Sarawak patut bangga, tiada kes-kes rasuah besar dilaporkan berlaku - SPRM


Sarawak bukan ‘juara’ di dalam kes-kes melibatkan rasuah, malah ia patut berbangga kerana tiada kes-kes besar berkaitan rasuah dilaporkan berlaku, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Beliau berkata, berdasarkan rekod pihaknya, trend rasuah di Sarawak dilihat tidak meningkat, dan ia lebih stabil.


Bagaimanapun, beliau mencadangkan kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada kes-kes yang melibatkan tuntutan palsu dan salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam, yang boleh mendatangkan kerugian sekiranya terus dibiarkan berlaku.


Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai 'Integriti, Tadbir Urus dan Anti Rasuah: Cabaran dan Masa Hadapan' pada Majlis Amanat Perdana Integriti 2022 di sini, pada Isnin.


Azam berkata, 72 kes tuntutan palsu dan 25 kes salah guna kuasa dilaporkan dari 2017 hingga 2021, dan dalam tempoh berkenaan 34 tangkapan berhubung tuntutan palsu dan 24 kes salah guna kuasa dikesan.


Azam berkata, mungkin ada pegawai-pegawai awam tidak memahami undang-undang berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa, dan sehubungan itu meminta meminta SPRM Sarawak melancarkan lebih banyak lagi program pendidikan bagi meningkatkan lagi pemahaman ini.


Beliau berkata, kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan sokongan yang baik kepada SPRM di dalam melaksanakan tugasnya.


"SPRM akan menyokong kerajaan Sarawak di dalam meningkatkan tadbir urus dan integriti dalam kalangan penjawat awam, mempunyai Unit Integriti dan Ombudsman serta kira-kira 80 pegawai integriti bertauliah itu menunjukkan jenis inisiatif yang dilakukan kerajaan Sarawak,” tambahnya.


Sumber: Bernama

Safiey Ilias pindah ke Krung Thep Maha Nakhon untuk mulakan kehidupan baharu?


Usahawan Safiey Ilias dilaporkan akan berhijrah ke Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Thailand untuk memulakan kehidupan baharu susulan tindakannya menjual semua aset mewah yang dimilikinya baru-baru ini. 


Nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias, 26, berkata itu adalah antara perancangannya untuk memulakan kehidupan yang lebih baik dan dia enggan mengambil pusing mengenai kata-kata orang. 


"Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.


"Soal dikatakan berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezekisaya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk ita mencuba sesuatu yang baharu," katanya. 


Safiey juga memanjatkan rasa bersyukur dan terharu kerana ada netizen yang memberi sokongan dan mendoakan urusannya dipermudahkan. 



"Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkarai ni. Tapi bila dalam situasi sekarag, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat. 


"Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman, kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu," katanya. 


Dalam kemaskini terbarunya di Instagram, Safiey yang memuat naik laporan dari Harian Metro itu, menafikan dakwaan berpindah ke Bangkok kerana dia masih sayangkan Malaysia dan ibu bapanya.


Tindakan Safiey menjual kesemua aset-aset mewahnya juga menimbulkan pertanyaan banyak pihak apakah usahawan itu hampir muflis sehingga terpaksa berbuat demikian. Safiey bagaimanapun menjelaskan, dia tidak kisah dengan apa yang orang kata mengenainya kerana mulut orang tak dapat dibendung. 


"Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak kata saya muflis ke apa, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Bagi saya, semua orang dilahirkan pandai. Tiada yang dilahirkan bodoh. Kalau bodoh, takkan kita pernah menjadi kaya atau berjaya dalam pencapaian kita yang berbeza? Kalau saya bodoh, takkanlah saya pernah menjadi jutawan?


"Bila kita kaya, kita akan didatangi orang yang merah mata, kaki ampu, pengikis, orang yang offer investment itu ini dengan pelbagai skim cepat kaya. Belum lagi dengan kawan-kawan yang menumpang kekayaan dan populariti. 



"Andai kita jatuh nanti, kita pasti akan tersangkut. Hari ini saya sedar, yang membuatkan saya tersangkut sebenarnya pengalaman lampau yang saya kesali. Saya tersangkut dalam emosi, sangkut dengan kawan-kawan c****, dipergunakan, musuh yang suka memfitnah sana sini, pesaing yang cuba menjatuhkan kita. Belum dicampur dengan pengalaman percintaan kita, kena tipu, dikhianati staf dan macam-macam. 


"Benda ini yang membuatkan kita menjadi bodoh dan tiada tenaga. Percayalah kita pandai, kita pernah naik, walau kita jatuh pasti boleh naik balik. Apa yang sudah berlaku akan menjadi panduan hidup supaya kita tak salah langkah seperti dulu. Sampai bila nak sakit dan buat kesalahan yang sama?" ujarnya. 


Sumber: Instagram Safiey Ilias

'Akak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?'


Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.


Ceritanya begini:


Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, "Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?" 


Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan. 


Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia. 


Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya. 


Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah. 


Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia "Nanti kita buat". Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata. 


Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis. 


Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya. 


Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya 'melawat' dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak 'balik'. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia. 


Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara. 


Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka. 


Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,


"Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi.." 


Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis. 


Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya. 


Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit. 


Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam mintapuji pula. Malas nak layan. 


Sumber: Tidak Diketahui

Mengadu sakit ketika membuang air besar, bongkar pelajar tadika diliwat & dicabul oleh pengurus yayasan


Seorang pelajar tadika (perempuan) berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa liwat dan cabul pengurus di sebuah yayasan di Kabupaten Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia. 


Ketua Polis Kubu Raya, Jatmiko mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan daripada keluarga mangsa dan ketika ini proses siasatan sedang dijalankan. 


Menurut Jatmiko, setakat ini pihaknya belum dapat menetapkan pengurus berkenaan sebagai suspek kerana masih belum memperoleh bukti yang mencukupi.


"Siasatan sedang dijalankan dan kami belum dapat menetapkan lelaki berkenaan sebagai suspek. Jadi kami memohon keluarga mangsa bersabar menunggu proses siasatan dan setiap perkembangan kes akan dimaklumkan kepada mereka," ujarnya. 


Sementara itu keluarg mangsa berkata, kes itu terbongkar selepas mangsa mengadu mengalami kesakitan ketika membuang air besar. Apabila ditanya, mangsa mengaku telah dicabul sebanyak empat kali semasa berada di sekolah. 


Terkejut mendengar pengakuan mangsa, keluarganya segera membuat laporan polis pada Jumaat, 21 Januari 2022. 


Sumber: Kompas

'Dia tanya saya pernah 'main' ke? Dia siap nak bayar' - (Video) Gadis trauma diganggu secara seksual oleh pemandu Grab


Rabu 23 Februari lalu, seorang pengguna Twitter mendedahkan dirinya diganggu secara seksual oleh pemandu Grab ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing berkenaan. 


Insiden yang tidak diingini itu sempat dirakam oleh mangsa yang kemudian menyebarkan perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit di media sosial. 


"Kaum Hawa di luar sana, tolong berhati-hati apabila naik Grab. Uncle ini awal-awal tu dia tanya saya, 'mana boyfriend'. Kemudian saya kata saya tak ada boyfriend," katanya. 


Jawapan mangsa membuatkan pemandu Grab itu terdiam seketika sebelum bertanya soalan yang seterusnya sama ada mangsa pernah melakukan hubungan intim. 



"Lepas tu dia tanya, 'Nak tanya satu soalan boleh?'. Dia tanya saya pernah main (hubungan intim) ke? Saya yang tidak mengerti pertanyaan dia bertanya main apa dan dia kata 'main tidur'. Masa itu saya dah rasa jangal dan berdebar sangat. 


"Sebelum saya keluar, saya macam tercari-cari duit dalam poket. Masa macam inilah duit nak hilang. Kemudian dia tanya lagi, 'Tak nak (main) ke?'. Dia tanya tiga empat kali soalan yang sama selepas saya cakap tak nak. 


"Dia siap cakap dia nak bayar lagi. Menakutkan! Sudahlah saya trauma dengan benda-benda macam ni. Memang berdebar dan menangislah selepas keluar dari kereta," katanya. 



Pendedahan mangsa menarik banyak perhatian netizen di media sosial termasuk Pasukan Keselamatan Grab yang segera menghubungi mangsa untuk meminta maklumat lanjut berhubung kejadian itu. 


Grab juga telah menggantung akaun pemandu terbabit dan tidak akan menerima sebarang tempahan pelanggan sementara pihaknya menjalankan siasatan.



Grab memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu itu, selaras dengan jaminan syarikat itu yang amat mengutamakan keselamatan penggunanya. 


Sumber: Twitter Pengadu