuti oleh i-Citra pada Julai 2021, adalah bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan semata-mata untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.


Menurut KWSP, walaupun skim pengeluaran itu memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik COVID-19 dan PKP, ia menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP dengan 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000.


Senada dengan pendapat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Adilah Azhari berkata pengeluaran wang simpanan untuk hari tua itu tidak boleh dijadikan sebagai satu kebiasaan untuk dikeluarkan setiap kali dilanda bencana.


Beliau berkata rakyat melihat bencana banjir sebagai peluang mengeluarkan wang simpanan KWSP dan sekiranya ia menjadi kebiasaan, pengeluaran itu akan dilakukan secara berterusan menyebabkan simpanan rakyat semakin berkurang pada masa depan.


“Kalau biasa gunakan peluang untuk keluarkan KWSP itu, nanti umur sudah 60 tahun nak guna bantuan daripada mana lagi kalau sudah tidak ada simpanan dalam KWSP untuk pengeluaran jika sentiasa guna ketika kecemasan.


“Kita faham orang yang terlibat (banjir), nak (guna) duit untuk teruskan kelangsungan hidup, jadi kalau nak jadikan KWSP satu-satunya punca untuk meneruskan kelangsungan, jika (individu) ada RM1,000 (dalam KWSP) nak bagi RM500? Jumlah itu mungkin boleh beli makanan untuk sebulan kemudian bulan seterusnya kita masih perlukan (duit),” katanya.


Sumber: Bernama