'Berkat Selalu Bertanya Pada Allah Dulu, Kesemua Permintaan Saya Dimakbulkan'


Saya pernah terbaca buku tulisan Cik Insyirah. Alhamdulillah diketemukan dengan buku ini yang membuatkan saya sedar dan muhasabah diri semula.

Di sini saya nak kongsikan, kadang-kadang kita terlupa nak bertanya pada Allah dahulu untuk setiap hal yang kita lakukan. Kita ingat kita hanya boleh mengadu bila dalam solat sahaja. Hakikatnya di mana-mana pun Allah sentiasa dekat dengan kita. 

Sedarkah kita bahawa kasih sayang Allah itu leibh dalam daripada kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya? Di bawah adalah beberapa situasi ringkas yang boleh anda jadikan sebagai amalam. 

SITUASI 1

Satu kejadian sebelum pergi ke pasar malam nak membeli buah, saya beritahu dulu pada Allah yang saya nak beli buah epal. Saya berdialog dengan Allah. 

"Allah, kejap lagi saya nak ke pasar malam, nak beli buah epal. Tetapi saya nak buah epal yang besar, cantik-cantik dan merah 10 biji dengan harga RM5," 

Biasanya di pasar malam, kebanyakan buah epal RM5 untuk 8 biji. Sampai saja di pasar malam, seperti biasa banyak gerai yang menjual 8 biji epal RM5. Jadi saya jalan lagi sehinggalah saya terjumpa apa yang saya mahukan. Buah epal yang cantik, merah, besar dan yang pastinya 10 biji RM10. Alhamdulillah. Allah makbulkan. 

SITUASI 2

Saya nak makan kek Secret Recipe, tetapi saya nak percuma. Saya mula berdialog dengan Allah. 

"Allah, rasa nak makan kek Secret Recipe tetapi nak free," 

Dua hari selepas itu, tiba-tiba ada kawan belikan kek Secret Recipe sebiji. Sebiji okay! Dia belanja semua orang. Bukan satu slice saja dapat makan tetapi sampai muak kekenyangan. Subhanallah. Betapa Allah mendengar setiap apa yang kita cakap. 

SITUASI 3

Saya pernah juga meminta pada Allah, rasa macam nak makan satay. Saya beritahu kawan saya yang saya nak makan satay sambil-sambil beritahu Allah yang saya nak makan satay. Tak lama selepas itu, ada orang datang bagi satay. Allahuakbar. Betapa Allah kasihkan kita. 

SITUASI 4

Allah pernah menguji saya dengan kejadian ragut. Dipendekkan cerita, peragut dapat ditangkap. Saya berbelah bagi untuk tarik kes semula atau tidak. Macam-macam pendapat orang cakap membuatkan saya tidak dapat berfikir. Saya minta Allah tunjukkan saya jalan penyelesaian. Saya istikharah untuk meminta jalan yang terbaik. 

Sebelum pergi ke balai polis, saya berdialog dengan Allah, semoga urusan saya dipermudahkan dan jangan serahkan sedikit pun keputusan di atas diri saya kerana saya tidak tahu apa-apa. 

Ditakdirkan mak dan ayah peragut itu datang berjumpa dengan saya untuk memujuk saya tarik kes itu. Masa itu, Allah saja yang tahu perasaan itu. Allah beri jawapan itu, saya pun tak berbelah bagi nak buat keputusan itu. Saya sendiri tidak pernah menyangka yang saya akan bertemu dengan ibu bapa peragut itu. Mungkin ada hikmah semua ini. Nak menangis pada masa itu, betapa Allah mendengar setiap rintihan kita. 

SITUASI 5

Saya pernah mengalami kerosakan kereta. Tetapi masa itu kereta tersengguk-sengguk. Tetapi masih boleh bertahan lagi. Setiap kali saya naik, mesti saya akan beritahu Allah dulu supaya jangan matikan kereta sebelum sampai ke bengkel. 

Lama juga kereta saya bertahan, kadang-kadang saya risau kereta itu akan mati tetapi tidak berlaku sama sekali. Sampai satu masa dah betul-betul nazak, saya terus ke bengkel sambil berdoa agar tidak mati di tengah kesesakan jalan. 

Saya pandu perlahan sambil bercakap pada Allah. 

"Jangan matikan kereta saya sebelum sampai di bengkel."

Alhamdulillah kereta selamat sampai ke bengkel. Rupa-rupanya hari itu juga bengkel tersebut baru dibuka setelah dua bulan tutu. Maha suci Allah, Dia telah mengaturkan semuanya. Rupa-rupanya dia bagi kereta saya bertahan lama sebab Allah tahu kedai itu sebelum ini tutup. Dia bagi tepat pada masanya. Kasihnya Allah pada kita. 

Sebenarnya ada banyak lagi situasi yang saya alami setelah mengamalkan bertanya pada Allah dahulu. Cuma sekadar ini sahaja untuk perkongsian. 

Apa yang saya nak sampaikan di sini, setiap doa kita, permintaan kita, walaupun terlintas, terniat Allah itu Maha Mendengar. Cuma kita saja kadang-kadang lupa yang Allah itu sentiasa dekat dengan kita. Kita sangka yang kita boleh minta hanya dalam solat. Kita sangka kita hanya bertemu Allah hanya dalam solat. Hakikatnya Allah sentiasa dekat dengan kita. Kita selalu lupa nak meminta dariNya. Walaupun sekecil-kecil benda sekali pun dalam urusan seharian dan pekerjaan kita. 

Tak minta pun pada Allah untuk tolong. Selalu berharap pada manusia untuk menolong kita. Padahal Allah yang datangkan semua itu. kadang-kadang kita rasa sesuatu benda itu mustahil nak dapat. Besar bagi kita tetapi kecil bagi Allah. 

Harap sama-sama kita amalkan. Yang baik datang dariNya, yang buruk dari diri kita sendiri. - Cik Single | The Reporter

Jangan Beri Bayi Makan 5 Jenis Makanan Ini


Kadang kala kita terlalu teruja mahu memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja. Namun, tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberi makanan yang tidak sihat kepada bayi. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.

Ketahui beberapa jenis makanan dilarang untuk diberikan kepada bayi kerana belum tiba masanya.

1. JUS

Eh? Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? 

Ya, jika yang meminumnya adalah orang dewasa atau kanak-kanak yang sudah besar. Itu pun jika tiada sebarang tambahan gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman yang tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah-buahan, tetapi proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah yang telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi. 

2. MAKANAN PROSES

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, lalu anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nugget. Makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembuatan. Leibh baik anda membuat sendiri makanan olah seperti nugget ayam yang dihasilkan dari daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayur. Ia lebih sedap dan berkhasiat.

3. MINUMAN BERKARBONAT

Kadang kala ada ayah atau ibu yang selama memberi bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana berasa kasihan dengan wajah si comel yang melihat minuman tersebut. Hakikatnya, ia adalah minuman yang terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula dalam minuman berkarbonat adalah sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja. 

4. BISKUT 

"Alah, sikit saja bagi baby rasa biskut ini." 

Mungkin bagi kita tidak mengapa memberi bayi merasa sedikit biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang berlebihan boleh menganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda biasakan diri memberi bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan. 

5. AGAR-AGAR

Sememangnya ia kelihatan cantik dan menyelerakan. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan beri bayi anda makan puding atau agar-agar kerana kandungan gula yang banyak, perasa dan pewarna buatan. Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut untuk bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa. 

Jangan diikutkan perasaan atau mudah berasa kasihan pada si kecil yang nampak teringin dengan makanan tersebut. Fikirkan kesan buruknya kepada kesihatan bayi anda. - Hasnita PaMa | The Reporter

Dasyat !! Debat Antara Awek Tudung VS Awek Tak Bertudung




Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis “huh….sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?” banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu. 

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka 

Lia : Ala….tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini. 

Read more »

Bayi Perempuan Baru Lahir Dibuang Dalam Beg Plastik


BUTTERWORTH - Seorang bayi perempuan ditemui dalam beg plastik di sebuah perhentian bas berhampiran sekolah di Bagan Ajam, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, seorang pelajar sekolah itu terdengar bunyi tangisan bayi sebelum menemuinya dalam beg plastik pakaian yang mengandungi air.


Ketika ditemui, bayi itu menangis kerana kesejukan dan berbau busuk kerana urinya turut diletakkan dalam beg plastik berkenaan. 

Sepasukan polis bergegas ke lokasi penemuan itu dan segera menghantar bayi itu ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. - The Reporter