Individu belum dapatkan suntikan booster, boleh makan di restoran & masuk shopping mall

Foto hiasan | Liputan 6


Malaysia yang mula memasuki fasa endemik pada hari ini membenarkan golongan penerima vaksin Sinovac, Sinopharm dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih belum mendapat suntikan dos penggalak, adalah dibenarkan untuk makan di restoran atau memasuki pusat beli-belah walaupun status divaksinasi penuh sudah tiada dalam aplikasi MySejahtera. 


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun kelonggaran telah diberi tetapi golongan berkenaan masih perlu mengambil dos penggalak sebagai perlindungan tambahan dari dijangkiti virus Covid-19. 


"Bermula 1 April, penerima Sinovac dan Sinophram yang berusia 18 tahun ke atas termasuk mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak dikira sebagai penerima vaksin penuh jika tidak mendapatkan suntikan dos penggalak. 


"Namun, mereka masih dibenarkan makan di restoran, masuk ke bangunan atau tempat keagamaan jika sudah mendapatkan suntikan dos primer (Pfizer & AstraZeneca serta Sinovac wajib melebihi 14 hari selepas suntikan).


"Mereka yang menerima satu dos vaksin CanSino juga  dianggap telah menerima dos primer selepas tempoh 14 hari suntikan," katanya. 


Namun, pemilik premis perlu memeriksa dan memastikan hanya pelanggan yang mempunyai dua dos lengkap sahaja dibenarkan masuk. 


Sumber: The Star, mStar Online

'Padanlah rezeki sempit' - Pekerja kurier lempar barang customer dalam lori



Tular di media sosial video menunjukkan pekerja syarikat kurier melempar barang pelanggan ke dalam lori penghantaran. 


Video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok, TV Carrot yang menurutnya syarikat kurier berkenaan sememangnya banyak menimbulkan masalah dan kurang menjaga kebajikan pekerjanya sejak sekian lama beroperasi. 


"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tercemar nama company. Kalau dah balik macam tu, rosak barang customer. Nak cari duit bukan senang. 


"Company ni dah lama namanya tercemar. Management diorang macam gam****. Tak pernah nak ambil tahu hal pekerja apa semua kan. Macam ****** je management *** ini semua," katanya. 


@tvcaroot #stitch with @ameir_zainal ♬ original sound - Tv Caroot Gais


Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing menggunakan perkhidmatan kurier berkenaan. 


"Suami saya beli barang motosikal, habis hancur dan kotaknya koyak. Shipping dari luar negara, sampai di Malaysia dah jadi belacan. Bila buat aduan kat Shopee, banyak pula cekadak," kata Miz. 


"Padanlah masing-masing rezeki sempit, dapat kerja, dibuatnya kerja dengan cara tak ikhlas. Bila kena buang kerja, menyalak-nyalak kata kena tindas," kata Renko. 


Sumber: TikTok TV Carrot

'Tiket RM288 hingga RM2,088, mereka sanggup kosongkan duit untuk simpanan pergi ke konsert Justin Bieber' - Ustazah Asma' Harun



22 Oktober 2022, Stadium Bukit Jalil bakal digegarkan dengan konsert jelajah Justice World Tour dan semestinya ramai peminat Justin Bieber tidak sabar menunggu kehadiran penyanyi kegemaran mereka itu. 


Bagaimanapun, pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun tampil menyuarakan kebimbangannya terhadap golongan muda yang terjebak dalam gejala sosial sehingga ada yang sanggup membeli tiket berharga ratusan ribu ringgit untuk hiburan semata-mata. 


Asma berkata, sebaik-baiknya duit tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih baik atau disedekahkan kepada mereka yang memerlukan akhirnya memberi ganjaran pahala. 


"Konsert Justin Bieber, fenomena yang membimbangkan. Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan orang ramai tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga telah mati. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti, semakin rancak sambutan golongan anak muda. 


"Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2,088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan. Bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk membeli tiketnya. Antara yang viral juga, video seorang anak meminta duit daripada ibunya untuk hadir ke konsert itu. Allahuakbar. 


"Sungguh fenomena ini membimbangkan, rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat maksiat masih subur. 


"Wahai adikku, gunakan duit itu ke arah yang lebih bermanfaat. Saya faham perasaan seronok itu sukar dibendung, apatah lagi bila melibatkan artis kesukaan. Tetapi dengan harga ratus atau ribuan ringgit itu sebenarnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik seperti menampung:

  1. Kos makan minum
  2. Yuran pengajian
  3. Beli hadiah untuk ibu dan ayah
  4. Bantu adik-beradik
  5. Bantu orang yang lebih memerlukan


"Duit yang disedekahkan itu insyaAllah akan jadi penyejuk kubur. Sedangkan yang digunakan untuk hadir ke konsert dan tempat maksiat akan menyempitkannya," katanya. 










Jelas Ustazah Asma lagi, keseronokkan yang diperolehi itu hanyalah bersifat sementara dan selepas beberapa tahun kemudian, apa hasil dapatan dari perbuatan itu sama ada berbangga pada anak yang dahulunya ibu atau bapanya pernah terkinja-kinja di konsert Justin Bieber. 


Disebabkan tiadanya manfaat dalam melebihkan hiburan, Ustazah Asma menasihatkan golongan berkenaan melawan nasfu masing-masing daripada menghadiri konsert seumapama itu dan yakin Allah akan menyediakan ganjaran yang besar bagi mereka yang berjaya. 


Beliau juga memperingatkan golongan ibu bapa menjalankan peranan masing-masing dari membiarkan anak mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat disebabkan nafsu hiburan atau pujukkan rakan-rakan. 


"Jika semua permintaan anak, kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang tgerang-terangan berbentuk maksiat, pasti kita akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka bertegaslah selagi perlu, meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti," katanya. 


Sumber: Facebook Ustazah Asma' Harun

Guru lakukan persetubuhan luar tabii terhadap budak 12 tahun didakwa di mahkamah

Foto Harian Metro


Seorang guru sains dan matematik didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas lapan pertuduhan melakukan kelucahan dan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki sejak 2014 hingga 2021. 


Tertuduh, Muhammad Nasution Noh, 49, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meransang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau di perumahan guru di daerah Kuala Krai pada jam 5 pagi, 24 November 2014. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan (Akta 574), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang tiga tahun, maksimum 15 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang sama di perumahan guru di daerah Kuala Krai dan sebuah rumah di Melor, Kota Bharu antara jam 11 malam hingga 3 ptang di antara 11 Mac 2016 hingga April 2021. 


Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan (AKta 574), sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun hingga 20 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan kelapan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa yang sama di sebuah rumah di Gunong, kira-kira jam 5 pagi pada 6 November 2021. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun. 


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya AHmad Fariz Abdul Hamid tidak menawarkan sebagai jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah serius. 


Bagaimanapun, peguam tertuduh, Muhammad Hasif Hassan, memohon mahkamah membenarkan tertuduh diberi jaminan kerana perlu menyara/menjaga isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah. Selain itu, Muhammad Hasif memberi jaminan tertuduh tidak akan mengganggu saksi dan tidak akan lari kerana menetap serta bekerja di daerah itu. 


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes. 


Sumber: Harian Metro

Gadis dicabul & disamun oleh pemandu e-hailing, nekad terjun dari kereta



Seorang wanita berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dan disamun oleh pemandu e-hailing dalam kejadian jam 9 pagi Khamis, di Kampung Kobuni, Inanam, Sabah. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, mangsa yang bekerja sebagai jurujual menempah perkhidmatan tersebut untuk pergi ke tempat kerjanya di Manggatal.


Pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Zahir, kemudian menggunakan laluan alternatif dengan alasan mahu mengelakkan kesesakan lalu lintas. 


Suspek kemudian meminta mangsa pindah ke tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa akur dan sebaik saja duduk di hadapan, suspek memegang paha mangsa. 


Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa memberi amaran kepada suspek agar jangan menyentuhnya. Suspek kemudian mengeluarkan pisau kecil daripada beg dan meminta mangsa menyerahkan wang. 


Bimbang akan keselamatan diri, mangsa nekad melompat keluar dari kereta Perodua Axia itu dan terjatuh ke jalan raya yang menyebabkan kakinya mengalami kecederaan teruk. 


Mangsa segera menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Jam 1.14 tengah hari, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam. 


Semakan awal pihak polis mendapati, nombor pendaftaran kenderaan suspek adalah palsu dan didaftarkan ke atas sebuah kereta jenis Proton Saga.


Kejadian itu turut dikongsi oleh majikan mangsa, di Facebook. 


"Staff saya tak jadi turun kerja gara-gara di hampir kena rogol oleh pemandu e-hailing. Dia bertindak melompat dari kereta yang sedang bergerak dan mengalami kecederaan," katanya.




Polis masih menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumt untuk tampil menghubungi pegawai penyiasat di IPD Kota Kinablu, Inspektor Riduan Abd Majid di taliang 010-5144059 untuk membantu siasatan.


Sumber: Portal Deasoka, FB Chris Yan